03 November 2009

Saya memilih khabar yang senang itu...


Boleh pulak malam tadi mimpi binatang ini. Tikus! Tapi ia sangat comel.
Terlompat-lompat di bawah almari saya. Pelik jugak bila mimpi tikus ni.
Saya cuba menggoogle tafsiran mimpi di sebalik tikus ini. Nak tahu apa yang saya dapat?
"Jika anda bermimpi melihat tikus menuju jalan, bermakna akan ditolong oleh orang budiman. Mimpi melihat tikus lari, bermakna akan terima khabar senang."
Wah... Jikalau menerima perkhabaran senang, sayalah insan yang bertuah itu.
Ditolong oleh orang budiman? Owh, tiba-tiba saya teringat mimpi Iez itu.. Hehe..

p/s : Tikus melompat-lompat memainkan simfoni yang indah. Saya terpaku. Owh.. [^.^]


02 November 2009

Simfoni itu melodi rasa hamba



Saya tak faham kenapa sejak akhir-akhir ini saya berjiwa sastera.
Tapi memang pun. Kalau pun saya tidak menjadi programmer, pasti sekarang saya akan jadi seorang penulis bebas. Tak percaya? [^.^]...
Sila rujuk kawan-kawan lama saya.. Hehe...

Cuba lihat ini, status saya di muka buku.
1. Telah ia mati menjadi keroncong mendatar maka mencari nada simfoni baru demi sebuah kesah...
2. Simfoni yang dahulunya berkalang emosi, menirus bertukar ibarat senja berlabuh mencari malam..
3. Irama simfoni itu tiada galang gantinya, meniup dalam diam, berkalung dalam hijab...

Owh, sila jangan terpaku dengan kata-kata di atas. Ia secara sendirinya terpacul keluar dari dalam otak saya.. Tapi saya tetap sukakannya. Masih menggunakan simfoni sebagai pelengkap ayat.

p/s : Simfoni itu penebar inspirasi. Walau tidak bulat seperti roti canai, ia tetap mengenyangkan.
Walau nada sering bertingkah, namun melodi tetap membuaikan.

01 November 2009

Papadom jugaklah yep!


Owh.. Lihat itu? Saya sudah nontonnya. Walau lambat, tapi saya tetap mahu nontonnya.
Memandangkan kanak-kanak riang yang lain sedang sibuk membuat persiapan, maka kami
pergi melihat dulu yep. Sila jangan jeles. [^.^]..
Lain kali akak belanja untuk bende lain pulak ok!

p/s : Simfoni comel tak sudah-sudah! Aduhai... hehe

31 October 2009

Kamarku Menggoda



Wah. Sila lihat gambar di atas. Melihat kamar ini sudah pasti tidurmu itu sangat lena...
Itu yang terjadi pada saya pada Sabtu ini. Tidur yang sangat lena sepanjang hari..
Owh, saya tidak pernah bersifat sebegini sepanjang sudah berkerjaya..
Tapi hari ini sangat berbeza! [^.^]


p/s : Sangat mati akal bila sepanjang hari ini hanya duduk di rumah saja! Hehe...

30 October 2009

Menangkap Bintang

Wah... Hampir-hampir saya terlupa pada buah hati saya yang no.2 ini...
Ops, maaf ye blog Inspirasi. Anda telah jatuh no.2 selepas Iman saya menjadi buah hati saya no.1.. [^.^]
Pejam celik pejam celik, cepat je dah hari Sabtu. Rase macam tak jumpa hari Rabu, tup2 dah hari Jumaat.
Ok. Dah bace buku ini?



Esok saya mahu bercinta dengan buku-buku di rumah. Sangat lama tidak meluangkan masa untuk mereka.
Owh, sangat rindulah pada buku-buku di rumah.. Asyik berjalan sampai tak ingat cinta hati di rumah itu..
Bak kata Puan Ara.. "Orang bizi kan.."Muahaha.. Saya seakan ingin tergelak besar!


Owh. Ini juga! Sejak Iman wujud di hadapan mata saya, terus saya sudah lupakan aktiviti ini.
Dulu, dia jadi peneman hati saya di kala-kala usia praktikal dulu..
Sangat minta maaflah yep! [^.^]

Ok. Memandangkan semua orang akan berseronok dan berhibur esok, sila berhati-hati yep.
Pada adik-adik PSSCM UTeM yang akan menyambut kertas peperiksaan mulai Isnin ni,
sila buat yang terbaik. Nanti kite enjoy lagi makan askem dan tengok wayang yep! [^.^]
Jaga diri anda baik-baik. Bubbyyyyee...

p/s : Eh, agenda kite yang hari Ahad ini jadikan? Pasti Aziati dan Munirah akan jeles pada kita nanti..
Hehehe (Sila gelak jahat...)

