30 March 2010

Dinda




p/s: Kasihan. Kebasahan melanda. Memanggil tanpa dipaksa. Aneh!

28 March 2010

MAT PSSCM Cawangan Melaka Kali ke-10

Semalam menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka Kali ke-10.
Untuk pertama kalinya dibuat di rumah persatuan yang baru. :)

Niat hati yang pertama sebab nak tengok banner dan backdrop tercanggih di alaf baru ni.
Hasil kerja Encik Asreen Anuar kan. Ahha.

Buku AGM kali ni disediakan oleh YAB Datok Sharim. 
Ramai kata cantik! [^.^]. 
Datok, sila print yang berwarna untuk saya juga yep! Hehe.

Dan untuk pertama kalinya, saya menjadi perwakilan PSSCM CM.
Kalau dulu, sekadar pemerhati, tapi sekarang sudah tidak lagi.
Ahha, terkejut ye? Saya pun baru diberitahu malam semalam.

Imbas kembali :
AGM 2007 : Di Laman Seri Budaya, Ayer Keroh (kena pasang bunga rozek pada VIP)
AGM 2008 :  Di Laman Seri Budaya, Ayer Keroh, Melaka (wakil PSSCM UTeM) 
AGM 2009 : Rumah persatuan lama Durian Daun Dalam (tak datang)
AGM 2010 : Rumah persatuan baru Durian Tunggal (kena pegang dulang bunga rozek pulak. hehe)

p/s : Biar macam biskut, tapi menyenangkan dan mengenyangkan. [^.^]

26 March 2010

27 Mac itu esoklah

Saya sangat menghargai diari 2007 saya.
Sampaikan bila tarikh roti gardenia yang dulu dari RM 0.50 sen menjadi RM 0.60 pun ada catit sama.
Ahha. Masa jadi student sangat fanatik dengan roti okey. [^.^]
Kenapa dengan 3?
Sebab 2010 tolak 2007 adalah bersamaan 3 bukan?

27 : hari untuk membuat keputusan.


p/s : Kalau tak boleh, cakap saja tak boleh. Meletakkan di status tapi tidak menggunakan. 
Apalah kamu ini. Ahha. [^.^]

25 March 2010

Amir Alami 2010

Nama dia Amir. Nama saya Ichi.
Lama dok tengok gambar-gambar si Amir ni.
Macam ada iras sikit si arwah.
Ohho. Arwah kembali kepada-Nya selang selepas seminggu kenal adik ni.
Gerak hati sangat kuat. 



Sekali lagi saya nak tanya.
Saya yang terlalu fokus pada orang atau orang yang fokus pada saya?

22 March 2010

Sepantas riang ia bersegi

Habis je Program Alami dengan adik-adik yang bijak tu, kami terus berlari ke Bali.
Lari? Ahha. Tipu sangatla kalau kata berlari.
Sah-sah tipu. [^.^]...

Masa sampai, pasti happy

Ke Kintamani keesokan harinya. Kintamani = lokasi gunung berapi. Sangat indah.


 Masa kat Kintamani, kitorang dah macam jadi artis. Sebab kene serbu dengan "wartawan" 
yang jual macam-macam. Ahha. Sangat tak boleh blah saat-saat tu.
Sah-sah kitorang semua takda bakat jadi artis Malaysia. Hehe

Antara barang-barang yang "wartawan" dok jual kat kami.
Memang sangat happening! hehe. Tengok Omot sangat happy lah!

Wina Holiday Villa - nama tempat penginapan kami. [^.^]

4 hari 3 malam berlalu dengan pantas.
Sepantas wang yang mengalir keluar juga. [^.^]


Keriangan di penghujung pantas bertukar kesedihan.
Lantas berfikir positif. 
Daripada Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.
Semoga yang hilang cepat ditemui. 


17 March 2010

Kem Alami 2010

Akhirnya! Selesai sudah Kem Alami 14-16 Mac 2010 di Planetarium Negara...
Seronok dikelilingi adik-adik yang sangat ramai, yang sangat riuh dan yang ceria.
Harap-harap ada kesesmpatan handle program untuk masa akan datang. [^.^]

Ahha. Ini antara group yang sangat happy. Si baju kuning ---> adik hohoho! [^.^]

Ni pulak group yang sangat ceria! Go Cancer go, Cancer go! Hehe.

