13 October 2011

Esok



Esoklah update.

10 October 2011

Mayat hidup



Terkadang saya merasa cemburu.
Orang lain seperti mudah dapat itu ini.
Terdetik di hati.

Kenapa orang itu dipermudahkan rezekinya.
Tak perlu bekerja keras.
Dapat, dapat dan dapat.
Sedangkan saya.
Pada usia 26 tahun.
Masih di takuk lama.
Tiada sebarang anjakan paradigma yang membanggakan.
Baik untuk mak, ayah dan adik.
Waima untuk diri sendiri.
Terasa seperti diri tidak berguna. Langsung.

Apa sumbangan saya pada mak dan ayah?
TIADA

Apa sumbangan saya pada syarikat?
TIADA

Apa sumbangan saya pada kawan-kawan?
TIADA

Saya seperti mayat hidup yang bergerak.
Ye.
Saya lah mayat tu.

p/s : ...

07 October 2011

Saya bukan Aiman

Minggu ni saya menjadi agak cengeng sikit.
Penyedih. Sikit-sikit nak nangis.
Mana-mana je saya boleh nangis.
Kat ofis. (nasib baik banyak penghadang. monitor besar. beg tinggi. takdela siapa pun nampak. T_T)
Dalam kereta. (pasal kereta dah gelap sekarang. hihi.)
Kat rumah. (osmet tak nampak punya.)
Kat dapur pun boleh.(ni maknanya mana-mana pun boleh.)
LOL.
Dulu saya suka pendam semua cerita.
Pastu mak tak bagi.
Nanti kalau pendam, akan susah hati.
T_T
Sekarang dah pandai cakap.
Sampai banyak cakap.
Kawan-kawan cakap, saya ni banyak cakap.
Blebleblebleble. 
Atau icon kat ym macam ni. Hihihi.
Saya peduli apa.
Saya tak kisah pun.
Kalau tak, saya nangis kuat-kuat nanti. (-___-")
Macam ni.
Mahu? Hihi.


p/s : tak sabar nak pergi kelas esok. yehuuuu!!!

06 October 2011

Taman bunga

Whoaahh!!
2 minggu bos bagi kerja.
Tapi sampai hari ni bayang-bayang pun takde.
Mana pergi idea?
Nak kata tak jumpa ibubapaku, baru je minggu lepas.
Nak kata tak pergi lepaskan perasaan, dah hari tu. T_T.
Nak kata tak berjola-joli, kan haritu dah.
Sampai 4 jam duduk dalam Mydin! Amekk!! Hahaha
Nape nih!!
Apa dah jadi ni!!
Matilah kalau bos tau saya tak siap-siap lagi buat kerja.
(dah memang bidang kerja memerlukan idea yang kreatif dan inovatif)

p/s : keje ofis pun xsiap2-siap, ada hati nak design kad kahwin sendiri.
(berangan la kau rashidah..)
nantila letak gambar.

30 September 2011

Tingkat Dua

Assalamualaikum.

Sari berita penting.
Oh, saya pernah berangan nak jadi seorang pembaca berita dulu.
Pastu nak TV3 je plak tuh. Wahahaha. berangan kau! :p

Entri hari ni agak emosi.

Saya bersyukur kerana sejak kecil umi didik saya supaya berdisiplin.
Tau kemas rumah.
Tau kemas dapur lepas masak.
Tau susun pinggan mangkuk dengan kemas.
Tau sapu rumah tiap-tiap minggu.
Tau kemas bilik air selalu.

Saya tak suka kotor-kotor lepas masak.
Saya tak suka basah-basah kat lantai lepas basuh pinggan.
Saya tak suka rumah habuk-habuk.
Ye. Saya memang CEREWET selepah-selepah ni.

Saya berharap sangat kawan serumah saya nampak entri ni dan baca.
Lalu faham dan tolong saya.
Saya dah penat.
Saya bukan orang gaji tau kat rumah ni.

Mengeluh tak baik untuk kesihatan.
Tapi adakalanya.
Saya terpaksa luahkan.
Sebab saya tak dibayar untuk jadi orang gaji.


p/s:harap-harap kalau dapat rumah baru, taknak ada housemate. cukuplah.

29 September 2011

Pukal lagi

Sekali lagi edisi pukal. Hehe.

SATU : Ada rumah terbuka di tempat kerja Jumaat lepas. Sepatutnya ofis terbuka la kan. Hihi
PENERANGAN : Jadi kendarat. Masa ni la baru nak berkenalan dengan staf-staf lain.  
Yang jarang senyum jadi banyak cakap. Seronok la. Hehe

 Yang ni barisan-barisan kendarat.

DUA : Festival Hang Tuah dekat Istana Melaka.
PENERANGAN : Rasa macam ada kat zaman Hang Tuah.
Sebab sana sini orang pakai tengkolok,  baju-baju klasik.
Mula berangan nak jadi TUN TEJA.
Wahahaha. (banyak cantik kau nak berangan la. :p)

 Atok tengah mandikan keris. Masa ni Atok tak boleh cakap apa-apa.
Yang ni demo PSSCM Cawangan Melaka macam biasa.


TIGA : Kenduri kahwin.
PENERANGAN : Abah cakap kat Batu 3. Ingatkan Batu Tiga Shah Alam.
Rupanya kat Subang daaa..
(yang ni malas nak letak gambar sebab.....)




p/s : tengah fikir-fikir nak bermastautin di mana.hihi

22 September 2011

Pukal

Lamanya tak update belog Oh!
Mari update secara pukal lah.
 
SATU :  Boss belikan pc baru. Lengkap boleh sentuh terus. Tak payah pakai wayar-wayar dah.
PENERANGAN : (Saya dari dulu berangan nak pc macam ni.. Lepas ni boleh tekun lagi buat kerja. Hihi.)

