19 July 2011

Siapa nak bagi saya mesin jahit?

Dah sarapan pagi ni?
 
Ke puasa lagi hari ni? Bagusnya korang. T_T
 
Rasa macam tak sabar nak tunggu masuk bulan Ramadhan.
 
Sekarang pantang nampak ada telur, tepung, butter ada kat rumah.
Macam semua resepi nak cuba. T_T

Taadaaa...


 Ntah amek resepi kat blog mana ntah.

Sekali cuba, sedap ohh!

Untuk juadah buka puasa pun sodappppp!! 
 
 
 

p/s : tetiba rasa macam nak beli mesin jahit la pulak. hehehe

18 July 2011

NKRA, NKEA

Hai. Mari bercerita tentang hari Sabtu 16 Julai 2011.
Nama peperiksaan ya ampun punya lah panjang.
Letih tau nak tulis panjang-panjang.
Tapi sebab nak ambil hati kan.
Ngada-ngada la pulak kalau taknak tulis.
T_T


 Ni kali kedua sebenarnya.
Banyak pulak soalan NKRA, NKEA, SRP, RMK-10, Dasar Ekonomi Baru, Greater-KL
Soalan esei pulak semua banyak edisi-edisi lama.
Pendermaan organ, pasal nuklear dan ape ntah pasal keamanan.
Nanges tau menjawabnya. T_T

Paling suka soalan ni.
Siapa pandai, tolong bagi jawapan.

"7 kabinet dapat disiapkan dalam masa 4 jam 
oleh 2 orang pekerja.
Berapa kabinet dapat disiapkan dalam masa 24 jam

oleh 7 orang pekerja?"


Eh, jawab tau. 
Saya paling geram dengan soalan ni.
Kenapa jawapan saya takde dalam senarai jawapan??
Ish. T_T


14 July 2011

Tengok muka sendiri


Hari ni saya masih menyalahkan teknologi.

Bukankah patutnya saya berusaha memperbaiki diri sendiri.

Menjadi lebih istiqamah, menjadi lebih pendiam sebaiknya.

Semakin hari semakin saya takut nak mengeluarkan ayat.

Risau memperkecilkan hati seseorang. Hati kamu. Hati kecil kamu.
Kamu la. Yang sedang membaca entri ini.
Sungguh. Nak memperbaiki diri sendiri bukan mudah caranya.
T_T




p/s : masih di takuk yang lama. berubahlah. muhasabah diri. tengok muka sendiri.


13 July 2011

Bila ikan masin itu tawar



Kadang-kadang saya terlupa nak faham.
 
Teknologi adakalanya menyusahkan.
 
Benda yang sepatutnya tak terjadi tiba-tiba terjadi.
 
Maka, fahamlah saya selepas ini.





p/s : cukupla perasaan berbunga-bunga saya selama ni setakat ini sahaja.

30 June 2011

IPG KPM

Alhamdulillah, seminggu berhempas pulas.
PSSCM IPG KPM.
Akhirnya, all out. Tahniah semua. :)



ku tak bermain dengan rasa
serius ku suka padamu

ku dan kamu
jatuh cinta
bukan cinta biasa


p/s : bila umi dah mula beri macam-macam nasihat. he.

24 June 2011

MITC


Saya berharap, semua Kelas Memandu di Malaysia ni akan mengajar semua pemandu bagaimana nak gunakan roundabout.
 
 
Sekian, terima kasih.
 

p/s : LOL, awak update ni je? T_T

20 June 2011

Ungu

Mood sekarang : masih lagi mahu tercari-cari warna yang sesuai.
Warna kegemaran = ntah sesuai atau tak.
Takpe. Sabtu lambat lagik. Ngeh3.



p/s : ikutkan hati kuning cair plus pink saja. biar semua warna pastel. oh.
tapi macam nak purple dan gold. boleh?

17 June 2011

Hampa



Perasaan ini saya simpan sahaja.
Biar bawa sampai ke mati.
Akan kekal dalam ingatan dan hati.
Ini bukan mainan perasaan.
Apalagi jiwa.
Hati meruntun gelisah.


p/s : akhir-akhir ni.

3 Suara



p/s : Jangan sesekali pertikaikan perasaan saya.



09 June 2011

Eh!



"Terimalah cinta pada adanya. Perkahwinan adalah kelanjutan dari cinta. 
Cinta proses mendapatkan kesempatan, ketika kita mencari yang terbaik diantara pilihan yang ada, 
maka cinta akan mengurangkan kesempatan untuk mendapatkannya. 
Kalau kesempurnaan ingin kita dapatkan maka sia-sialah waktu dalam mendapatkan perkahwinan itu kerana kesempurnaan itu hampa adanya. Cinta itu sempurna di mata kita tetapi cinta tidak sempurnakan perkahwinan."