Aries memang hebat! Mmmbekkk!! 

Adik Shah Adam yang sangat suka menjawab. Pegasus!

Akan update aktiviti menarik pula selepas ini. Wahai adik, sila jangan jeles yep. Hehe



p/s : Memorinya semakin lemah. Harus mempunyai buku nota untuk mencatit ya! [^.^]

13 March 2010

Solomon Kane

Ahha. Solomon Kane. 
- Agak macho juga. Bukan comel ok! [^.^]
Nasib baik cerita ni tak boring.
Maaf ye adik. Akak tidak mengajak anda.
Biasalah. Hari jumaat kan program ISH (Ikut Suka Hati)...
Hehe...


p/s : Nasib baik tak kelihatan seperti kelmarin dan minggu lepas.
 Ahha.  :p

11 March 2010

Bunga-bunga dalam pasu. Sila membisu.

Bunga dalam pasu takde kaitan.
Ni semua nak cover je..Hehe...
Tajuk utama : T-Shirt. 
3 pasang ok. Irwan, sila jangan jeles. Muahaha...
Malas nak cakap lebih.
Nanti kata akak riak pulak.
Sekian. Bai. [^.^]

Sehati Berdansa!


Ahha. Minggu ini melayan video Jaiho...
Menari-nari dengan Omot sampai lari-lari carpet depan tv... [^.^]...
Menari yang "bersebab" tapi syok...
Tak cukup dengan Jaiho, kami tambah dengan Nobody pulak... Hehe

Serius cakap, memang seronok!
Ni bukan sekadar letak-letak saja ok. (Ayat macam perli si adik tu kan? haha)

Alhamdulillah. Malam tadi, 10 ahli tamat PSSCMUTeM selamat diijazahkan ...
Untuk adik-adik yang dah tamat, tahniah diucapkan.
Perjuangan anda baru bermula.
Teruskan! [^.^]

p/s : Kelihatan comel ia dengan pakaian rasmi itu malam tadi. Sila jangan pakai yang 
comel lagi Jumaat nanti...ahha [^.^] 

08 March 2010

Bertemu titik noktah.

Semalam menghadiri majlis kahwin seorang rakan.
Ye. Rakan lama.
Berdebar juga hati dan perasaan untuk ke majlis perkahwinannya...
Alhamdulillah. Bagai tiada apa-apa berlaku.
Malangnya sekeping gambar pun tidak dapat dirakam.
Saya fikir positif : Allah tak mengizinkan. [^.^]

SELAMAT PENGANTIN BARU.
Tahniah kerana menemui "putri" yang dicari.
Semoga redha Allah bersinar selalu - copy paste ayat di atas.


06 March 2010

Nafas terhenti

Bila separuh jiwa dan raga pada PSSCM....

Terhenti sebentar nafas saya tadi.
Gembira yang sekejap bertukar menjadi sedih.
Perasaan yang sangat sedih bila Bonda melarang saya turun ke kelas latihan selepas ini jika tiada teman yang mengiringi...
Adeh. Lemah longlai bila diberi arahan begitu....
Bagai batu bata menghempap di atas kepala...
Seperti tidak mampu berdiri...
Seperti tidak mampu mengangkat kepala.
Saya hanya mengharapkan keajaiban.
Semoga keajaiban itu muncul...

p/s: pergilah...pergilah..saya mahu membawa diri...sekali lagi...

01 March 2010

Bila jawapannya ada di sebelah


Abaikan gambar di atas. 3 hari saya sangat panjang untuk dihabiskan.
Ditambah tolak dengan pelbagai aktiviti yang spontan, terpacul juga kata-kata... 
"Tak sabarnya nak masuk kerja hari Isnin ni..." [^.^]


Ya Aisy, saya sempat bercinta sekejap dengan Abdullah sepanjang cuti...
Meminjam kata-kata Anna Althafunnisa dalam puisi...


Selebihnya biar menjadi hak milik blog Ichi.

p/s : Untungnya bila jawapan tak pernah tahu. [^.^]