23 December 2011

Hujung tahun


Hari-hari kira duit tabung syiling ni.
Duit tabung tak cukup-cukup.
Macam mana nak kahwin ni.
Lagi 2 bulan je.
Kita tunda boleh tak?
Sampai tabung syiling saya penuh?
T_T


Macam menarik je..
Kihkihkih.


p/s : bagi Lan duit syiling rm5..hahaha

21 December 2011

Warghhhh

Minggu ni saya betul-betul terhimpit.
Bukan la kena himpit macam nasi impit tu..
Kihkihkih..
Banyaknya kerja yang nak disiapkan.
Semua kalau boleh nak buat sendiri SIAP sebelum cuti.
Oh, Jumaat lusa ni kira penghujung kerja tahun 2011...
Pastu cuti panjang lebih kurang 10 hari.


Boss offer cuti panjang.
Haruslah cuti sebaiknya.
Nak siapkan itu ini lagi.
Tengok, tinggal beberapa hari je lagi nak kahwin.
Persiapan baru 2% je tau.
2% bukan 20% tau!!


warghhhhhhh...
tinggal 73 hari lagi....


p/s : makin nak kahwin, makin banyak pulak kerenah kereta lagi..adoi...
kalau lah tiba-tiba bank bagi percuma duit kat aku...kihkihkih

15 December 2011

Roda pusing bawah


"Tuhan pasti sedang merencanakan yang terbaik untuk aku.
Di saat ini, Tuhan sedang memusingkan roda perjalanan aku di pusingan paling bawah."

Tiap-tiap minggu makan nasi kahwin orang. :)


Ni gambar masa pergi kenduri kahwin kat PD.
Sempat jugak snap gambar hostel masa belajar dulu.
Memang klasik gila.
Teringat macam-macam kenangan kat sini.
Kes panjat tembok sampai keluar notis.
Nak tau siapa ketua panjat tembok ni?
SAYA la... miahahahahha...
Tak senonoh betul masa tu.
Sebab malas nak pusing.
Panjat jelah tembok...
Lepas keluar notis, dah jarang-jarang panjat tembok..hehe


Mana nak dapat jalan macam ni kat Melaka.
Ada ke? Kat PD je ada...


Ni la pengantinnya.
F dan F.
Betapa lama duduk PD, baru tahu kat PD ada nama Taman PD Utama.
LOL.

Selang seminggu, kenduri kahwin lagi.
Rasa teruja nak pergi sebab yang ni pasangan OKU.


Minggu ni nak pergi kenduri kahwin lain pulak.

Minggu depan lagi satu pun nak pergi kenduri kahwin lain pulak.

Nanti la update lagi! ^.^



12 December 2011

24 kan awak?

Selamat Hari Tua yang ke-25 ke 24?
Hehehe..
 p/s : untuk pelanggan pertama saya. hehehehe.
tanpa lilin, tanpa nyanyian.

lepas ni nak belajar buat kek indulgence pulaks.

ngada-ngada betul bila tahun depan dah beritahu nak kek ape!
:p

30 November 2011

94

Malu, tapi rasanya perlu.
Hihi.


.



kalau ditanya tentang
di mana kau letaknya akal dan fikiran pada
SAAT ini...
pasti aku akan kelam kelibut mencari.


p/s : tuhan, masa sangat pantas. 
tak sempat aku mengejarnya.

29 November 2011

14 November 2011

:)

:)
wordless on saturday.

Saasatul Ibaad

Hadiah untuk hari jadi yang ke-26.
Thanx a lot!!
Sangat banyak sampai rasa malu sangat.
Hehehehe..
Thanx kesayangan saya!!! ^.^

p/s : saasatul ibaad dalam genggaman

28 October 2011

Al-Hubb

Sekarang baca buku ni pulak.
Seronok.
He.

20 October 2011

Salji-salju


Tadi tetiba dalam playlist ada lagu ni.
Salju Kasih-Nya.
Alamak.
Terus cari lirik.
Macam jadi lagu background ceritera hati pulak.
Kihkihkihkih.
Ok, diam.


"kerna hatiku merantau jauh...
ingin bertemu dengan-Mu.."

A : Kenapa entri kau sedih-sedih sejak akhir-akhir ni?
B : (pura-pura tak faham) Haa? Sedih? Maksud kau?
A : Ala, kejap sedih tu, sedih ni.
B : Haha.. yeke.
A : Yelah. Kau dah kenapa?
B : Ntah ye. Buang tebiat nak mati kot.
A : Ok, bai. T_T
(A is offline.)
B : (erk..)


p/s : semoga penghujung hayatku di kalangan husnul khatimah.

Manisnya!


Satu hari berapa kali kita berdoa?
Lima? Enam?
Sepatutnya sangat banyak.
Eh, seronok tau berdoa.
1 hari bangun, macam-macam doa boleh baca.
Sejak baca buku Gen-Q tu, terasa sesuatu.
Manisnya berdoa.
Seronoknya berdoa.
Seronok. Seronok dan seronok.
Jangan lupa berdoa tau!
 
 
Bak kata ustaz,
"berdoalah semoga diberikan hidayah."


p/s : menanti masa yang hampir tiba. 
sigh.

18 October 2011

Mengapa doa belum dimakbulkan

Hati saya tiba-tiba dihimpit perasaan hiba.
Semuanya kerana majalah ni.
Sebak pun ada.
Perasaan bercampur baur.

Saya jumpa majalah ni di kedai makan.
Kononnya hari ni saya nak diet.

Dia bukakan pintu hati saya.
Sungguh, mahu nangis baca majalah ni.


"Setiap hela nafas adalah isyarat untuk rindu, cinta dan kasih.
Izinkanlah hela nafas itu menjadi nikmat untuk aku
bersyukur dan berdoa memohon keampunan." 
- Gen-Q -


p/s : Di penghujung mencari cinta-Mu, Ya Allah.

17 October 2011

Maher Zain kat belakang Cubic

Hari tu nampak Maher Zain kat belakang Cubic, UTeM.
Biar betul kau!
Ok, serupa tapi tak sama kot.
Takkan Maher Zain nak jalan sensorang kat UTeM.
Silap kot. Wahahaha.!!
Tapi, comel kan Maher Zain. T_T.

Okeh. Tutup kisah Maher Zain.

Saya percaya.
Dia menguji seseorang mengikut kemampuan hamba-Nya.
Gadis November ini jujur.
Hari ni saya berasa malu untuk berhadapan dengan Dia.
Betapa hinanya saya sebagai hamba-Nya.

"Membuat kebaikan sesuatu yang sangat menarik. 
Pengalaman sendiri mengajar saya sesuatu.
Misalnya, jika kita melakukan kebaikan, lakukan kebaikan itu semata-mata kerana Allah. 
Malah, jangan pula kita menyangka kebaikan yang kita lakukan kepada seseorang 
menyebabkan orang itu yang akan melakukan kebaikan kepada kita."
- Pemburu Impian-


p/s : Alhamdulillah, hari ni masih lagi ada ruang nafas. 
Semoga masih dapat berbakti membantu orang lain.
Semata-mata kerana Allah. 
Jangan bolak-balikkan hati aku Ya Allah.
Insya Allah.