17 June 2010

Hujung 050610

Oh. Ini kenduri anak Pak Su Man.
Patutnya pergi kenduri Huda-Najwan, tapi akhirnya kenduri lain yang saya pergi.
Nasib baik kenduri kawin hari Sabtu sangat banyak. [^,^]
Berebut dengan Kak Yus nak pegang Balkish. 
Nasib baik Balkish sporting.

p/s : Lewat petang menjumpai sesuatu yang sepatutnya saya tak harus tahu.
Padan muka. Siapa suruh jadi penyiasat. [^.^]

Jumaat lepas

Masa saya sangat berterabur sekarang.
Separuh di kanan. Separuh di kiri. Dan cuba juga untuk sikit di tengah-tengah.
Oh, bulan ni seperti tidak sempat nak merasainya.
Masa terlalu pantas.
Sana sini kawan kahwin. Oh oh oh.
Ni semua koleksi minggu lepas.
Hari jumaat. Sabtu dan Ahad entri seterusnya.
Selamat Pengantin Baru Kak Hasanah & Anuar. [^.^]
A love story... [^.^]

14 June 2010

Sungguh banyak perkara yang berlaku daripada hari Jumaat sampai Ahad.
Biar simpan dulu.

p/s: Yang dirisaukan kini bagaikan hilang di sebalik awan.

11 June 2010

0911

"...and please, dont make me stress."

10 June 2010

Kelabu asap


Pagi-pagi dah dapat kejutan.
Kelakar tapi sangat comel!
Kejutan bijaksana. Oh oh oh!
Saya sangat menyukainya! [^.^]

p/s: Sejak akhir-akhir ni semakin suka mengkaji. Cuba kaji tentang "self affirmation". 
Wujud rupanya benda alah ni. Ahai!

Pengajaran

Program Alami II 2010 selesai sudah.
Kalau hari tu dapat Amir, kali ni Irfan pulak. Irfan Sazaidi hokeh.
Oh oh oh. [^.^]...Macam Harry Porter pulak dia kan?
Sakit tekak sebab asyik kene jerit cakap, "Siapa kita adik-adik?"
Nanti mereka akan cakap, "Kamilah bintang!"
Upload sikit-sikit je, yang lain biar saya simpan di hati.
Sebab gambar Irfan banyak sangat. Oh oh oh. [^.^]

Pengajaran daripada Program Alami II 2010
p/s : Apa yang kita harapkan daripada mereka adakalanya tak tercapai. Tapi sebenarnya itulah gambaran yang selalu kita berikan pada ketua kita tentang pencapaian kita.

(Sungguh. Saya akan ingat sampai mati.)

05 June 2010

Ahad-Selasa

Bermula esok, sampai Selasa tiada di depan pc.
Tapi ada di depan adik-adik comel.
Akan update Program Alami Sesi II 2010 nanti ye.
Ok. Babai! [^.^]

p/s : oh, sila jangan terlalu rindu. 3 hari 2 malam je. Hehe

03 June 2010

Apam balik

 Cukup sudah 1 okeh. [^.^]
1 gambar yang cukup memberi 1001 makna.
Lain kali saya lukis lagi.
p/s : Malam tadi mimpi Anuar Zain...haha

31 May 2010

Halus

Wanita itu bukan makhluk halus.
Cuma bersikap lebih menghalusi.
Oh, terlebih halus pun payah jugak. [^_^]

p/s : Ingatkan nak buat kejutan, sekali diri sendiri terkena kejutan. Dahsyat!

27 May 2010

Meja kerja

Penuh bukan meja kerja saya di rumah.
Macam-macam ada. Kad kahwin rakan-rakan berderet di kiri.
Hoho. Sila tag pada yang berkenaan. Hehe. [^.^]
Tak sabarnya mahu pulang ke Jb.
Oh oh oh.
Sila jangan nakal-nakal okeh. [^.^]

Siri II

Oh oh oh.
Tak sabarnya nak berjumpa si Awan.
Ye. Kisah Awan dan Mentari akan menemui Siri II.
Sabtu ini. [^.^]

p/s : Awan, ingin sekali aku miliki bintang-bintang di langit itu. =) 

25 May 2010

Benarkah?

Tiba-tiba kehilangan kata.
Tiba-tiba menjadi malu.
Oh oh oh. [^.^]


Harap-harap tak kehilangan kata untuk hari berikutnya.
Harap-harap tak menjadi malu untuk hari berikutnya.
Oh oh oh. [^.^]

p/s : Confirm, cukup bulan 6 ni siap 1 buku kajian tentang Rashidah Rashed setebal orang yang menyiapkan tesis. Oh oh oh.

24 May 2010

Demo

Sabtu lepas, menghadiri Demonstrasi Waja Diri Rakan Muda 2010 di Melaka Mall.
Untung juga kerja pun siap, demo pun mula.
Bagi sokongan pada skuad demo PSSCM Cawangan Melaka. [^.^]
Oh oh oh!
Ini dia skuad demo Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka (PSSCM CM).





Yang bawah ni kalau tak silap Persatuan Silat Gayung Fatani UKM.


p/s : Bila "data communication" dan "voice communication" tak boleh disama ertikan.


21 May 2010

Sains Kognitif

Kebiasaannya bila orang berjumpa saya, ada saja soalan.
"Mengajar ke?"
"Cikgu ye?"
"Anak ni cikgu sekolah mana?"
"Sekarang mengajar kat mana"
Dan seperti biasa saya tersenyum dan menjawab tidak... [^.^]
Tapi satu hari yang lain,
"Designer ke?"....Saya angguk.
"Kedai mana?"... Erk, saya tersenyum.
Dia tanya saya designer kedai mana? Hehe...
Dan seperti biasa saya tersenyum dan tidak menjawab ... [^.^]
p/s : Sedang membuat kajian lebih tentang sains kognitif.

20 May 2010

Bersediakah anda?

Tiba-tiba rindu pada zaman PMSI.
Yeay, akan datang. 26 Jun 2010.
Tapi kat Dewan Seri Negeri pula.
Program Sambutan Perayaan 45 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
Akan update maklumat esok oke.
p/s :
Sungguhpun ikhlas itu sukar diukur, bukan menjadi masalah bagi kita.
Kerana ikhlas itu antara kita dan Dia.
Siapa kita untuk mempertikaikan hak keikhlasan seseorang....