28 October 2009

Tiada lagi selepas ini



Baiklah. Saya mengotakan janji dengan amat pantas bukan? Hoho...
Pasti ada yang marah nanti kerana peluang sedemikian ini..



Ok la..cukup setakat ini. Bubbye...


p/s : Simfoni sudah meninggal jam 11 pagi tadi...
Cukup sampai di sini kesah simfoni itu...


Tirai pun berlabuh................................ [~.~]

Bila pagi ni da lab test....

Malam tadi secara tidak langsung, kami ber8 telah membuat keputusan untuk berfoya2...
Walaupun si 3 gadis ade lab test pagi ni... Owh no.. Akak tak bertanggungjawab yep! [^.^]
Tak pasal2 dari tajuk utama nak belanja makan kat Naiman, tiba-tiba menjadi seperti ini :
1. makan askem sambil lihat budak kecik mandi lompat-lompat,



2. lepak kat MBMB di bawah pohon asmara kelip-kelip (owh tidak..lepak??)



3. tengok wayang cite Inglurious Basterds yang ditaja oleh Asreen (eh, ex-bos belanja kami ke ni?)



-terima kasih daun keladi, ade mase belanja kami lagi! hehe

Gambar selanjutnya tak boleh upload lagi sebab Moon tak upload lagi...
Kesimpulannya saya sangat happy malam tadi walaupun dalam hati masih tak mampu
nak menampung rahsia itu walau ia ada di depan mata...
p/s : Bilakah agaknya tenaga itu akan ditambah semula? supaya saya bisa jadikan ia bukan lagi sebuah rahsia?
...
...
...
...
...
Baiklah, saya mengaku. Simfoni ada di mana-mana saja. Benar, dia sumber inspirasi saya.
Owh, saya sangat malu lah.... [^.^]

27 October 2009

Saya sangat sebak



Saya berasa sangat hiba dan sedih. Ini semua gara-gara berita tv3 pagi tadi...
Tajuk : Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Gopeng, Perak.
Kasihan pada murid-murid yang 22 orang tu. Masih tak jumpa lagi...
Pasti mak ayah mereka sangat sedih. Saya yang mendengar sampai menitis air mata, apa lagi mak ayah
yang tak pasti di mana anak mereka...
Semoga mereka semua terselamat atau tersangkut di mana-mana dengan elok dan baik....

p/s : Berita pagi ni saja dihidangkan dengan pelbagai "orang hilang".. :(

26 October 2009

AGM PSSCM UTeM



Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi sebab semalam berakhir sudah AGM... rasanya macam dah lama sangat PSSCM UTeM tak buat AGM... Berakhir sudah pergerakan dari ajk yang lepas... Lepas ni Anuar pulak yang take over... [^.^]

Owh, sebenarnye bukan ini yang hendak saya beritahu. Saya berasa sangat sebak bila menghadiri agm ini...
Mengapa? Entah. Lebih-lebih lagi bila menghantar adik-adik pulang D'Apartment. Lagi lama saya di situ, terasa macam ade air mata yang bergenang! Saya tak tipu ok...
-saya sangat sayangkan mereka-


Lupakan sedih saya. Beruntung kan mereka. Baiknya hati saya memasukkan gambar mereka ke dalam entri saya kali ini..Hehe.... Takpe, Irwan xkan tau pasal gambo ni...


Owh.. Yang ini bukan untuk kontrovesi.. Tapi nak btau yang kiri tu YDP PSSCM UTeM sesi 2009/2010...
Untung kan Anuar. Tak pasal2 saya dah glamour kan dia dalam blog saya!  Hehe...
Yang kiri tu, of course la adik ipar saya... Dia selalu malu-malu.. [^.^]



Cepat lihat. Iman Ichi diapipt oleh sape? Iman kene apit ngan Incik Proton... hehe...
Alhamdulillah, dengan adanya Iman, saya senang untuk bergerak ke mana saja.



Ok. Untuk gambar yang terakhir, saya beritahu ape sebenarnya AGM PSSCM UTeM tu...
Inilah dia... Untuk yang dah tau tu, baguslah...
Untuk adik-adik yang bakal mentadbir PSSCM UTeM 2009/2010 semoga buat yang terbaik...
Jadikan yang lepas sebagai pengajaran...Dan semoga sentiasa mencipta kegemilangan...