DUA : Minggu lepas sangatlah sibuk. Itu ini, ini itu. He.
PENERANGAN : Rumah terbuka sana sini. Rumah terbuka boss, rumah terbuka PSSCM CM. Penat sampai satu tahap makan secucuk sate sahaja. :p

TIGA : Sibuk dengan kenduri kahwin sepupu di kampung Tg. Karang
PENERANGAN : Sibuk makan, yelah. hahaha
 
EMPAT : Kerja luar di PICC, Putrajaya sempena Asia Pacific Regional Workshop on Popularization of Science.
PENERANGAN : Taklah sibuk sangat masa ni sebab orang tak ramai sangat. Posing je lebih. Hihi.
LIMA : Adik pun konvo di PICC. Semua datang dan dapat jumpa. 
PENERANGAN : Yang tak disangka-sangka pun dapat jumpa dan berkenalan. Haha.
 
 
p/s : saya update secara pukal sebab tau bukan ada orang pun baca belog ni. tulis apa pun takpe. hihi.



-> takda gambar pasal malas nak naik turun.

15 September 2011

Kad Kahwin


Saya sedang berangan.
Kalaulah kad kahwin saya secantik ini.
Nak tau lagi klik kat RendaPuteh.
Ada renda-renda.
Rasa macam taknak bagi je kad ni kat orang lain.
Cantik sangat.
Tak payah design lebih-lebih dah.
Ekslusif!!
Hihi.


p/s : Tengah pilih-pilih tema.
Macam ungu ni.
Tapi macam merah la plak.
He.



13 September 2011

Menang rumah

Hari tu lepas beraya kebetulan ternampak iklan rumah untuk dijual.
Taman Belimbing Setia, Durian Tunggal, Melaka..
Ngeh3.


Tapi kan, banglo...hehehe.
Macam ngada-ngada la plak nak banglo.
Tapi ni banglo versi kecil je.
Tak la besar sangat.
Rasa macam berani jugak kot kalau duduk sorang-sorang.
Hehe.


Sempat jugakla pusing-pusing rumah contoh.
Lepas tu berangan.
Sebab nanti ada dapur sendiri.
Tak payah dah nak gaduh-gaduh dengan osmet.
Hahaha.
(mati la kalau osmet baca belog ni. hahahahaha)


Kalau banyak duit, memang tak fikir panjang dah.
Takde ke peraduan menang rumah?



p/s : nampak gaya macam kena harus bermastautin kat Melaka jah. Haha

09 September 2011

Idea


Hari-hari pun tengok blogger.com ni.
nanti sudahnya mesti tekan close je.
pasal tak tau nak tulis apa.
(pernah jumpa kat mana ntah orang cakap camni 
"Kalau kau tak tau nak update ape, 
tak payah la update, 
pastu nak tulis konon-konon kau takde idea.")
he. macam ni punya style pun ade kan? 
*sigh.


p/s : rasa macam lawak bila sesekali Jud tanye pasal persiapan kahwin. he.

25 August 2011

Danau


Esok Insya Allah dah takde kat Melaka dah.
Terima kasih Melaka kerana banyak berjasa pada saya.
Ecececeh..Bagi ucapan macam la dah tak datang Melaka dah..
Hehehe.

Oke, Selamat Hari Raya Aildilfitri
Maaf Zahir dan Batin.



p/s : belum sampai rumah lagi, mak dah cop nak ajak pegi Angsana malam ni. hehe

23 August 2011

Umur saya bukan 22


Yeay, sekali lagi kena saman.
Macam tiap-tiap bulan kena saman.
Sebab LUPA nak letak kupon.
Padahal beli kupon sebulan dah.
Duduk dalam dashboard, taknak tampal sebab merosakkan cermin kereta sungguh.
Ala, malas la nak membebel lagi.
22hb Julai 2011 pun kena saman.
 22 Ogos 2011 pun kena saman jugak??

Memang orang MPHTJ tu suka duduk kat kereta saya ke?
LOL.



p/s : nampak sangat Melaka tak suka saya eh? oke, fine.

Yang lepas tu lepaslah

 
 
Hari ni dah 23 haribulan.
Kalau panjang umur, sampai ke magrib la dapat puasa penuh 23 hari.
 
Tahap beribadat kepada-Nya masih di takuk lama.
Malu la.
Malu sangat.
Patutnya Ramadhan kali ni dapat buat yang lebih terbaik.
Ampunkan saya Ya Allah.
 
 sumber : google.com

p/s : Raya ni sama seperti tahun lepas. 
Tapi sebaiknya dimanfaatkan masa bersama keluarga sebaiknya.

12 August 2011

Mak ai, jem?

*macam biasa, atok google jadi sumber la.


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Yang mengetahui segala lurus bengkok perjalanan hidupku...
Yang mengetahui yang terbaik untukku...
Berikanlah aku kekuatan...
Berikan aku kesabaran...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...


p/s : hanya Tuhan yang tahu-UNIC

10 August 2011

50 sen je

Banyaknya setem!!!
Tadi beli je 210 keping setem okeh!
Rasa sangat teruja. Hehehe.
Tapi saya punya 20 keping je.
Lelebih tu kakak tingkat dua punya, boss punye, kawan tingkat atas kirim-kirim.
Pastu terus pos kad raya.
Rupa-rupanya sekarang dah tak boleh pos setem 30sen je.
Dah naik harga...oooo...
Hehehe.

p/s : semalam baru belek kad raya tahun lepas.
ada bunyik-bunyik. bestnye. hehe
harap-harap tahun ni ada orang bagi siap CD lagu "Sampai Menutup Mata" lah.
.PRAYING. hehehe.