12 August 2011

Mak ai, jem?

*macam biasa, atok google jadi sumber la.


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Yang mengetahui segala lurus bengkok perjalanan hidupku...
Yang mengetahui yang terbaik untukku...
Berikanlah aku kekuatan...
Berikan aku kesabaran...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...


p/s : hanya Tuhan yang tahu-UNIC

10 August 2011

50 sen je

Banyaknya setem!!!
Tadi beli je 210 keping setem okeh!
Rasa sangat teruja. Hehehe.
Tapi saya punya 20 keping je.
Lelebih tu kakak tingkat dua punya, boss punye, kawan tingkat atas kirim-kirim.
Pastu terus pos kad raya.
Rupa-rupanya sekarang dah tak boleh pos setem 30sen je.
Dah naik harga...oooo...
Hehehe.

p/s : semalam baru belek kad raya tahun lepas.
ada bunyik-bunyik. bestnye. hehe
harap-harap tahun ni ada orang bagi siap CD lagu "Sampai Menutup Mata" lah.
.PRAYING. hehehe.

Hari ni 10 Ramadhan


Bukan Ramadhan namanya kalau kita tak diuji.
Masa ni la tahap kesabaran kita akan diuji.
Sama ada tahap A, tahap B atau tahap C.
(mana awak tau ada tahap-tahap ni??)

Macam-macam hal.
Nak eratkan silaturahim pun payah.
Pingsan kalau semua manusia kat dunia ni macam ni.
Hidup ni sementara je.
Masa ni la nak buat baik dengan semua orang...
Sekian. terima kasih.
(nak suruh orang bersabar memang mudah, 
nak suruh diri bersabar, memang betul-betul kena banyak bersabar. haha.
apa kau membebel ni shidah....T_T)



p/s : sekadar bertanya tak perlu jawab dengan nada tinggi.
hari ni kau begini. esok lusa kau cari aku jugak.
silap haribulan kau merayu.
kita tengok hari berikutnya.


09 August 2011

si kecil lelaki mana?


Saya percaya. 
Adakalanya kita memang kena berusaha lebih supaya kita lebih memahami konsep sebenar.
Jumpa pulak kebetulan dalam buku "Creating the Perfect Design Brief".
Dia kata,

"Designers shouldn't be taxi drivers."


Maka, fahamlah saya.
Belek diri sendiri bukan perkara mudah.
Mungkin juga selama ni saya kerja sebagai pemandu teksi kot.
Wahahaha.

(sumber gambar haruslah dari google. sekarang gambar semua kena beritahu mana sumber.
kalau tak, mau kena kutuk dalam mana-mana belog. ahh.)


p/s : mimpi malam tadi hanya si kecil perempuan saja yang datang. 
si kecil lelaki mana?

08 August 2011

SMM


Kenapa mesti bagi jawapan yang tak menjawab soalan?
adoiii.
nasib baik sekarang ni bulan puasa.
sabar jelah.
baiklah buat sendiri macam ni.
nanges. dalam hati.
T_T


p/s : asyik mimpi 2 orang kanak-kanak. 
dulu mimpi diorang masih kecil lagi. 
pastu mimpi dah besar sikit..dah mula bertatih...
malam tadi mimpi dah besar lagi...dah pandai berjalan sana-sini.. 
pelik. korang ni siapa sebenarnya?

19 July 2011

Siapa nak bagi saya mesin jahit?

Dah sarapan pagi ni?
 
Ke puasa lagi hari ni? Bagusnya korang. T_T
 
Rasa macam tak sabar nak tunggu masuk bulan Ramadhan.
 
Sekarang pantang nampak ada telur, tepung, butter ada kat rumah.
Macam semua resepi nak cuba. T_T

Taadaaa...


 Ntah amek resepi kat blog mana ntah.

Sekali cuba, sedap ohh!

Untuk juadah buka puasa pun sodappppp!! 
 
