03 May 2012

Mesyuarat Agung Ke-5 PSSCM UTeM

Banyak kenangan kat Dewan Canselori UTeM nih.
Daripada aku tak kahwin sampai la dah kahwin.
Daripada pipi aku elok je dalam tudung, la ni macam da terkeluar dari paksi.
Haha.

Aku ditanya tentang perasaan sebelum kahwin.
Soalan dia : "Sebelum kahwin hari tu, memang dah bersedia ke nak kahwin?"
Jawab aku : "Mestilah. Buka pintu hati kita, barulah kita nampak siapa jodoh kita..."



p/s : rasa macam pernah letak entri "tisu biru" tentang perasaan hati pada dia masa 
AGM PSSCM UTeM dulu. Lawak rasa. Nasib baik jadi kahwin. Hahaha.

22 March 2012

5


Sekarang kami dah berlima.
Selamat datang! Heee..

19 March 2012

:)


Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
At any given time or place

12 March 2012

Simpan Danau dalam hati





Terima kasih banyak-banyak untuk semua warga Danau yang datang hari tu.
Alhamdulillah, sampai jugak kawan-kawan ke majlis.
Adik Nuha pun sampai! 

p/s : teringat kata seorang hamba Allah,
"shida tu nanti ade ke kawan nak datang majlis?
 macam tak ramai kawan je. macam tak sosial je. T_T"

07 March 2012

Akad nikah

Satu malam. Lepas majlis akad nikah.

K : Eh, kita ni dah suami isteri kan?

A : (Sambil tengok muka K)Yelah.

K : Lupa pulak. Hehehe


p/s : Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Kadang-kadang lupa dah tukar status. Hehe.

22 February 2012

Toreh Getah

A : "Cuti semester hari tu awak buat apa? Kerja ke?"

D : "Aah kak. Saya kerja. Saya pergi toreh getah."

A :"Awak toreh getah? Ada ladang ke?"

D : "Taklah kak. orang punya. Saya teman mak. Kesian mak pergi takde kawan."

A : (Ya Tuhan, jujurnya budak ni.)

D : "Ayah kerja jaga. Mak kerja toreh getah. Adik-adik saya semua pandai toreh getah. Sabtu Ahad tak sekolah kitorang toreh getah."

A : (Aku tak boleh nak tanya dah. Sedih bercampur baur. Masih ada budak yang sejujur ini yang nak toreh getah masa cuti semester.2012 kot.)

D :  "Saya dah ada pisau toreh getah sendiri tau kak. Hehe."

A : (Terus berdoa. Syukur sangat-sangat dengan apa yang dah aku kecapi sampai saat ini. Bila dibandingkan, masih ada lagi orang yang lagi susah daripada aku.)



p/s : Ya Tuhanku, permudahkan perjalanan si kecil ini. Mudah-mudahan dia kuat dalam menghadapi hidup yang akan datang.

21 February 2012

Status Fb

Status Facebook siapa ntah tadi baca, dia tulis macam ni.

"10 days more to go..."

10 days? 10 hari? Berapa haribulan tu lagi 10 hari?

Tengok kalendar kat tepi monitor.

3 Mac 2012.


Eh, hahhhhhhh???? tinggal 10 hari lagi ke nak kahwin?

Cuak.

Terus update status kat Facebook.

T_T

15 February 2012

Rahsia kau

Entri aku yang ke-450 dalam blog ni.


Aku selalu harap.

Sebelum aku tinggalkan kau, akan ada orang jaga kau.

Aku tak boleh selamanya ada dengan kau.

Dan aku tengok kau ceria sejak dua, tiga, empat hari ni..




p/s : eh kawan, kau dah dilamun cinta apa?

13 February 2012

2 hari

K : Eee, susah betul la kahwin jauh-jauh ni. Hehe

A : Sapa suruh kau kahwin dengan aku? Kan dah kena. Hehe

K : Nak wat cane. Dah jodoh... Hehe...




(Oke. Baca sambil senyum malu.)

Tak sampai 3 minggu

Kadang-kadang aku saja buka blog sendiri.
Lepas tu scroll paling bawah.


Aku saja nak tengok berapa hari lagi aku nak kahwin.
Hahahaha.
Oke. Jangan gelak besar.
Tak percaya, cuba kau scroll paling bawah.


p/s : tak payah cakap aku gatal nak kahwin la. hahahaha

07 February 2012

Status

Kau dah bersedia nak kahwin?

Dah.

Kau dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai suami aku?

Dah. (jawab dengan penuh semangat.)





Sebenarnya tau tak, aku tengah berdebar-debar ni nak pikul tanggungjawab sebagai suami.
Ingat senang ke? (Ok. Gelak kecil.)



p/s : menghitung hari. antara sedar dan tak sedar. pejam celik pejam celik, tinggal 25 hari lagi.

02 February 2012

Tauhu tu tawar.

Serius aku cakap.
Aku cuma kenal siapa bakal suami aku sikit-sikit je.
20 peratus pun dah kira banyaklah tu.

Ya Tuhan, bagi aku sifat sabar banyak-banyak.

Kalau ada yang tak suka tentang sikap aku, baiklah beritahu.


p/s : aku suka makan tauhu.

31 January 2012

Sayang kejap-kejap

Semalam, aku belajar tentang satu lagi sikap kau.

Kau cakap, kau tak suka 1 benda lama-lama.

Sebab, kau suka sekejap-sekejap je.

Aku harap, lepas kahwin nanti kau tak sayang aku sekejap-sekejap je.

Weh, sayanglah aku lama-lama...Haha.  -_-



p/s : eh, apasal nama aku ada atas kad kahwin ni? bukan dengan orang lain ke?

30 January 2012

Entri ni bukan untuk kau


Aku selalu nampak dia.
Bukan dia tak nampak aku.
Depan mata kot. Ah kau.
Kali ni aku tekad.
Aku mesti cakap dengan dia kalau aku nampak dia.
Sebab aku nak jemput dia datang kenduri kawen nanti.
Aku kan nak kawen. Hihi.
Belum sempat aku cakap, dia cakap dulu.
Macam tau-tau je.


p/s : Ntah-ntah kau pun sama fikir macam aku kot. Haha

18 January 2012

Aku tak setia

Dah 2012 pun.
Dan baru hari ni aku nak kemaskini belog.
Punyalah rajin. Haha.
Seiring dengan pertambahan usia (skemanya ayat aku), haruslah belog aku pun tukar wajah.
Aku suka tukar-tukar template ni.
*Orang cakap kalau suka tukar-tukar ni, maknanya
"tak tetap pendirian"
tak pun
"tak setia"



p/s : tak baik tau cakap aku tak setia. haha. lol la kau ni.