29 December 2010

!mp!an hati 2011

Alahai. Dah nak 2011.
Lagi 2 hari hokayh.
2011 yang penuh dengan dup dap dup dap.
Yelah, sebab tidak tahu apa akan jadi untuk 2011.
Senarai apa yang perlu dibuat 2011 baru 9%...
Belum sepenuhnya siap.
Sebenarnya sayang nak tinggalkan 2010 ni.
Banyaknya impian yang saya tulis masa 2009 dah tercapai 2010.
Harap-harap impian 2011 yang saya tulis pada 2010 akan tercapai nanti.
Di atas kertas ni saya melakar sebuah impian.
Dan Dia kabulkan setiap permintaan saya.
Betapa saya sangat bersyukur dijadikan sebagai Rashidah Rashed.

p/s : ini bukan nak promosi blog !mp!an ye.

24 December 2010

Save the date

21 December 2010

Syabas

Lagi 10 hari je nak masuk 2011.
Nampaknya impian hati 2010 akan tinggal kenangan.
Kena siapkan impian baru.
Haa. Masuk kerja untuk hari Jumaat bukan 230 petang lagi.
Syabas!

20 December 2010

Ujian

Alhamdulillah.
Tempat ke-3 kategori 3 (Ok la tu. first time masuk okeh!)
Tak sia-sia kitorang kena marah, kena bising tiap-tiap malam training sampai la ke petak pertandingan.
Masa kategori 1 tu masing-masing macam tak cukup nafas.
Sekali kategori ketiga, haa...
Masing-masing jerit tak ingat dunia.
Bak kata jurulatih "Anggap Shida ni perampas lelaki korang".
Bunyi macam tak patut kan, tapi terpaksa.
Hahaha.
Jangan jadi betul-betul sudah. Saru.

Tambah seronok lagi bila Johan Kategori Putera ialah dari cawangan Melaka.
Macam bermimpi.
Memang berbaloi-baloi lah kitorang menjerit bagi sokongan.

PSSCM Melaka terbaik!

p/s : Kemenangan ini walau telah menjadi kenangan tetapi ia tetap ujian.

16 December 2010

Semoga berjaya

Malam ni malam terakhir kami semua training kat Melaka.
Sabtu ni penentu segalanya.
Kejohanan Wajadiri Peringkat IPT 1Malaysia.
UPSI, 18 Disember 2010.
Fokus mestilah nak habis cepat dan MENANG.

Untuk semua pesilat PSSCM Cawangan Melaka,
semoga dapat buat yang terbaik.

p/s : lepas ni mesti rasa rindu nak lari 10 pusingan masa malam-malam.
masa balik baju macam orang turun bendang.
masuk kereta siap lapik tempat duduk dengan kotak dan plastik hitam.
.sejak akhir-akhir ni macam kehilangan rentak menulis.

Tembak atau tebak




p/s : Hati kecilnya bukan mudah ditebak.
Cubalah.

12 December 2010

Gelak besar-besar

Sepatutnya 11 Disember 2010.
Oh Omot. Selamat hari lahir ke-23.
Semoga ceria-ceria selalu.
 p/s : tetiba macam "speechless" nak bagi ucapan panjang untuk Omot.
Harap-harap ada masa untuk gelak besar lagi dalam kereta. Haha.

09 December 2010

Desktop

Desktop background - mode nebula.
Cantik oh.
 Tiap-tiap 5 minit mesti nak pandang desktop. 
Oh oh oh.

p/s : dah semakin pandai menghitung hari.

08 December 2010

Karnival Wajadiri 1 Malaysia IPT

Hari ni dah 8 Disember 2010.
Pertandingan tu 18 Disember 2010.
Bermakna ada lagi SEPULUH HARI.

p/s : err, UPSI, tapi dirasmikan oleh Datuk Ali Rustam?
satu cabaran bagi Melaka.

01 December 2010

Antara fikiran dan emosi


"Berlatihlah agar dirimu bukan yang jenis suka membuat PERSEPSI atas apa jua perkara dan juga persepsi kepada keadaan atau juga kepada seseorang. Dirimu akan sempit…sakit yang parah.
Kita seharusnya menjadi kita yang sebenar…diri yang sejati. Diri yang seharusnya mengawal fikiran dan emosi. BERADA DI ATAS FIKIRAN DAN EMOSI…di atas rasa."
 -fuadlatip.com- 


p/s : andai kening yang tersenyum bisa dirakamkan, pasti sejarah akan terlakar.
sungguh, hari ni kening bagai ingin senyum sepanjang hari.