03 June 2011

Jeruk di MBMB Batu Berendam

 
 
Saya paling tak suka "melawat" MBMB Batu Berendam tu.
Macam ada aura-aura negatif kat situ.

1. Setiap kali saya datang, staf yang jaga kaunter ada duduk kat kaunter tapi selalu cakap "sana, sana"
(tunjuk arah ke kaunter sebelah.)

2. Bila orang lain datang, terus je dia suruh orang yang baru datang ke kaunter dia.
(hello, saya ni apa?)

3. Tiap kali datang mesti tunjuk muka emo.
(xbest langsung. nasib baik tagline dia bukan senyum seindah suria.)

4. Tak suka cakap terima kasih.
(hanya sorang staf je tahu macam mana nak cakap terima kasih.)



Tiap-tiap bulan tau saya datang. Dah la susah. Ada ke patut bayar saman kat Melaka Mall. Beli kupon kat Batu Berendam. Tak pasang kupon, kena saman. Adoi. Menyusahkan. Maaflah cakap.



p/s : entri akhir-akhir ni agak menjeruk rasa.

02 June 2011

Setiakah saya?

 
 
Telah berkali-kali aku katakan.
Bukan itu maksudku.
Dalam getar mungkin tiada sendu yang berbunyi.
Masih berharap.
Mohon keajaiban.
Biarpun masa bagaikan panjang.
Celik-celik hari berganti hari.
Setiaku masih di sini.

p/s : masih mengharapkan setia.

31 May 2011

Yeay atau apa?



Kadang-kadang saya cemburu dengan orang lain.
Dengan "handphone bijak". Sana sini orang gunakan.
Macam harganya semua orang mampu beli.
Saya nak makan sedap-sedap pun selalu berkira.
Apa lagi nak pergi kedai makan jauh-jauh.
Semua saya berkira. Hahaha [kedekut ke?]
Selalu pesan kat teman begini "kalau nak makan sedap-sedap, sila ajak orang lain ye. saya tak mampu"
Hehehe. Pelik. Mana orang semua ni dapat duit.
Saya nak sampai hujung bulan pun macam ada dan tiada je.
Separuh nafas.
Nasib baik saya bukan lelaki.
Kalau lelaki, terus terang saya cakap saya tak mampu nak kahwin.
Untuk diri sendiri pun tak berapa mampu, apa lagi nak tanggung anak orang. Hihi.

p/s : mana orang dapat duit banyak-banyak? bagi la saya sikit. pliss.


sedapkan hati. sepatutnya bersyukur. 
sekurang-kurangnya masih lagi boleh berdoa bermohon.
sigh.

25 May 2011

Bintang saya seakan hampir malap.

Saya dah tonton filem Nur Kasih The Movie.
Seronok ke tak?
Pada saya, cerita ni lebih berunsurkan islamik.
Ada unsur keinsafan dan kematian.
Kalau anda belum bersedia ke arah yang satu, terus terang saya cakap cerita ni lari dari harapan anda yang inginkan cerita ini sangat luar biasa. 
Filem ni sangat-sangat menuntut kita meletakkan diri bagaimana rasanya kehilangan orang yang tersayang dan kita sendiri yang akan meninggalkan orang yang kita sayang.
Tapi, pastikan kalau nak menonton,
sebelah anda BUKAN lelaki.
Risau dia akan tiba-tiba gelak di saat-saat anda sedang nak rasa sedih.
Memang sangat spoil.
Dan juga bukan kawan-kawan yang tak sekepala dengan anda.
Sebab filem ni perlukan fokus. 
Satu ketika anda hilang fokus, memang tak faham.
Tahap kesukaan saya biasa saja.
Cuma terasa betapa kematian tu seperti sangat menghampiri dan mengikuti saya setiap detik.

p/s : Tak reti nak beri bintang.



19 May 2011

Comel tapi garang

Masalah memang akan sentiasa ada bersama kita. 
Terpulang bagaimana kita menghadapi dan menerima dengan hati terbuka. 
Selepas redah bersama masalah tu, hati kita akan tenang. 
Sebenarnya kita mampu lalui masalah tu. 
Kita je yang provok diri dengan mengatakan mana mungkin, mana mungkin. 
Baik nyanyi lagu dan mungkin bila nanti...oh.

p/s:ayat ni direka khas untuk Nuraziera Mohd Hatta...
sila jaga diri baik-baik. >:D<