Showing posts with label PSSCM UTeM. Show all posts
Showing posts with label PSSCM UTeM. Show all posts

03 May 2012

Mesyuarat Agung Ke-5 PSSCM UTeM

Banyak kenangan kat Dewan Canselori UTeM nih.
Daripada aku tak kahwin sampai la dah kahwin.
Daripada pipi aku elok je dalam tudung, la ni macam da terkeluar dari paksi.
Haha.

Aku ditanya tentang perasaan sebelum kahwin.
Soalan dia : "Sebelum kahwin hari tu, memang dah bersedia ke nak kahwin?"
Jawab aku : "Mestilah. Buka pintu hati kita, barulah kita nampak siapa jodoh kita..."



p/s : rasa macam pernah letak entri "tisu biru" tentang perasaan hati pada dia masa 
AGM PSSCM UTeM dulu. Lawak rasa. Nasib baik jadi kahwin. Hahaha.

06 October 2010

.Jelajah Alam

Ok, tak perlu cakap banyak.
1 gambar mewakili 10 maklumat.
Bai! ^.*

p/s: Hati sedang girang.

04 October 2010

Kaki gunung

Hari kejadian : Sabtu (2 Oktober 2010)
Dalam masa tak sampai 10 minit buat keputusan terus ke Gunung Ledang.
Langsung tiada dalam plan hari Sabtu.
Oh, 9 dan 10 Oktober akan bermalam di sana.
Bersama adik-adik PSSCM UTeM.
Yabedabedu!!!

p/s : Akhirnya, doa itu terlafaz juga...
Kerana dia sangat menghargai janji. Baginya janji harus ditunaikan...

27 August 2010

Hati.

Semalam, menghadiri program 
Ramadhan Al-Mubarak 
Membentuk Keperibadian Mukmin Sejati di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
Sempat juga rakam koleksi potret keluarga PSSCM UTeM.
Wah! Letak kat sini, mau jeles si adik kalamputra nanti. Hehe!
p/s : Berat hati tetapi terpaksa diringankan sebab bila dah sampai perasaan akan terus bertukar. Ahhai!

12 April 2010

Pulau Besar, Melaka

Entry kali ni rasa paling banyak gambar.
Kegembiraan seperti sukar dikawal. Hehe...
10 & 11 April 2010 - Hajat nak ke Pulau Besar, Melaka tercapai jugak.
Walaupun dugaan sepanjang nak sampai tu panjang kalau disenaraikan. :D


Tak dapat nak join adik-adik PSSCM UTeM untuk program perasmian petang tu.
Juga tak dapat melihat Panglima Biru. Ahha. 


Bergerak ke Pulau Besar jam 8 malam oke.
Dengan tak pakai baju oren2, meredah laut dalam kegelapan lagi.
Alhamdulillah, selamat juga sampai ke Pulau Besar.


Makan malam dalam kegelapan.
Tiba-tiba terasa macam dalam kisah Bersamamu. 


Tahniah untuk skuad demo PSSCM Cawangan Melaka.
Dua kali buat demo. Tapi tak banyak pun ambik gambar.
Sebab macam terpaku nak tengok demo pertama sesungguh hati.
Baiklah, saya mengaku. Best oke. [^.^]
Harap maaf. Terpaksa dikaburkan.

Tak dapat nak berjalan-jalan sekeliling pulau sebab masa sangat terhad.
Rasa tak puas sebenarnya 2 hari 1 malam di Pulau Besar.
Terima kasih pada adik-adik yang menyediakan kelengkapan untuk akak yep. 


Apa-apa pun kami semua sangat enjoylah. Sungguh!
Sebab saya terasa betapa happynya saya pagi ni.
Harap dapat join lagi!


Dapat gelaran baru lagi. "Kakak papan sekeping".
Sabau jelah. [^.^]

Banner program. :)
...
p/s : Hiccup tu kadang-kadang nampak sempurna bukan? [^.^]

06 April 2010

Untuk kita sahaja

Tarikh : 05 April 2010 (Isnin)
Tempat : Dewan Jamuan Bangunan Canselori UTeM
Tajuk : Majlis Penangguhan PSSCM UTeM & Majlis Perpisahan Tenaga Pengajar PSSCM UTeM

Saya kira semua orang pulang dengan perasaan gembira walaupun ada sedih di hati.
Gembira sebab rasanya semua orang enjoy dengan makanan.
Sedih sebab kehilangan tenaga pengajar yang saya kira sangat rapat dengan kita semua.
Sungguhlah. Saya terasa kehilangan.
Terutamanya Kak Yam. Nasib baiklah ia bergenang tak sempat menitis. :(

Terima kasih yang tak terhingga untuk mereka berdua, Abang Malik & Kak Yam.