Selamat Hari Lahir ke-21. Daripada Afiqah.

p/s : Entry ni khas untuk Abg Afiq. Daripada Afiqah tau.
Afiqah baru lepas makan kek ni. Hehe.

Macam mana ni?
Abg Afiq dah 21 tahun. Afiqah 1 tahun pun belum tau.
Tapi takpe, video ni khas untuk Abg Afiq okeh!

video

30 November 2010

Haha-Dadali

video

p/s : Banyak harapan saya untuk bulan 12 ni.
Semoga ada sinar keajaiban.

Wajah baru


Saya sebenarnya berangan kalau-kalaulah ofis Danau berwajah begini.
Cantik bukan?

25 November 2010

23 November 2010

p/s


p/s : Masa ni baru tau siapa kawan baik dan siapa kawan masa susah.
Eii, tolonglah. Sangat menjelikkan hokeh.

Dalam troli

Entry ini khas untuk Abg Afiq chan tau.
Hai. Afiqah di Mydin sekarang ni.
Afiqah dah boleh duduk-duduk dalam troli ni.
Best tau pusing-pusing.
Nanti kita jalan sama-sama hokeh!
Bai-bai Abg Afiq chan! ^.*

11 November 2010

Sifat membuli

Malam tadi berkesempatan membuli dia.
Serius cakap dia sangat comel.
Kalau jumpa tepi jalan, memang saya sembunyikan terus. Hehehe
Tapi kejap je dia dapat bertahan.
Sebab lepas tu...err...err..
Serius cakap.
Perasaan saya sekarang ni sangat bahagia.
Bahagia sebab ada Afiqah lah!!! ^.*

p/s : Aura si cilik sangat mempesonakan. 
Buat aku tertawan dengan tingkah lakumu.
Buat aku nanar seketika. 

09 November 2010

Maju

Afiqah dah menampakkan perubahan.
Seronok tengok.
Untuk pertama kali maju terus ke bilik.
Tak sabar nak tunggu yang seterusnya.
p/s : Oh, hari ni dah 25 tahun. Masih lagi mampu bernafas.
Alhamdulillah.

08 November 2010

Eh, mana datang?

Sikit pun saya tak dapat nak agak ada sesuatu berlaku malam Sabtu.
Saya agak penat.
Nyaris-nyaris tak mahu turut serta aktiviti malam.
Tapi bila teringatkan kata-kata si adik "saya rindu sangat kat dia la kak..."
Saya turutkan saja hati.
Walau rintik-rintik hujan bagai mahu menghalang aktiviti luar malam tu. 
Sanggup pula memakai baju hujan datang dari jauh.
Rupa-rupanya, 
Happy birthday to you, -eh, ni birthday siapa? tanya saya kuat.
Happy birthday to you,
Happy birthday to Kak Shidah,
Happy birthday to you...
Kata adik : Sorry akak. Kitorang ada exam lepas ni. Kene celebrate awal. 
Kata adik : Akak tau tak, Ati dari Muar. Siap cakap kat mak "Mak, Ati nak balik Melaka. Nak celebrate birthday Kak Shidah"

Haha. Terima kasih pada semua yang terlibat...
Sampai 206 keping gambar malam tu.
Err....dapat hadiah ni.
Stokin baby 2 pasang.
Hihi. ^.*
p/s : Menghampiri usia 25 tahun. 
Bersama memori terindah. 6 November 2010. Terima kasih.

05 November 2010

Janji Dia


Kebetulan ada masa lapang yang maha banyak.
Tiba-tiba kawan lama menyapa, 
"tak balik johor ke?"
"sok saya kahwin"
"datangla..."
"sempat lagi awak nak balik ni"

(ni la pengantinnya. 
Kamarul Arifin & pasangan, Asilah.
 Semoga berbahagia kekal hingga ke akhir hayat.)

Haha. 
Nampak sangat saya tak update perkembangan terkini kawan-kawan lama.
Bila buka facebook kawan ni, oh...
Bila buka facebook kawan ni, aa?...

p/s : Kesempatan yang ada, melihat perkembangan mereka yang terkini, 
lantas saya faham kenapa mereka bukan ditakdirkan untuk saya. 