Ok.Ok... Saya dah cukup puas. Ape2pun, PSSCM UTeM tetap saya sayang...
Tanpa PSSCM UTeM sapelah saya... [^.^]

p/s : Seperti mahu cakap lagi... Oh ya... Semalam memang simfoni cukup comel macam aritu... hehe

24 October 2009

Pantai itu

Pagi ini saja hati saya sudah keciwa.. Eh. Kecewa.. Dengan siapakah? Itu simfoni.. Sesenang hati dia menuduh saya yang tidakdapat pergi ke AGM di Uniti dengan tuduhan tidak berasas. Saya pergi dating? Dengan siapakah? Huhu.. Saya bersedih hati la. Bukankah ia sudah berakhir setahun lebih yang lalu? Owh, saya sangat benci dengan simfoni saat ini.. =l p/s: mahu pergi Tesco dengan housemate

23 October 2009

Malam semalam kot



Gambar di atas tiada kaitan dengan entri kali ini. Cuma tiada gambar yang berkaitan untuk mengisi laman kosong... [^.^]

Bagai tidak mahu keluar dari kepompong otak ini bila memikirkan yang simfoni pada malam hari itu sangat comel. Saya bagai tidak mahu melepaskan senyum... [^.^] - sangat teruk perasaan itu...

Baiklah, untuk jangka masa esok, saya harus berani katakan tidak... walaupun saya inginkan saat-saat itu...
Haha...Semoga panjang umur dan dapat jumpa hari Ahad yang terakhir. Mungkin.

p/s : Bye simfoni... [^.^]

22 October 2009

Bye Iez



Mimpi Iez akan Ichi pada malam tadi...
[^.^]

p/s : Kebetulan hari ni saya mahu ke KL.. Harap-harap semua selamat...
Mimpi itu kadang-kadang sesuatu yang indah...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
"kadang-kadang mengingatinya buat hati saya gembira.." [ok. saya tipu!]

20 October 2009

Bunga-bunga riang

Tetibe hari ni saya rase Nescafe adalah sangat tidak sedap. Pahit! Dan tidak menyeronokkan.
Sila la percaya bahawa saya akan katakan TIDAK jika dipelawa untuk menikmati secawan Nescafe lagi selepas ini...





Saat ini hati bagai berbunga-bunga riang seperti bunga tulip yang dihujani embun pagi.
[Sila jangan tanya!]




p/s : Bersedia untuk di malam hari. Bagai tidak sabar ingin bertemu simfoni lagi! Hehe.
Saya kan suka bunga tulip. Sudah lupa kah? [^.^]

3 Malam 2 Hari - Episod 3

Sambung semula kesah semalam.Tak sangka tema saya dipilih untuk Jamuan Aidilfitri kali ini.
Memula hanya suka-suka je... Tapi, cuba lihat. Program Lestari Aidilfitri Menjanji Ukhwah Terpatri dipilih. Saya tahu bos saya, Asreen Anuar (Baru perasan nama dia sangat sedap! Haha. ) tak sukakannya. Tapi saya suka! [^.^]



Walaupun "sesuatu" telah berlaku masa hari kejadian ni, tapi majlis berjalan dengan lancar. Harap-harap bos tunaikan janjinya nanti.. Hahaha [sila gelak jahat]...

p/s: Walaupun saya tahu, bos akan saje je buat-buat lupa... :D

19 October 2009

3 Malam 2 Hari - Episod 2

Entri ni khas untuk Fara. Dia cakap nak baca. Ok, sekarang akak letak banyak sikit.. [^.^]
Sabtu semalam seawal pagi lagi kitorang dah pergi Kolej Professional MARA Ayer Molek untuk AGM...
Ingatkan jauh, rupa-rupanya 15 minit je.. Itu kalau dari rumah Along.. (akhirnya jumpa jugak dengan Bonda Along)



Habis je AGM, kitorang terus ke Bukit Katil. Ada majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki.
Dua-dua pun kawan kitorang. Tapi sebab sebelah perempuan sangat jauh, maka kami mengiringi sebelah pihak perempuan. Along jadi pengapit perempuan. Abg Malik pulak jadi pengiring lelaki.



Rasanya Huda nampak sangat cantik masa kat atas pelamin. Tapi Huda dah memang sedia cantik.
Tengok tu. Huda dah macam permaisuri "Agong" pulak. [^.^]...
Saya sukalah...



Sebelum balik, kami bergambar untuk kenangan...
Eh, mana simfoni saya? [^.^]



Habis je majlis kahwin, kitorang gerak ke Rumah Terbuka kat Tanjung Bidara. Tujuan utama nak ambik pinggan mangkuk kat rumah jiran sebelah... Tapi, bab makan memang kami tak tolak. Sila lihat gambar di bawah. Mereka sangat riang kan? Sebab mereka dah kenyang! :D



p/s : Iman sangat berjasa sepanjang program 3 malam 2 hari ni... I luv u Iman! [^.^]


Kenapa ade lagi? Subhanallah. Hari Sabtu saya sangat pack. Macam-macam hal meminta perhatian.
Masa ni kami semua sudah bersiap sedia untuk berperang dengan Nasi Impit!
Sebab Ahadnye ada jamuan. Ok la. Nnti cerita lagi.

p/s : Sila perhatikan. Budak baju biru ni asyik memenuhi gambar di blog saya je kan? [^.^]
Ohho...