 
 

p/s : tetiba rasa macam nak beli mesin jahit la pulak. hehehe

18 July 2011

NKRA, NKEA

Hai. Mari bercerita tentang hari Sabtu 16 Julai 2011.
Nama peperiksaan ya ampun punya lah panjang.
Letih tau nak tulis panjang-panjang.
Tapi sebab nak ambil hati kan.
Ngada-ngada la pulak kalau taknak tulis.
T_T


 Ni kali kedua sebenarnya.
Banyak pulak soalan NKRA, NKEA, SRP, RMK-10, Dasar Ekonomi Baru, Greater-KL
Soalan esei pulak semua banyak edisi-edisi lama.
Pendermaan organ, pasal nuklear dan ape ntah pasal keamanan.
Nanges tau menjawabnya. T_T

Paling suka soalan ni.
Siapa pandai, tolong bagi jawapan.

"7 kabinet dapat disiapkan dalam masa 4 jam 
oleh 2 orang pekerja.
Berapa kabinet dapat disiapkan dalam masa 24 jam

oleh 7 orang pekerja?"


Eh, jawab tau. 
Saya paling geram dengan soalan ni.
Kenapa jawapan saya takde dalam senarai jawapan??
Ish. T_T


14 July 2011

Tengok muka sendiri


Hari ni saya masih menyalahkan teknologi.

Bukankah patutnya saya berusaha memperbaiki diri sendiri.

Menjadi lebih istiqamah, menjadi lebih pendiam sebaiknya.

Semakin hari semakin saya takut nak mengeluarkan ayat.

Risau memperkecilkan hati seseorang. Hati kamu. Hati kecil kamu.
Kamu la. Yang sedang membaca entri ini.
Sungguh. Nak memperbaiki diri sendiri bukan mudah caranya.
T_T




p/s : masih di takuk yang lama. berubahlah. muhasabah diri. tengok muka sendiri.


13 July 2011

Bila ikan masin itu tawar



Kadang-kadang saya terlupa nak faham.
 
Teknologi adakalanya menyusahkan.
 
Benda yang sepatutnya tak terjadi tiba-tiba terjadi.
 
Maka, fahamlah saya selepas ini.





p/s : cukupla perasaan berbunga-bunga saya selama ni setakat ini sahaja.

30 June 2011

IPG KPM

Alhamdulillah, seminggu berhempas pulas.
PSSCM IPG KPM.
Akhirnya, all out. Tahniah semua. :)



ku tak bermain dengan rasa
serius ku suka padamu

ku dan kamu
jatuh cinta
bukan cinta biasa


p/s : bila umi dah mula beri macam-macam nasihat. he.

24 June 2011

MITC


Saya berharap, semua Kelas Memandu di Malaysia ni akan mengajar semua pemandu bagaimana nak gunakan roundabout.
 
 
Sekian, terima kasih.
 

p/s : LOL, awak update ni je? T_T

20 June 2011

Ungu

Mood sekarang : masih lagi mahu tercari-cari warna yang sesuai.
Warna kegemaran = ntah sesuai atau tak.
Takpe. Sabtu lambat lagik. Ngeh3.



p/s : ikutkan hati kuning cair plus pink saja. biar semua warna pastel. oh.
tapi macam nak purple dan gold. boleh?

17 June 2011

Hampa



Perasaan ini saya simpan sahaja.
Biar bawa sampai ke mati.
Akan kekal dalam ingatan dan hati.
Ini bukan mainan perasaan.
Apalagi jiwa.
Hati meruntun gelisah.


p/s : akhir-akhir ni.

3 Suara



p/s : Jangan sesekali pertikaikan perasaan saya.



09 June 2011

Eh!



"Terimalah cinta pada adanya. Perkahwinan adalah kelanjutan dari cinta. 
Cinta proses mendapatkan kesempatan, ketika kita mencari yang terbaik diantara pilihan yang ada, 
maka cinta akan mengurangkan kesempatan untuk mendapatkannya. 
Kalau kesempurnaan ingin kita dapatkan maka sia-sialah waktu dalam mendapatkan perkahwinan itu kerana kesempurnaan itu hampa adanya. Cinta itu sempurna di mata kita tetapi cinta tidak sempurnakan perkahwinan."