12 January 2010

Hanya wanita sahaja


Tetiba terjumpa sepotong ayat ni...
Haih. ni gara-gara kakak angkat yang comel la ni..
Tak memasal saya semakin menjumpai prosa kata hebat...[^.^]

11 January 2010

Untuk anda juga


Jangan tanya saya kat mana dapat prosa kata sehebat ini...[^.^]...
Pemberian seorang kakak yang sangat comel pada saya...
Tak pasal-pasal saya mencuri ruang untuk design lalu tagged di muka buku...
Owh, saya buka muka buku lah! =)

p/s : Kata-katanya sungguh indah. Sebab itu saya khaskan untuk ahli-ahli psscm cm dan psscm utem sahaja...

08 January 2010

Kak Hasanah, sila lihat.


Kak Hasanah mengatakan hati saya hari ini berbunga-bunga...
Mengapakah? Sila tanya dia okey...=)
Tak pasal-pasal lain yang saya nak design, lain yang terhasil...
Sila lihat. Nanti saya akan tag mereka di muka buku...
Sila tunggu ye akak... [^.^]

07 January 2010

Conetto Inteligensia 2006

Malam tadi membuka kotak hijau.
Yang ada, diari lama gila! Tahun 2003 punya kisah pun ada...
Hahaha... Rupa-rupanya ada kisah Conetto!

Macam-macam jumpa...
Doa dan harapan semua ada...
Betullah. Apa yang saya harapkan pada dulu-dulu, itu yang terjadi pada zaman sekarang...
Sebab lain, minda saya dah setkan tentang sesuatu...

Saya mendoakan seorang teman itu supaya menjadi sahabat saya yang terbaik untuk selamanya....

05 January 2010

Alhamdulillah...


Nikmatnya sebuah percutian yang tak dirancang...
Akhirnya saya menemui hikmah disebalik percutian kali ini...
Diberi sakit, tapi saya faham makna tersirat...
Betapa cantiknya Dia nak tunjukkan saya hikmah itu...Subhanaallah...
Cuti saya telah menemui tempoh tamatnya...
Saya sudah pun menemui penamat jalan cerita saya ini...
Betapa saya tersangatlah lega...
Gambar di atas mungkin dapat menggambarkan betapa besarnya kelegaan saya...[^.^]
Haih! Semoga esok saya bekerja dengan penuh semangat, riang dan ceria!


Mari berfikir merenung masa depan pula...

p/s : Mencari jodoh pula. Bonda sudah bertanyakan bila pula saya ingin mencari jodoh.
Baik...saya bersedia membuka seluasnya pintu hati saya...saat ini...[^.^]

31 December 2009

2009-2010


Tinggal beberapa minit lagi 2009 nak sampai ke penhujung...
Lepas ni seakan tiada lagi 2009...
Bermula dengan hujan lebat pada penghujung 2009, tak sangka di penghujungnya saya mendapat pelangi...
Akhirnya, semua hajat ayahanda dan bonda telah saya tunaikan... [^.^]
Ops, tinggal 1 lagi je belum.
Sebentar yep, saya juga sedang menjalankan misi nih...hehe...



Baiklah. Semoga apa yang manis pada 2009 akan berterusan pada tahun 2010 jugak..
[^.^]

Tutup 2009


Wah, esok dah 2010... Hari ini hari terakhir dalam 2009.
Tak sempat nak buat imbasan 2009, tup-tup dapat chicken pox!  [^.^]

Owh, Bonda merisaukan sesuatu tentang saya...
Bukan tentang penyakit saya ini, tapi akan hal lain. Haih!
Tunggulah... Saya pun sedang menunggu juga...

p/s : Mahu tutup buku 2009 dan buka buku baru 2010 seluasnya....

29 December 2009

Untuk budak comel



Seorang teman bertanya kepada saya...
"Kenapa walau kita dah setia gila pada dia, tapi dia boleh berubah hati untuk wanita lain?"
Jawapan saya satu je.
"Mungkin sebab tiada jodoh"...
Owh, itu sebenarnya bukan jawapan saya lah. Tapi daripada seorang teman yang lain.
Saya terima pengakuan itu dengan hati terbuka.

Wahai budak comel, matahari di luar sana sangat terang cahayanya...
Lagi elok kita fikirkan andai Matahari tidak mahu bersinar lagi.
Owh... [^.^]

28 December 2009

Al-Ikhlas

Saya cuba berbuat baik dengan semua orang...
Dengan harapan semua orang akan berbuat baik dengan saya.
Owh, bukan... bukan... bukan...
Jauh di sudut hati saya langsung tidak mengharapkan apa-apa...


Apapun, silalah bersangka baik pada semua orang...[^.^]...
Harus percaya bahawa keikhlasan itu penting dalam banyak cara...

Owh, lebih baik baca surah Al-Ikhlas banyak-banyak...


p/s : Saya bersyukur perjalanan hidup saya begini....

27 December 2009

Cari Jodoh

Dah dengar lagu Wali-Cari Jodoh?
Pulang ke pangkuan keluarga sempena cuti Krismas lalu, tiba-tiba Bonda memberitahu sesuatu...
Bukan tentang saya dirisik atau yang sewaktu dengannya..
Tapi,
Bonda suka kat lagu "Wali - Cari Jodoh"!
Hehe... Tiba-tiba saya rasa seperti ingin tergelak.
Teringat akan seorang sahabat yang mencopy-paste lirik lagu tu pada halaman Facebook seorang teman.


[^.^]...

p/s :  Lagu ni jelas mengingatkan saya pada seseorang yang kelakar!

17 December 2009

Hilang 5


Owh. Kami bermain boling tadi di BITC depan ofis.
Seperti biasa lah, kami semua ditaja.
Terima kasih Puan Adilah... [^.^]
Tahun depan belanja lagi. Hihi.

Hari ini hari terakhir adik-adik UTeM praktikal.
Semoga cemerlang yep!
...[^.^]...

p/s: Terima kasih banyak-banyak untuk Azi, As dan Ang.
Sila maafkan saya sebab selalu membuli anda. Juga Shasha dan Naqib.

Jam 9 malam


Sedihlah hati saya...
Mereka beramai-ramai pergi ke Seberang Perai.
Tapi saya, seberang jalan je. Itupun sebab nak singgah rumah Azi.
Owh, mereka semua sudah tinggalkan saya.
Huhu...
Seperti ingin membawa diri ke Brunei! Haih!



p/s : Hilang fokus...

11 December 2009

10 December 2009

Po


Nak hilangkan boring?
Melukis keywordnya! Yeay! [^.^]...

p/s : Ni tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Sekadar hiasan je.

09 December 2009

Pesta Makan Disember



Dua minggu berturut-turut seperti menghadiri Pesta Makanan.
Sana sini bagi saya makan.
Seperti tidak mengizinkan saya kurus! Haih!
Sudah menghampiri hujung 2009, tapi masih tidak kurus. [^.^]

p/s : Ada aktiviti makan-makan jap lagi di rumah incik bos. Lihat, makan lagi! Adeh!