20 October 2009

3 Malam 2 Hari - Episod 3

Sambung semula kesah semalam.Tak sangka tema saya dipilih untuk Jamuan Aidilfitri kali ini.
Memula hanya suka-suka je... Tapi, cuba lihat. Program Lestari Aidilfitri Menjanji Ukhwah Terpatri dipilih. Saya tahu bos saya, Asreen Anuar (Baru perasan nama dia sangat sedap! Haha. ) tak sukakannya. Tapi saya suka! [^.^]



Walaupun "sesuatu" telah berlaku masa hari kejadian ni, tapi majlis berjalan dengan lancar. Harap-harap bos tunaikan janjinya nanti.. Hahaha [sila gelak jahat]...

p/s: Walaupun saya tahu, bos akan saje je buat-buat lupa... :D

19 October 2009

3 Malam 2 Hari - Episod 2

Entri ni khas untuk Fara. Dia cakap nak baca. Ok, sekarang akak letak banyak sikit.. [^.^]
Sabtu semalam seawal pagi lagi kitorang dah pergi Kolej Professional MARA Ayer Molek untuk AGM...
Ingatkan jauh, rupa-rupanya 15 minit je.. Itu kalau dari rumah Along.. (akhirnya jumpa jugak dengan Bonda Along)



Habis je AGM, kitorang terus ke Bukit Katil. Ada majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki.
Dua-dua pun kawan kitorang. Tapi sebab sebelah perempuan sangat jauh, maka kami mengiringi sebelah pihak perempuan. Along jadi pengapit perempuan. Abg Malik pulak jadi pengiring lelaki.



Rasanya Huda nampak sangat cantik masa kat atas pelamin. Tapi Huda dah memang sedia cantik.
Tengok tu. Huda dah macam permaisuri "Agong" pulak. [^.^]...
Saya sukalah...



Sebelum balik, kami bergambar untuk kenangan...
Eh, mana simfoni saya? [^.^]



Habis je majlis kahwin, kitorang gerak ke Rumah Terbuka kat Tanjung Bidara. Tujuan utama nak ambik pinggan mangkuk kat rumah jiran sebelah... Tapi, bab makan memang kami tak tolak. Sila lihat gambar di bawah. Mereka sangat riang kan? Sebab mereka dah kenyang! :D



p/s : Iman sangat berjasa sepanjang program 3 malam 2 hari ni... I luv u Iman! [^.^]


Kenapa ade lagi? Subhanallah. Hari Sabtu saya sangat pack. Macam-macam hal meminta perhatian.
Masa ni kami semua sudah bersiap sedia untuk berperang dengan Nasi Impit!
Sebab Ahadnye ada jamuan. Ok la. Nnti cerita lagi.

p/s : Sila perhatikan. Budak baju biru ni asyik memenuhi gambar di blog saya je kan? [^.^]
Ohho...

3 Malam 2 Hari - Episod 1

Ok. Tajuk di atas bukan tersilap eh. Tapi itu yang berlaku. Jom kita tengok muka siapa yang kena masuk dalam blog nieh. Ahah.. [^.^]



Memandangkan Jumaat lepas hari terakhir budak praktikal kat Danau [Fara, Fatin dan Hani], kitorang cam biasa jengah-jengah Bowling Centre kat depan ofis nih. Tadaa... Nie la yang dapat. Pin tak jatuh mana, tapi tangkap gambar dah jadi 1 kemestian! Especially, Fatin dan Hani! Fara pulak masih malu-malu kucing!
-Jangan marah ek Fara-



Ok. Kami nak keluar dah. Nak sambung makan-makan kat Naiman. :D




p/s : Gambar tak boleh blah. Ahha.. [^.^]

17 October 2009

Hari Ini

Perasaan gembira sedang menguasai hati yang merah. Caye ke? Jangan.. [^.^]. Harap-harap majlis esok berjalan dengan lancar. Bye

14 October 2009

Saya nak 4

Tahun depan saya berharap akan dapat hadiah seperti gambar di atas dengan banyaknye.
Satu letak kat ofis. Satu letak sebelah Michiko. Satu letak kat Iman. Satu letak dalam bilik.
Boleh tak Kak Hasanah? [^.^]
Posted by Picasa

Anda dijemput



Sila lihat gambar di atas. Anda dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. :D

p/s : Semoga keajaiban berlaku Ahad nanti. [^.^]

13 October 2009

Saya tak KALAH tapi tak bermakna MENANG!



Mari kita baca sama-sama pesanan ni.
Sesiapa yang ada terasa hati, saya minta maaf.
Kadang-kadang saya suka melawan. Itu perangai yang tak boleh blah. [^.^]

p/s : Hilang konsentrasi menjejaki idea!

12 October 2009

"Cantik, lemah-lembut..." kata Haziq



Hari ni kami membicarakan tentang sesuatu yang kami berdua tak tahu tapi diketahui oleh ramai orang.
Pelikkan? Kami tak tahu, tapi orang lain ramai yang tahu...
Ni lah namanya kurang komunikasi dalam dot dot dot...
Ok la Aziati. Mari kita berfikiran positif selalu supaya cepatlah kita menjadi seorang yang
lemah lembut, beragama dan.....
Dan ape ek? [^.^]

p/s : Masih menunggu mana-mana tuan putera memulangkan selipar sebelah yang hilang! Haha

11 October 2009

Ku cari cahaya dengan Cindrella.



