24 September 2012


Kali ni aku tekad.




 Dan aku juga dah mula pasang azam serta angan-angan.
Tapi...
Macam mana aku nak beritahu pada *si garang tu...
Mesti dia akan buat  macam ni kat aku...
Haha.

p/s : Tapi, lambat laun dia kena belajar jugak terima hakikat. hihi

13 September 2012

Serius beb!


12 September 2012

Serius. Aku tak tahan beb!


Sekarang aku lebih senang hide kan status aku kat Fb.

Bukan apa. Untuk mengelakkan aku terover luahkan perasaan kat Fb.

Macam ni.

 
Siapa tahan beb!

Aku kat sini seorang diri.

Tanpa si A, tanpa keluarga.

Kawan-kawan pun kalau ada, aku jumpa masa ofis je.

Hujung minggu kawan-kawan pun ada hal.

Bila A takde, mulalah aku meroyan kat rumah.

Sendiri tanggung sakit dan susah senang seorang diri kat rumah.

Serius aku tak tahan beb lama-lama macam ni.

Malam-malam sakit pun aku dok paut kat dinding dan besi kalau sakit datang.

Serius. Aku tak tahan beb!

Macam ni. Hahaha.


p/s : kali ni aku betul-betul serius.

16 August 2012

2 hari lagi nak raya

Orang lain dok update entri pasal bulan Ramadhan.
(tapi masa update ni lagi 2 hari nak raya!!!)
Aku suka hati la kan tau-tau nak update entri bulan Syawal.
Weh, raya weh!!!
Raya!!!


Tahun ni raya kat Kelantan.
Ada orang tanya aku, tak nangis ke?
Sekarang memang aku cakap TAK.
Tengoklah nanti 1 Syawal.
Mau menitis je air mata aku.
Macam ni.
Aku kan suka nangis. Tengok tu!!!
T_T

Tapi, tak baik kan sedih-sedih.
Umi, Abah dan Adik...
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin.
Panjang umur nanti jumpa lagi.


p/s : Nasib baik cuti raya ni seminggu lebih. Nak balik Johor jugak.
Tak kira. hahaha.

13 July 2012

FM

Ok, sama-sama dah kahwin!
Tahniah.

11 July 2012

Terima aku seadanya


Bulan sudah kembali melawat ayahbonda.
Sebelum pulang, Bonda bisik pada K.

B : Jaga Shida baik-baik ye. Terimalah dia seadanya.
(Air mata bergenang siap)
K : Insya Allah (Senyum-senyum sengih)


p/s : bila peluk umi, aku tak sanggup lama-lama. risau aku menangis jugak di situ. :)

20 June 2012

Edisi Ahad

- Tengahari - 
A : Petang ni nak balik pukul berapa?
K : Dalam lepas Asar ke...
A : Oke, nanti pukul 5.30 kita pegi pasar yeh. Nak makan nasi tomato.
K : Oke...

- Petang -
K : Eh, dah 6.30 pm? Cepatnya. Balik sana lepas maghrib la.
A : Oke...

- Malam -
A : Kene balik jugak ke?
K : Aah la. kena balik. Nanti ada masa datang lagi la.
A : Alaaa, xpayah la balikkkk...
K : (sibuk ke sana sini kemas baju masuk dalam beg)
A : Alaaa... xpayah laaaaaa...(sambil sembam muka ke bantal, mula menangis pelan-pelan...)
K : Laa..nangis ke?
A : Tak payahlaa balikkkkkkkkkkkkk... huhuhuhu..(lagi kuat menangis)
K : Janganlah nangis.. oke, tak jadi balik.
A : (terus tak jadi nangis, senyum)
K : Eeee..tipu nangis!!! 

p/s : yeay! hehehe




13 June 2012

Banyak-banyak

A : Nanti nak anak berapa ramai?

K : Seberapa banyak yang boleh. (muka bersahaja)

A : Hah? Betul??

 A : Eh, series ke ni? 

A : Err...kita...kitaa...

A : Kita okeeeeeeeeee jeee!! Hihihihi. 


28 May 2012

Kita sama-sama dah kahwin

Dalam banyak-banyak gambar kenduri kahwen,
aku suka gambar ni.

Eh, Selamat Pengantin Baru! :)

03 May 2012

Mesyuarat Agung Ke-5 PSSCM UTeM

Banyak kenangan kat Dewan Canselori UTeM nih.
Daripada aku tak kahwin sampai la dah kahwin.
Daripada pipi aku elok je dalam tudung, la ni macam da terkeluar dari paksi.
Haha.

Aku ditanya tentang perasaan sebelum kahwin.
Soalan dia : "Sebelum kahwin hari tu, memang dah bersedia ke nak kahwin?"
Jawab aku : "Mestilah. Buka pintu hati kita, barulah kita nampak siapa jodoh kita..."



p/s : rasa macam pernah letak entri "tisu biru" tentang perasaan hati pada dia masa 
AGM PSSCM UTeM dulu. Lawak rasa. Nasib baik jadi kahwin. Hahaha.

22 March 2012

5


Sekarang kami dah berlima.
Selamat datang! Heee..

19 March 2012

:)


Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
At any given time or place

12 March 2012

Simpan Danau dalam hati





Terima kasih banyak-banyak untuk semua warga Danau yang datang hari tu.
Alhamdulillah, sampai jugak kawan-kawan ke majlis.
Adik Nuha pun sampai! 

p/s : teringat kata seorang hamba Allah,
"shida tu nanti ade ke kawan nak datang majlis?
 macam tak ramai kawan je. macam tak sosial je. T_T"

07 March 2012

Akad nikah

Satu malam. Lepas majlis akad nikah.

K : Eh, kita ni dah suami isteri kan?

A : (Sambil tengok muka K)Yelah.

K : Lupa pulak. Hehehe


p/s : Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Kadang-kadang lupa dah tukar status. Hehe.

22 February 2012

Toreh Getah

A : "Cuti semester hari tu awak buat apa? Kerja ke?"

D : "Aah kak. Saya kerja. Saya pergi toreh getah."

A :"Awak toreh getah? Ada ladang ke?"

D : "Taklah kak. orang punya. Saya teman mak. Kesian mak pergi takde kawan."

A : (Ya Tuhan, jujurnya budak ni.)

D : "Ayah kerja jaga. Mak kerja toreh getah. Adik-adik saya semua pandai toreh getah. Sabtu Ahad tak sekolah kitorang toreh getah."

A : (Aku tak boleh nak tanya dah. Sedih bercampur baur. Masih ada budak yang sejujur ini yang nak toreh getah masa cuti semester.2012 kot.)

D :  "Saya dah ada pisau toreh getah sendiri tau kak. Hehe."

A : (Terus berdoa. Syukur sangat-sangat dengan apa yang dah aku kecapi sampai saat ini. Bila dibandingkan, masih ada lagi orang yang lagi susah daripada aku.)



p/s : Ya Tuhanku, permudahkan perjalanan si kecil ini. Mudah-mudahan dia kuat dalam menghadapi hidup yang akan datang.