31 December 2009

2009-2010


Tinggal beberapa minit lagi 2009 nak sampai ke penhujung...
Lepas ni seakan tiada lagi 2009...
Bermula dengan hujan lebat pada penghujung 2009, tak sangka di penghujungnya saya mendapat pelangi...
Akhirnya, semua hajat ayahanda dan bonda telah saya tunaikan... [^.^]
Ops, tinggal 1 lagi je belum.
Sebentar yep, saya juga sedang menjalankan misi nih...hehe...



Baiklah. Semoga apa yang manis pada 2009 akan berterusan pada tahun 2010 jugak..
[^.^]

Tutup 2009


Wah, esok dah 2010... Hari ini hari terakhir dalam 2009.
Tak sempat nak buat imbasan 2009, tup-tup dapat chicken pox!  [^.^]

Owh, Bonda merisaukan sesuatu tentang saya...
Bukan tentang penyakit saya ini, tapi akan hal lain. Haih!
Tunggulah... Saya pun sedang menunggu juga...

p/s : Mahu tutup buku 2009 dan buka buku baru 2010 seluasnya....

29 December 2009

Untuk budak comel



Seorang teman bertanya kepada saya...
"Kenapa walau kita dah setia gila pada dia, tapi dia boleh berubah hati untuk wanita lain?"
Jawapan saya satu je.
"Mungkin sebab tiada jodoh"...
Owh, itu sebenarnya bukan jawapan saya lah. Tapi daripada seorang teman yang lain.
Saya terima pengakuan itu dengan hati terbuka.

Wahai budak comel, matahari di luar sana sangat terang cahayanya...
Lagi elok kita fikirkan andai Matahari tidak mahu bersinar lagi.
Owh... [^.^]

28 December 2009

Al-Ikhlas

Saya cuba berbuat baik dengan semua orang...
Dengan harapan semua orang akan berbuat baik dengan saya.
Owh, bukan... bukan... bukan...
Jauh di sudut hati saya langsung tidak mengharapkan apa-apa...


Apapun, silalah bersangka baik pada semua orang...[^.^]...
Harus percaya bahawa keikhlasan itu penting dalam banyak cara...

Owh, lebih baik baca surah Al-Ikhlas banyak-banyak...


p/s : Saya bersyukur perjalanan hidup saya begini....

27 December 2009

Cari Jodoh

Dah dengar lagu Wali-Cari Jodoh?
Pulang ke pangkuan keluarga sempena cuti Krismas lalu, tiba-tiba Bonda memberitahu sesuatu...
Bukan tentang saya dirisik atau yang sewaktu dengannya..
Tapi,
Bonda suka kat lagu "Wali - Cari Jodoh"!
Hehe... Tiba-tiba saya rasa seperti ingin tergelak.
Teringat akan seorang sahabat yang mencopy-paste lirik lagu tu pada halaman Facebook seorang teman.


[^.^]...

p/s :  Lagu ni jelas mengingatkan saya pada seseorang yang kelakar!

17 December 2009

Hilang 5


Owh. Kami bermain boling tadi di BITC depan ofis.
Seperti biasa lah, kami semua ditaja.
Terima kasih Puan Adilah... [^.^]
Tahun depan belanja lagi. Hihi.

Hari ini hari terakhir adik-adik UTeM praktikal.
Semoga cemerlang yep!
...[^.^]...

p/s: Terima kasih banyak-banyak untuk Azi, As dan Ang.
Sila maafkan saya sebab selalu membuli anda. Juga Shasha dan Naqib.

Jam 9 malam


Sedihlah hati saya...
Mereka beramai-ramai pergi ke Seberang Perai.
Tapi saya, seberang jalan je. Itupun sebab nak singgah rumah Azi.
Owh, mereka semua sudah tinggalkan saya.
Huhu...
Seperti ingin membawa diri ke Brunei! Haih!



p/s : Hilang fokus...

11 December 2009

10 December 2009

Po


Nak hilangkan boring?
Melukis keywordnya! Yeay! [^.^]...

p/s : Ni tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Sekadar hiasan je.

09 December 2009

Pesta Makan Disember



Dua minggu berturut-turut seperti menghadiri Pesta Makanan.
Sana sini bagi saya makan.
Seperti tidak mengizinkan saya kurus! Haih!
Sudah menghampiri hujung 2009, tapi masih tidak kurus. [^.^]

p/s : Ada aktiviti makan-makan jap lagi di rumah incik bos. Lihat, makan lagi! Adeh!

28 November 2009

Sama macam Iman



Lihat lembu yang berwarna hitam. Itu lembu bahagian saya. [^.^]
Telah selamat disembelih oleh pakcik pakai kopiah kalau tak silap tadi...


.....

Selesai sudah... [^.^]
Hujan rahmat mengiringi pemergian ia...
Posted by Picasa

25 November 2009

Batrisya


Umi pangku Qistina Batrisya - adik baru saya.

p/s: Silaplah. Adik kepada anak saudara saya lah.. [^.^]
...
...
Batrisya buat muka pelik bila saya cakap dia adik saya...hehe
Posted by Picasa

23 November 2009

Air laut itu masin rasanya


Semalam, meluangkan masa sebentar di Masjid Selat.
Setelah sekian lama tidak singgah... Semenjak ada Iman, terus tak singgah Masjid Selat.
Teruk sungguh saya ini... [^.^]

Kalau nak tahu, ini antara sebab saya masih di Melaka. Saya seperti sayangkan masjid yang cantik ini.
Bunyi hempasan ombak pada batu adalah saat-saat indah bagi saya.
Tidak percayakah? Jika begitu, silalah ke masjid ini okey!

p/s : Jiwa menghampiri ketenangan walaupun adakalanya kata-kata pedas itu terhambur antara sedar dan tidak...Apakah hina jika masih berstatus begini?

20 November 2009

Janji

Janji ALLAH itu pasti. Betapa saya sangat-sangat mempercayai janji-Nya...

Kredit : http://hafizahsalwa.files.wordpress.com/2007/10/berdoa.jpg

19 November 2009

18 PL

Pagi tadi melihat MHI. Pengacara sedang promosi filem JALANG.
Mazidul meminta Wardina menyebut nama tajuk filem itu. Tapi, Wardina buat aksi berat sangat nak sebut nama filem tu. Yep! Mesti dia malu nak sebut nama filem tu. Apa lagi tengok iklan dia. Alamak.
Nasib baik Wardina comel! [^.^]

Sebenarnya masih tak faham kenapa filem begitu boleh lepas di pawagam.
Owh, saya sangat kasihan pada lelaki-lelaki yang melihat cerita itu nanti. Tak patutlah...

p/s : Daripada letak poster JALANG, baik saya letak gambar Wardina yang comel! [^.^]

...
...
...
...
...
Saya sudah berusaha dan sedang berusaha. Saya sudah berdoa dan sedang berdoa.
Sekarang saya tawakkal pada Dia sahaja.