18 February 2010

Ter --> tak percaya!


Bulan Feb 2010 yang sangat pack!
Owh..bulan March saya juga sudah penuh sampai ke hujung bulan...
Adeh! 


Melawat Terengganu sebagai pelancong. Terlawat okey. Haha!

13 February 2010

Tak tahu dan ...

Erk. Hari ni kali ke 3 terpergi ke Terengganu. "Ter" okey. Dulu simpan niat tak nak jejak dan tak nak pergi Terengganu. Adeh! Tapi diam tak diam dah TIGA kali. Semoga tak terjumpa yang pelik-pelik. [^.^]

11 February 2010

Bila sudah bertukar...

Malam tadi tetiba dapat bercuti dalam rumah sendiri.
Pelikkan? Ye. Sebab dah lama tak duduk kat rumah luangkan masa membaca buku.
Baru beli lewat sehari lepas...Tahajjud Cinta...
Buku yang diharap dapat memuhasabahkan diri. Erk. [^.^]
Tiba-tiba dapat idea nakal!
Main-main gunting rambut!
Konon-konon nak potong sikit je...
Sudahnye rambut saya menjadi seperti begini!
.....lalu....
....ye... beginilah hasilnya...

Benar, saya jatuh cinta pada style rambut baru saya..
Potong sendiri, tapi sangat berpuas hati...
Nah, sekarang pantang nampak cermin, WAJIB belek rambut lama-lama!
[^.^]

10 February 2010

Episod Dua

Sebenarnya entry ni saja je nak penuhkan ruang yang kosong...
Sebab agak lama tidak berisi...
Hah Irwan, sila berjhati-hati dengan akak yep! [^.^]...

p/s : Saja sejukkan hati dengan berfikiran positif bahawasanya "Kebersihan itu sebahagian daripada Iman"..


05 February 2010

Soalannya : Siapa yang comel?

Lokasi : Meja di ofis. 

Lawa kan topi tu? Ops, pinjam sekejap. 
Saja nak tayang dalam blog !nsp!ras!...[^.^]
Topi yang cantik dan tabung comel yang hari-hari senyum!
Owh, tapi tertayang jugak blog tuan empunya topi.. Haih! Bagus kan?
 
Ok, sekian terima kasih.

p/s : Lewat semalam melihat dan mendengar lontaran kata-katanya yang sangat comel...adeh! [^.^]

01 February 2010

Saya suka senyum!

Pulang ke pangkuan ayahbonda untuk 2 minggu berturut-turut...
Hebatkan saya? hehe... (Nurazirah, sila jangan jeles...)
  
Lihat. Sambil-sambil drive, ambil gambar kabus yang dah terlepas.
Kebosanan melanda. Tapi tersenyum lebar bila saya melihat ini.
 
Sungguh! Saya pandang signboard lalu senyum padanya.
Seperti ada sesuatu di situ... [^.^]

p/s : Terlupa meminta Bonda mengusap rambut semalam! 
Owh...[^.^]

26 January 2010

Coklat pun ok kan?


Kengantukan melanda. (Terkena virus mengantuk si Omot)

Padahal sangat bersemangat pagi tadi.

Haih! Kan dah terdesign lagi! Adeh! [^.^]

25 January 2010

Hati berbilau-bilau



Tetiba terjumpa kata-kata ini di laptop sebelah kanan...
Dr. Rubiah K Hamzah ada kata,
"Oleh itu, belajarlah mengenali Allah SWT sehingga anda berasa
sentuhan nikmatnya yang sudah, sedang dan akan anda nikmati.
Banyakkan melihat ke dalam diri dan selalu berdoa..."

p/s : Sengaja memujuk hati... [^.^]

24 January 2010

Saya suka lah!

Kebiasaan saya pulang ke pangkuan ayahbonda sebulan sekali.
Setiap kali pulang, saya gemar meminta sesuatu daripada Bonda...

"Bonda, ke marilah...peganglah rambut anakanda ini..."


"Lembutnya rambut anak bonda ini..."

Sambil memegang rambut dan bahu saya, Bonda seraya berkata...


"Dah besar rupanya anak bonda ni ye... I love u sayang..."


"I love u too Bonda..."


Owh...saya sangat suka lah! [^.^]
Inilah aktiviti wajib saya setiap kali pulang bertemu Bonda...


Bonda, saya menyayangi Bonda lebih daripada segalanya...
Tiada lain yang dapat menggantinya...
Salam sayang untuk Bonda, Puan Misslipah binti Marman...

Hai Bonda. saya di bawah... [^.^]

20 January 2010

Majlis Perasmian PSSCM Cawangan Melaka

Alhamdulillah. Ye. Kesah semalam sudah pun berlalu.
Selesai sudah majlis perasmian...
Hanya Dia saja yang tahu betapa leganya hati dan perasaan semalam. 
Mahu berdebar menanti saat itu...[^.^]


p/s : Sudah tiba masanya untuk menagih janji pada seorang teman. Haip!
Sila jangan buat-buat lupa ye. Gambar kontroversi dalam simpanan! Hehe

12 January 2010

Hanya wanita sahaja


Tetiba terjumpa sepotong ayat ni...
Haih. ni gara-gara kakak angkat yang comel la ni..
Tak memasal saya semakin menjumpai prosa kata hebat...[^.^]

11 January 2010

Untuk anda juga


Jangan tanya saya kat mana dapat prosa kata sehebat ini...[^.^]...
Pemberian seorang kakak yang sangat comel pada saya...
Tak pasal-pasal saya mencuri ruang untuk design lalu tagged di muka buku...
Owh, saya buka muka buku lah! =)

p/s : Kata-katanya sungguh indah. Sebab itu saya khaskan untuk ahli-ahli psscm cm dan psscm utem sahaja...

08 January 2010

Kak Hasanah, sila lihat.


Kak Hasanah mengatakan hati saya hari ini berbunga-bunga...
Mengapakah? Sila tanya dia okey...=)
Tak pasal-pasal lain yang saya nak design, lain yang terhasil...
Sila lihat. Nanti saya akan tag mereka di muka buku...
Sila tunggu ye akak... [^.^]

07 January 2010

Conetto Inteligensia 2006

Malam tadi membuka kotak hijau.
Yang ada, diari lama gila! Tahun 2003 punya kisah pun ada...
Hahaha... Rupa-rupanya ada kisah Conetto!

Macam-macam jumpa...
Doa dan harapan semua ada...
Betullah. Apa yang saya harapkan pada dulu-dulu, itu yang terjadi pada zaman sekarang...
Sebab lain, minda saya dah setkan tentang sesuatu...

Saya mendoakan seorang teman itu supaya menjadi sahabat saya yang terbaik untuk selamanya....

05 January 2010

Alhamdulillah...


Nikmatnya sebuah percutian yang tak dirancang...
Akhirnya saya menemui hikmah disebalik percutian kali ini...
Diberi sakit, tapi saya faham makna tersirat...
Betapa cantiknya Dia nak tunjukkan saya hikmah itu...Subhanaallah...
Cuti saya telah menemui tempoh tamatnya...
Saya sudah pun menemui penamat jalan cerita saya ini...
Betapa saya tersangatlah lega...
Gambar di atas mungkin dapat menggambarkan betapa besarnya kelegaan saya...[^.^]
Haih! Semoga esok saya bekerja dengan penuh semangat, riang dan ceria!


Mari berfikir merenung masa depan pula...

p/s : Mencari jodoh pula. Bonda sudah bertanyakan bila pula saya ingin mencari jodoh.
Baik...saya bersedia membuka seluasnya pintu hati saya...saat ini...[^.^]