03 June 2011

Jeruk di MBMB Batu Berendam

 
 
Saya paling tak suka "melawat" MBMB Batu Berendam tu.
Macam ada aura-aura negatif kat situ.

1. Setiap kali saya datang, staf yang jaga kaunter ada duduk kat kaunter tapi selalu cakap "sana, sana"
(tunjuk arah ke kaunter sebelah.)

2. Bila orang lain datang, terus je dia suruh orang yang baru datang ke kaunter dia.
(hello, saya ni apa?)

3. Tiap kali datang mesti tunjuk muka emo.
(xbest langsung. nasib baik tagline dia bukan senyum seindah suria.)

4. Tak suka cakap terima kasih.
(hanya sorang staf je tahu macam mana nak cakap terima kasih.)



Tiap-tiap bulan tau saya datang. Dah la susah. Ada ke patut bayar saman kat Melaka Mall. Beli kupon kat Batu Berendam. Tak pasang kupon, kena saman. Adoi. Menyusahkan. Maaflah cakap.



p/s : entri akhir-akhir ni agak menjeruk rasa.

02 June 2011

Setiakah saya?

 
 
Telah berkali-kali aku katakan.
Bukan itu maksudku.
Dalam getar mungkin tiada sendu yang berbunyi.
Masih berharap.
Mohon keajaiban.
Biarpun masa bagaikan panjang.
Celik-celik hari berganti hari.
Setiaku masih di sini.

p/s : masih mengharapkan setia.

31 May 2011

Yeay atau apa?



Kadang-kadang saya cemburu dengan orang lain.
Dengan "handphone bijak". Sana sini orang gunakan.
Macam harganya semua orang mampu beli.
Saya nak makan sedap-sedap pun selalu berkira.
Apa lagi nak pergi kedai makan jauh-jauh.
Semua saya berkira. Hahaha [kedekut ke?]
Selalu pesan kat teman begini "kalau nak makan sedap-sedap, sila ajak orang lain ye. saya tak mampu"
Hehehe. Pelik. Mana orang semua ni dapat duit.
Saya nak sampai hujung bulan pun macam ada dan tiada je.
Separuh nafas.
Nasib baik saya bukan lelaki.
Kalau lelaki, terus terang saya cakap saya tak mampu nak kahwin.
Untuk diri sendiri pun tak berapa mampu, apa lagi nak tanggung anak orang. Hihi.

p/s : mana orang dapat duit banyak-banyak? bagi la saya sikit. pliss.


sedapkan hati. sepatutnya bersyukur. 
sekurang-kurangnya masih lagi boleh berdoa bermohon.
sigh.

25 May 2011

Bintang saya seakan hampir malap.

Saya dah tonton filem Nur Kasih The Movie.
Seronok ke tak?
Pada saya, cerita ni lebih berunsurkan islamik.
Ada unsur keinsafan dan kematian.
Kalau anda belum bersedia ke arah yang satu, terus terang saya cakap cerita ni lari dari harapan anda yang inginkan cerita ini sangat luar biasa. 
Filem ni sangat-sangat menuntut kita meletakkan diri bagaimana rasanya kehilangan orang yang tersayang dan kita sendiri yang akan meninggalkan orang yang kita sayang.
Tapi, pastikan kalau nak menonton,
sebelah anda BUKAN lelaki.
Risau dia akan tiba-tiba gelak di saat-saat anda sedang nak rasa sedih.
Memang sangat spoil.
Dan juga bukan kawan-kawan yang tak sekepala dengan anda.
Sebab filem ni perlukan fokus. 
Satu ketika anda hilang fokus, memang tak faham.
Tahap kesukaan saya biasa saja.
Cuma terasa betapa kematian tu seperti sangat menghampiri dan mengikuti saya setiap detik.

p/s : Tak reti nak beri bintang.



19 May 2011

Comel tapi garang

Masalah memang akan sentiasa ada bersama kita. 
Terpulang bagaimana kita menghadapi dan menerima dengan hati terbuka. 
Selepas redah bersama masalah tu, hati kita akan tenang. 
Sebenarnya kita mampu lalui masalah tu. 
Kita je yang provok diri dengan mengatakan mana mungkin, mana mungkin. 
Baik nyanyi lagu dan mungkin bila nanti...oh.

p/s:ayat ni direka khas untuk Nuraziera Mohd Hatta...
sila jaga diri baik-baik. >:D<

16 May 2011

Kertas saya mahal? Awak?