04 November 2010

Dalam sedar



Oh, riang di hati hanya Tuhan saja yang tahu.
Baru saya faham erti nikmat yang Dia kurniakan.
Dalam sedar tak sedar.

27 October 2010

Kau Laksana Bulan

Phew. Bulan 11 dah nak hampir.
Maksudnya lagi 2 bulan 2010 nak habis.

p/s : err...ada hajat di hati belum tertunai lagi.

22 October 2010

Layan Hindustan

 

Terima kasih



Bahagia rasanya melihat senyuman orang lain.
Ye. Terasa betapa bahagianya mereka.
Bahagia. Senyuman.
Menarik.

21 October 2010

Tanya sama rasa

 
 
 
"bukanlah aku sengaja
melindungi rasa di  jiwa
"

20 October 2010

Malam tadi

Perjumpaan malam tadi menghasilkan satu kata-kata semangat.
 
 
"Kita kena lawan setiap dugaan yang datang."

19 October 2010

Gantung


Ada lebih kurang 3 hari untuk membuat keputusan.
Kalau negatif, saya akan pergi.
Kalau positif, saya akan lupakan saja niat murni tu.

p/s : Skrip malam tadi. TV1
Perempuan : Kenapa tiap kali saya sayangkan orang, orang akan tinggalkan saya?
Apa salah saya?
Lelaki : ...................

18 October 2010

Dua

 
 
 
p/s : Menanti sebuah keputusan ibarat menerima hukuman.




13 October 2010

Jauh

p/s : Manusia kerap kali terlupa bila terlalu banyak memikirkan sesuatu.

11 October 2010

Haruman Gunung Ledang

Game ni yang paling best.
Cap cap kelicap kelicap, cap cap kelicap kelicap.
Memang tak hengat benda lain dah.
Sampai nak pecah perut gelak. Hahahahahahahaha.
Syukur Alhamdulillah kami semua selamat naik dan turun.


08 October 2010

Workspaces of designer

Sejak akhir-akhir ni asyik tengok website "workspaces of designer"..
Canggih manggih...
Macam ni....
^.*

p/s : Ada orang cakap saya lebih suka pilih susah daripada senang.
Akan tiba masa kita lebih menghargai detik-detik susah daripada senang...

06 October 2010

.Jelajah Alam

Ok, tak perlu cakap banyak.
1 gambar mewakili 10 maklumat.
Bai! ^.*

p/s: Hati sedang girang.

05 October 2010

Tablet Wacom

Siapa yang tanya-tanya pasal Afiqah tadi?
Ni Afiqah untuk hari ni.
[^.*]

p/s : Adik tablet Wacom, adik Afiqah dah pandai masuk bilik cari Kak Ichi sekarang!
Hohoho!

Wired

Semakin menyukai Wired.
Semakin menyenangi Wired.
Jatuh cinta sebenarnya.
Kebetulan terjumpa 1 peluang di website Wired.
Tak sabar nak klik button send esok. He.

p/s: Tiada lagi yang berkaitan peribadi akan kelihatan di blog !nsp!rasi atau di mana-mana.
Masyarakat memerhati...

04 October 2010

Kaki gunung

Hari kejadian : Sabtu (2 Oktober 2010)
Dalam masa tak sampai 10 minit buat keputusan terus ke Gunung Ledang.
Langsung tiada dalam plan hari Sabtu.
Oh, 9 dan 10 Oktober akan bermalam di sana.
Bersama adik-adik PSSCM UTeM.
Yabedabedu!!!

p/s : Akhirnya, doa itu terlafaz juga...
Kerana dia sangat menghargai janji. Baginya janji harus ditunaikan...

30 September 2010

I D E A S

Minggu ni terpaksa kerah otak untuk dapat lebih idea.
Harus pantas, lekas dan cepat.

p/s : Bak kata teman, "I tak suka lambat-lambat neh". 
Eleh. [^.^]

27 September 2010

Tujuh hari

p/s : Menghitung TUJUH hari...Sanggupkah? Ohho...[^.*]

24 September 2010

Berita terkini

p/s : Berita semakin meluas...Siapa yang tukang menyampaikan neh?

23 September 2010

Renungan mata

p/s : Renungan matanya menambah kesukaran untuk membuat keputusan.

22 September 2010

2 tahun


21 September 2010

Saiz hati kita takkan sama

Ye. Jujurnya saya berkecil hati.
Saya cuba berfikiran positif.
Tapi ibarat saya menipu diri sendiri.