Kek ni jadi kemuncak acara. Kredit pada Chapique. [^.^]
Rasanya semalam Kak Yam paling happylah. 

Macam grand kan majlis ni? (Adik saya, sila jangan jeles oke. hehe)
Untung saya join kanak-kanak riang, maka rasalah dewan jamuan UTeM ni.. [^.^]


Ahha. Gambar bawah ni pelik sikit. Jenuh 10 kali snap, tapi masih kabur.
Dok pusing sana sini pun kabur. 
Tak tahulah sapa yang ada ikut sekali. Owh, masa ni jam dah pukul 12 malam.
Patutlah pun. [^.^]


Apapun, terima kasih pada AJK yang terlibat.
Harap-harap program akan datang saya dapat ikut.
Hujung bulan kan? Saya tahu. Hehe...

p/s : Hiccup, thanx for the words. I'm really appreciate it. 

28 March 2010

MAT PSSCM Cawangan Melaka Kali ke-10

Semalam menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka Kali ke-10.
Untuk pertama kalinya dibuat di rumah persatuan yang baru. :)

Niat hati yang pertama sebab nak tengok banner dan backdrop tercanggih di alaf baru ni.
Hasil kerja Encik Asreen Anuar kan. Ahha.

Buku AGM kali ni disediakan oleh YAB Datok Sharim. 
Ramai kata cantik! [^.^]. 
Datok, sila print yang berwarna untuk saya juga yep! Hehe.

Dan untuk pertama kalinya, saya menjadi perwakilan PSSCM CM.
Kalau dulu, sekadar pemerhati, tapi sekarang sudah tidak lagi.
Ahha, terkejut ye? Saya pun baru diberitahu malam semalam.

Imbas kembali :
AGM 2007 : Di Laman Seri Budaya, Ayer Keroh (kena pasang bunga rozek pada VIP)
AGM 2008 :  Di Laman Seri Budaya, Ayer Keroh, Melaka (wakil PSSCM UTeM) 
AGM 2009 : Rumah persatuan lama Durian Daun Dalam (tak datang)
AGM 2010 : Rumah persatuan baru Durian Tunggal (kena pegang dulang bunga rozek pulak. hehe)

p/s : Biar macam biskut, tapi menyenangkan dan mengenyangkan. [^.^]

26 October 2009

AGM PSSCM UTeM



Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi sebab semalam berakhir sudah AGM... rasanya macam dah lama sangat PSSCM UTeM tak buat AGM... Berakhir sudah pergerakan dari ajk yang lepas... Lepas ni Anuar pulak yang take over... [^.^]

Owh, sebenarnye bukan ini yang hendak saya beritahu. Saya berasa sangat sebak bila menghadiri agm ini...
Mengapa? Entah. Lebih-lebih lagi bila menghantar adik-adik pulang D'Apartment. Lagi lama saya di situ, terasa macam ade air mata yang bergenang! Saya tak tipu ok...
-saya sangat sayangkan mereka-


Lupakan sedih saya. Beruntung kan mereka. Baiknya hati saya memasukkan gambar mereka ke dalam entri saya kali ini..Hehe.... Takpe, Irwan xkan tau pasal gambo ni...


Owh.. Yang ini bukan untuk kontrovesi.. Tapi nak btau yang kiri tu YDP PSSCM UTeM sesi 2009/2010...
Untung kan Anuar. Tak pasal2 saya dah glamour kan dia dalam blog saya!  Hehe...
Yang kiri tu, of course la adik ipar saya... Dia selalu malu-malu.. [^.^]



Cepat lihat. Iman Ichi diapipt oleh sape? Iman kene apit ngan Incik Proton... hehe...
Alhamdulillah, dengan adanya Iman, saya senang untuk bergerak ke mana saja.



Ok. Untuk gambar yang terakhir, saya beritahu ape sebenarnya AGM PSSCM UTeM tu...
Inilah dia... Untuk yang dah tau tu, baguslah...
Untuk adik-adik yang bakal mentadbir PSSCM UTeM 2009/2010 semoga buat yang terbaik...
Jadikan yang lepas sebagai pengajaran...Dan semoga sentiasa mencipta kegemilangan...

Ok.Ok... Saya dah cukup puas. Ape2pun, PSSCM UTeM tetap saya sayang...
Tanpa PSSCM UTeM sapelah saya... [^.^]

p/s : Seperti mahu cakap lagi... Oh ya... Semalam memang simfoni cukup comel macam aritu... hehe