Adakalanya hati bagai dirobek-robek.
Tapi mana mungkin robek macam kertas-kertas tu.
Sebab tu hati bukan duduk seperti keping-keping kertas.
Tapi dalam badan.
Dalam hati ada apa pula?
p/s : Detik hati mengusir maksud yang tersirat. 
Bukan mudah untuk menebak hati seorang insan. 
Biar diluah, masih ada yang meninggalkan baki. 
Hari ni dan mungkin untuk selamanya, hati ini masih lagi begini.
Di sini. Barangkali.

10 May 2011

Terhimpit

Saya semakin hari dihimpit rasa bersalah.
1. sebab dok jauh dengan keluarga.
2. separuh pendapatan saya habis hanya untuk kegunaan saya sorang
cth : kereta, rumah, parking kereta dan makan minum.
 
 
1 soalan ni bermain di benak fikiran.
 
aku tinggal jauh dari rumah ayahbonda, adakah saat akhir hayat ayahbonda, aku dapat bersama dengannya?

p/s : hati meronta-ronta ingin hampir dengan mereka.

25 April 2011

Transformasi Pemikiran Melayu - Dr Mohd Ridhuan Tee

Saya tertarik dengan ayat-ayat Dr Mohd Ridhuan Tee
Yusuf al-Qaradawi menggariskan beberapa perkara untuk mentransformasikan pemikiran umat Islam. Antaranya, mendahulukan perkara yang pasti berbanding yang masih ragu-ragu. Kedua, mendahulukan perkara yang besar berbanding yang kecil. Ketiga, mendahulukan kepentingan umat (Islam) berbanding diri. Keempat, mendahulukan kepentingan berpanjangan berbanding kepentingan sementara. Kelima, mendahulukan kepentingan utama berbanding kepentingan yang rasmi (protokol), dan akhirnya, mendahulukan kepentingan masa depan berbanding masa kini.

Kesemua transformasi yang digariskan oleh Yusuf al-Qaradawi ini mesti diberikan perhatian oleh umat Islam hari ini jika mereka benar-benar mahu melakukan agenda perubahan. Transformasi tidak akan berlaku jika tidak disertai dengan cara berfikir dan tindakan. Apa gunanya bangunan bertingkat-tingkat jika maksiat tumbuh macam kulat. Apa gunakan pendapatan rakyat meningkat, jika umat Islam terlalu mengejar dunia sehingga melupakan akhirat. Apapun transformasi yang dilakukan, pendekatan berimbang atau wasatiyyah mesti diambil kira.

20 April 2011

Saya dengar.

The Teenager Audio Test - Can you hear this sound?
Created by Oatmeal

p/s : jom try test tahap pendengaran korang. hehe.

12 April 2011

Rindukan

Ini bukan masanya untuk hati berdetik sesuatu.
Hati, berhentilah berdetik.
Ini jelas bukan masanya.
Sungguh.

p/s : setiap hari dengar RIA 89.7 FM (Singapura). 
hati melonjak-lonjak nak kembali ke Johor.

05 April 2011

Kami dapat no.5!

Ni cerita Ahad lepas punya ye!
Kejohanan Bowling Tertutup Anjuran UiTM Kampus Alor Gajah.
Kumpulan kitorang dapat no.5 daripada 25 lane ok!
Macam biasa. Masuk kumpulan UTeM la. Hahaha.
Patutla rasa macam langkah kanan je dari mula-mula datang.
Sekali dapat hadiah cabutan bertuah.
066! Tak sangka menang! Yeayy!  :)


17 March 2011

Terima kasih Afghan

Sekali sekala pakai baju lawa letak dalam blog buat gaya begini tidak mengapa kan?
Oh. Saya suka! Hehe!

p/s : nyanyi lagu afghan --> terima kasih ......lalalala

10 March 2011

Oren

Okeh. Esok nak bercuti.
Macam dah lama tak cuti-cuti ni.
Oh, tadi bermain bowling lagi. Hehe.
Suka gambar ni! Oke, bai! ^.^
p/s : oren pun cantik jugak kan?

04 March 2011

9 hari.

Nak hilangkan ngantok dan rasa macam tepu?
Meh main ketuk-ketul. Hehe. Meh buat lagi. Speedtest

54 perkataan
Speedtest


p/s : 54 perkataan rasa macam lambatnya saya menaip.

03 March 2011

10 hari

Hari-hari klik new post. Tapi tak pernah nak tulis apa-apa.
Last2 tulis kat Ichi je jadi private
Kuikuikui (erk, sejak bila pulak suka gelak macam ni? T_T ..)
Yeay. Lagi 10 hari nak cuti sekolah.