Saya cuba besarkan hati.
Tapi hati tetap sama saiznya.
Saya cuba diamkan diri.
Mungkin saya perlu cari hikmah di sebalik ini.


p/s : Penat nak cakap benda yang sama berulangkali.


20 September 2010

Penglipur lara

Penglipur lara bagai ingin menyimpan sebuah cherita.
Barangkali...
p/s : Beliau seperti dapat menghidu kejadian yang berlaku sepanjang cuti tempoh hari.
Duh.

08 September 2010

29 Ramadhan

07 September 2010

Rumah di Melaka

Lewat petang semalam menerima sebuah karangan.
Siap dengan bunyi-bunyi.
Ringkas tapi agak padat.
Cukup buat hati kecil saya tersentuh.
Harap-harap hujung tahun dapat sebuah karangan yang lain lagi.



p/s : Rumah di Melaka dah cantik. Siap ada langsir berbagai-bagai.
Macam nak beraya di Melaka lagaknya. Ahha! [^.^]


03 September 2010

6 bulan

Pasti akan merindui ketiadaan si montel selama 2 minggu ni.
Tiada lagi senyuman yang menghantar sebelum pergi kerja.
Tiada lagi senyuman yang menyambut bila pulang dari kerja.
Oh, 2 minggu. Sila berlalu dengan cepatnya.

p/s : yang perlu diluahkan masih terbuku di hati.
Pertama kali bersikap agak biadap, tidak baik rasanya.

01 September 2010

1429H

Dugaan Ramadhan 1431H lebih hebat daripada Ramadhan 1429H.

27 August 2010

Hati.

Semalam, menghadiri program 
Ramadhan Al-Mubarak 
Membentuk Keperibadian Mukmin Sejati di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
Sempat juga rakam koleksi potret keluarga PSSCM UTeM.
Wah! Letak kat sini, mau jeles si adik kalamputra nanti. Hehe!
p/s : Berat hati tetapi terpaksa diringankan sebab bila dah sampai perasaan akan terus bertukar. Ahhai!

25 August 2010

Andai hari ini hari Isnin

p/s : Cuaca bagai memahami isi hati.
Menambah-nambah lagi kelambatan otak untuk berfikir.
Hari ini tak sebaik Selasa dan Isnin.
Sungguh.
Merindui Isnin yang dah berlalu.

23 August 2010

Emosi. Perasaan.

Khas untuk sahabat tersayang,
Kredit ayat-ayat kepada www.kujie2.com

p/s : Kita melalui kesah-kesah yang telah dilalui orang lain.
Tetapi apa yang penting, bagaimana cara kita melalui kesah-kesah itu. 

16 August 2010

Qasidah burdah

Program PSSCMUTeM Khamis lepas.
Majlis tahlil, marhaban, qasidah burdah dan adik beradik yang seangkatan dengannya.
Lokasi : Masjid BARU UTeM.

p/s : lebih baik sikit daripada banyak tapi terbuang.

10 August 2010

Salama Magata Fua Ramadhan

Harap-harap kejadian 2 tahun lepas di bulan Ramadhan tidak berulang lagi.
Harap-harap.

- Salama Magata Fua Ramadhan - 

09 August 2010

Jurugambar

Semalam berkesempatan melarikan diri ke majlis konvokesyen sahabat di UKM.
Tahniah Cik Amal.
Untung ada 2 konvo. Boleh import katak hijau UTeM lompat ke UKM. He.


p/s : Harap-harap tahun depan ada insan yang dapat konvokesyen. :)

06 August 2010

UTeM & UKM



Tahniah untuk semua yang akan konvo bermula esok di UTeM dan UKM.


p/s : dia tak pandai meluahkan, tapi dia mengharap agar difahami bahasa tubuhnya.

04 August 2010

Bowling oh, longkang oh.

Semalam sebelum balik, terperasan sesuatu di dinding.
Oh, "pertandingan bowling" sempena majlis konvokesyen UTeM. 
Harap-harap kali ni dapat kurangkan masuk longkang! Oh! [^.^]
p/s : Konvo di UKM ahad ni. Oh. Bestnya! :)

03 August 2010

:)

Semalam, selesai untuk Majlis Demo Penerangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka
Institut Perguruan Melaka Daun Dalam.
Debar-debar hanya Dia saja yang tahu.
khas untuk Shikin. ^_^

p/s : "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaat bagi orang lain..."