23 December 2011

Hujung tahun


Hari-hari kira duit tabung syiling ni.
Duit tabung tak cukup-cukup.
Macam mana nak kahwin ni.
Lagi 2 bulan je.
Kita tunda boleh tak?
Sampai tabung syiling saya penuh?
T_T


Macam menarik je..
Kihkihkih.


p/s : bagi Lan duit syiling rm5..hahaha

21 December 2011

Warghhhh

Minggu ni saya betul-betul terhimpit.
Bukan la kena himpit macam nasi impit tu..
Kihkihkih..
Banyaknya kerja yang nak disiapkan.
Semua kalau boleh nak buat sendiri SIAP sebelum cuti.
Oh, Jumaat lusa ni kira penghujung kerja tahun 2011...
Pastu cuti panjang lebih kurang 10 hari.


Boss offer cuti panjang.
Haruslah cuti sebaiknya.
Nak siapkan itu ini lagi.
Tengok, tinggal beberapa hari je lagi nak kahwin.
Persiapan baru 2% je tau.
2% bukan 20% tau!!


warghhhhhhh...
tinggal 73 hari lagi....


p/s : makin nak kahwin, makin banyak pulak kerenah kereta lagi..adoi...
kalau lah tiba-tiba bank bagi percuma duit kat aku...kihkihkih

15 December 2011

Roda pusing bawah


"Tuhan pasti sedang merencanakan yang terbaik untuk aku.
Di saat ini, Tuhan sedang memusingkan roda perjalanan aku di pusingan paling bawah."

Tiap-tiap minggu makan nasi kahwin orang. :)


Ni gambar masa pergi kenduri kahwin kat PD.
Sempat jugak snap gambar hostel masa belajar dulu.
Memang klasik gila.
Teringat macam-macam kenangan kat sini.
Kes panjat tembok sampai keluar notis.
Nak tau siapa ketua panjat tembok ni?
SAYA la... miahahahahha...
Tak senonoh betul masa tu.
Sebab malas nak pusing.
Panjat jelah tembok...
Lepas keluar notis, dah jarang-jarang panjat tembok..hehe


Mana nak dapat jalan macam ni kat Melaka.
Ada ke? Kat PD je ada...


Ni la pengantinnya.
F dan F.
Betapa lama duduk PD, baru tahu kat PD ada nama Taman PD Utama.
LOL.

Selang seminggu, kenduri kahwin lagi.
Rasa teruja nak pergi sebab yang ni pasangan OKU.


Minggu ni nak pergi kenduri kahwin lain pulak.

Minggu depan lagi satu pun nak pergi kenduri kahwin lain pulak.

Nanti la update lagi! ^.^



12 December 2011

24 kan awak?

Selamat Hari Tua yang ke-25 ke 24?
Hehehe..
 p/s : untuk pelanggan pertama saya. hehehehe.
tanpa lilin, tanpa nyanyian.

lepas ni nak belajar buat kek indulgence pulaks.

ngada-ngada betul bila tahun depan dah beritahu nak kek ape!
:p