25 August 2011

Danau


Esok Insya Allah dah takde kat Melaka dah.
Terima kasih Melaka kerana banyak berjasa pada saya.
Ecececeh..Bagi ucapan macam la dah tak datang Melaka dah..
Hehehe.

Oke, Selamat Hari Raya Aildilfitri
Maaf Zahir dan Batin.



p/s : belum sampai rumah lagi, mak dah cop nak ajak pegi Angsana malam ni. hehe

23 August 2011

Umur saya bukan 22


Yeay, sekali lagi kena saman.
Macam tiap-tiap bulan kena saman.
Sebab LUPA nak letak kupon.
Padahal beli kupon sebulan dah.
Duduk dalam dashboard, taknak tampal sebab merosakkan cermin kereta sungguh.
Ala, malas la nak membebel lagi.
22hb Julai 2011 pun kena saman.
 22 Ogos 2011 pun kena saman jugak??

Memang orang MPHTJ tu suka duduk kat kereta saya ke?
LOL.



p/s : nampak sangat Melaka tak suka saya eh? oke, fine.

Yang lepas tu lepaslah

 
 
Hari ni dah 23 haribulan.
Kalau panjang umur, sampai ke magrib la dapat puasa penuh 23 hari.
 
Tahap beribadat kepada-Nya masih di takuk lama.
Malu la.
Malu sangat.
Patutnya Ramadhan kali ni dapat buat yang lebih terbaik.
Ampunkan saya Ya Allah.
 
 sumber : google.com

p/s : Raya ni sama seperti tahun lepas. 
Tapi sebaiknya dimanfaatkan masa bersama keluarga sebaiknya.

12 August 2011

Mak ai, jem?

*macam biasa, atok google jadi sumber la.


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Yang mengetahui segala lurus bengkok perjalanan hidupku...
Yang mengetahui yang terbaik untukku...
Berikanlah aku kekuatan...
Berikan aku kesabaran...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...


p/s : hanya Tuhan yang tahu-UNIC

10 August 2011

50 sen je

Banyaknya setem!!!
Tadi beli je 210 keping setem okeh!
Rasa sangat teruja. Hehehe.
Tapi saya punya 20 keping je.
Lelebih tu kakak tingkat dua punya, boss punye, kawan tingkat atas kirim-kirim.
Pastu terus pos kad raya.
Rupa-rupanya sekarang dah tak boleh pos setem 30sen je.
Dah naik harga...oooo...
Hehehe.

p/s : semalam baru belek kad raya tahun lepas.
ada bunyik-bunyik. bestnye. hehe
harap-harap tahun ni ada orang bagi siap CD lagu "Sampai Menutup Mata" lah.
.PRAYING. hehehe.

Hari ni 10 Ramadhan


Bukan Ramadhan namanya kalau kita tak diuji.
Masa ni la tahap kesabaran kita akan diuji.
Sama ada tahap A, tahap B atau tahap C.
(mana awak tau ada tahap-tahap ni??)

Macam-macam hal.
Nak eratkan silaturahim pun payah.
Pingsan kalau semua manusia kat dunia ni macam ni.
Hidup ni sementara je.
Masa ni la nak buat baik dengan semua orang...
Sekian. terima kasih.
(nak suruh orang bersabar memang mudah, 
nak suruh diri bersabar, memang betul-betul kena banyak bersabar. haha.
apa kau membebel ni shidah....T_T)



p/s : sekadar bertanya tak perlu jawab dengan nada tinggi.
hari ni kau begini. esok lusa kau cari aku jugak.
silap haribulan kau merayu.
kita tengok hari berikutnya.


09 August 2011

si kecil lelaki mana?


Saya percaya. 
Adakalanya kita memang kena berusaha lebih supaya kita lebih memahami konsep sebenar.
Jumpa pulak kebetulan dalam buku "Creating the Perfect Design Brief".
Dia kata,

"Designers shouldn't be taxi drivers."


Maka, fahamlah saya.
Belek diri sendiri bukan perkara mudah.
Mungkin juga selama ni saya kerja sebagai pemandu teksi kot.
Wahahaha.

(sumber gambar haruslah dari google. sekarang gambar semua kena beritahu mana sumber.
kalau tak, mau kena kutuk dalam mana-mana belog. ahh.)


p/s : mimpi malam tadi hanya si kecil perempuan saja yang datang. 
si kecil lelaki mana?

08 August 2011

SMM


Kenapa mesti bagi jawapan yang tak menjawab soalan?
adoiii.
nasib baik sekarang ni bulan puasa.
sabar jelah.
baiklah buat sendiri macam ni.
nanges. dalam hati.
T_T


p/s : asyik mimpi 2 orang kanak-kanak. 
dulu mimpi diorang masih kecil lagi. 
pastu mimpi dah besar sikit..dah mula bertatih...
malam tadi mimpi dah besar lagi...dah pandai berjalan sana-sini.. 
pelik. korang ni siapa sebenarnya?