Jika anda mengenali si gadis ini, sila laporkan pada saya ok! [^.^]
Barangkali dia sedang meminta sesuatu. Hehe...
Bukan si gadis yang menjadi pokok cerita saya hari ini. Tapi Cindrella.
Jangan hiraukan tentang ejaan Cindrella sebab itu la panggilan untuk saya... Haha..
Saya tak tipu. Tak percaya? Tanya tuan pemanggil ni.



Hari ni dalam sejarah. Betul2 jadi Cindrella. Masin pulak kata2 budak ni.
Sila lihat gambar di atas. Selipar saya tinggal sebelah je. Sebelah lagi tak tahu tertinggal kat mana.
Haih! Kelakar kan? Rasanya masa lepas service kat Perodua, selipar tu ada kat dalam kereta.
Sampai kat rumah persatuan, selipar tinggal sebelah je? Hmmm...

p/s : Tunggu mana-mana tuan putera hantar selipar yang lagi sebelah lah.. [Haha. Berangan!]

09 October 2009

Kambing



Harap maaf. Gambar di atas tiada kaitan dengan entry di bawah. Mungkin.
Sangat comel la kambing ni. Nape ntah. [^.^]
Owh... Sebab status ym saya hari ini ialah "Simfoni kambing"...
Kenapa? Aziati Zolman tau rasenye kenapa... :(

Sudah. Sudah. Sudah.
Sekian terima kasih.

p/s : Sedang blurkan gambar menggunakan Photoshop.

08 October 2009

Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan


Sudah menjadi tabiat sebelum melangkah ke ofis, MHI mesti kene tengok dulu. Saja nak tahu info pagi ni dan berita semalam. Sebab dorang kan suka bacakan saya surat khabar. Betul. Tak tipu ok! [^.^]..


Haha... Kenapa saya letak gambar Ally? Pagi ni saya tengok Ally dah macam pensyarah la pulak.
Tiba-tiba rakan serumah tanya... "Macam mana kalau Ally masuk meminang awak?"
Saya spontan jawab... "Boleh kot...tapi....eh, tak boleh!"...
Hahah... Kami spontan ketawa. Rakan serumah cakap... "Sebab dia orang Terengganu!"
Haha. Sila jangan salahkan saya kenapa saya tak nak.
Kalau orang Terengganu sendiri tak boleh menerima kehadiran saya, saya dengan besar hatinya
terima dengan "besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan"...

Ok la. Tu je saya nak beritahu... Cuaca pagi ni sangat cantiklah. Subhanallah.

p/s : Sudah merindui Cik Comot yang pergi ke Pertandingan Pencipta 2009.
Sila cepat balik ok. [^.^]

07 October 2009

Sila bertenang



Entry khas untuk Wani....
Terima kasih banyak-banyak.... :)


06 October 2009

Milik Siapa?


Ok Cik Aisy. Ni saya upload sikit je gambar sepanjang konvo aritu...
Itu baju baru merangkap baju raya la sebab raya aritu tak beli pun baju baru...Lepas raya baru beli.
Kasut tu kebetulan dah beli masa dinner PSSCM kat UMT bulan 5 aritu... :D




Wah..semua orang macam sedang mencari sesuatu! Masa ni masing-masing sibuk mencari keluarga yang ntah ke mana. Keluar pintu Barat. Keluarga kat pintu Timur. Sangat jauh untuk berjalan separuh dewan yang sangat besar!


 Pelik kan. Ni konvo siapa sebenarnye? Saya ke Cik Amal?
Takpe, next year saya konvo lagi kat UKM pulak... Bolehkan Cik Amal? [^.^]...



Sangat letih bahu bila memakai jubah selama 7 jam ditambah dengan span di baju!
Sebab tu kami tukar pakai jubah.
(lihat, bahu saya terlebih tinggi gara-gara span di baju! :D)

Saya suruh Cik Amal pegang buku biru UTeM ni, tapi dia malu-malu!



Ok. Sekian terima kasih. Cik Amal dah jumpa misi di UTeM. Giliran saya pulak di UKM tahun depan...
Ok Aisy. Tak cukup nanti saya hantar ke emel eh! [^.^]

Bijak Pandai

Kadang-kadang kite boleh jumpe org yang sangat rajin dan bersih. Tapi kite selalu sangat jumpa orang yang tak suka bersih.Rasenye macm dah banyak kali cerita pasal bersih ni. Terima kasih kat Iqa n Anne sebab tolong bersihkan rumah. Saya sangat malu pada kalian. :(

05 October 2009

Topi 4 segi


Alhamdulillah majlis konvo dah selesai pun semalam...
Macam tak percaya akhirnya dapat melangkah sekali lagi naik pentas walau tak cemerlang mana...
Sila lah bersyukur bahawa dari mana asal anda, di situ segalanya bermula...
UTeM- di sini segalanya bermula...


p/s: Terima kasih Amal sebab sudi datang. Kata Amal "kalau awak ada pilihan yang lain, buatla
pilihan yang terbaik".


-sukar dan tak mudah-