31 March 2009

Saje je..Betul la..


Memang sekadar coretan kan?
Letak la pape saje..
-memang saje2..
-lalalala...
-sampai sini je...

30 March 2009

Kau Tahu..


“Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”..tapi..

“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.”
-taknak cakap apa2..

25 March 2009

Jendela Membingkai Cinta


adalah yang kutemu di celah buka tiap bilah bidang waktu
yang bercabang hirarkis atau bahkan paralel
sementara memandangi langit yang tak pernah bertambah usia

mungkin cinta hanya jendela pada arung hidup
yang semakin tak terbatas jelajah panjang petanya
dan jendela itu sendiri merangkuli mesra
pada setiap ruas pendek terselip di bagan waktuku

aku tak akan bisa mengawal semesta
yang memangkuku sejak aku bahkan belum ada

tapi aku bisa membingkai taman di jendela
meletakkan diriku di bingkai itu
lalu seperempat detik aku menyapa cinta
bukankah seperempat detik adalah harapan?

sudah, aku tutup jendela ini dulu
ada epal di meja, kau mau?

jendela jagad diri ini tak pernah tertutup

21 March 2009

Sumber Inspirasi

Ini lah sumber inspirasi hati...
-owh ummi...saya sayang umi...sepenuh hati...
-tanpa sempadan yang memisahkan..
-terima kasih ya ummi..




Hadiah dari Balkis


Haha..terjumpe plak gambo ni kat blog Balkis.. Dia ckp orang yang bertuah je yang dapat..
Sesungguhnye aku la insan yang bertuah tu..tau2 Tikah anta depan pintu ngan kain cross stich nie..hehe...Thanx Balkis...
"Saya amat menghargai persahabatan yang terjalin"..
-skemanye ayat di atas..hehe

20 March 2009

Aura Khairul Anuar..


Dr...boleh sy mintak cuti?
-nasib baik incik bos senyum je..tande setuju dan BOLEH..
-mesti balik sebab...SEBAB budak kechik kat atas ni punye pasal la..hehe..
-memang tak boleh nak handle bile rindu pada si adik kechik..
-wahai khairul anuar..atonton dah balik..ehehe..

19 March 2009

xml?


xml? iye...
- seperti yang tertera di gambar atas nieh..
- harap maklum...huhu

17 March 2009

18 March 2007

Dua tahun dah pegi..
Tapi, ia tetap di situ..
-siapa?
-diari yg tulis apa yang jadi pada tarikh 18 Mac dua tahun yg lepas...

Maaf

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Dia, Kamu dan Saya..

Bulan 3 yang penuh dengan aktiviti berjalan2 ke selatan, utara, pantai timur, barat...sume kami jelajah...Memang best!
-sangat sayang pada mereka di atas ini...
-terima kasih di atas persahabatan yang terjalin...

13 March 2009

Untuk Hari Yang Masih Berbaki...

Selamat Pengantin Baru untuk Kak Mus....
Sementara aku masih bahagia begini....hehe..

-cube tekun mengkaji diri di atas semua kekhilafan...

Nama Itu..

Bukan Cindrella lagi tapi ingin menjadi seperti Ainul Mardhiah...Yakni mata yang diredhai...
-Ya, Ainul Mardhiah...

Rugi..

Sangat rugi kalau jadi manusia yang tak menghargai diri..
Ape lagi tidak berusaha untuk menjadikan diri seorang yang BERKUALITI....
-sebenarnye ini semua penting...
-setiap saat sangat berharga...
-iye...aku sangat menghargai masa yang ada...

-tak nak ulang masa lampau...

Email dari Along Dhiya - 31 Januari 2007

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
-Tp jangan pegang saya…sebab sy pun R jugak..hehe

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian

co.cc Domain punya hal la..

Berusaha tangga kejayaan...
- ni la pepatah yang dah lama sangat wujud dari zaman sekolah rendah sampai sekarang...
-tp mmg betul sebab ada usaha baru lah kite capai kejayaan...
-dan sekarang sedang berusaha untuk menjadikan
http://cindrella-inspirasihati.blogspot.com/ kepada www.rashidahrashed.co.cc ....

-tunggu jelah....ehehe..

11 March 2009

DINASOUR makan INTERNET

Di kala idea taknak timbul, terfikir plak nak wat keje lain... Aku suke sangat gambar bawah nie.. Banyak maksud kan? Tp mmg aku suke sangat template bawah nie...Wah..Hari ini seharian INTERNET kat INKUBATOR takde.. Maka nya bertambah la kebuntuan aku untuk mencari idea... tgok tu..DINASOUR dah makan INTERNET.. memang tak patut kan? Ish3... Harapnya esok akan menjadi hari yang bahagia.. Sudah2 lah untuk hari ni.. Hari yang sangat memeritkan otak aku untuk berfikir tentang SESUATU....

- aduhai umi.. tolong lah anakandamu ini untuk hari ini..kembali buntu ummi..huhu..


10 March 2009

Idea untuk desktop

Ketiadaan Internet yang sangat menyesakkan dada dan kaki serta tangan menyebabkan idea untuk cipta yang lain pun datang.. Font Greg sangat comel bg yang suke.. Tp, mmg comelkan? bak kata eiz, "shumell"...Ape2 pun, idea yang bernas sangat2 diharapkan kala kebosanan melanda dan idea pun hampir kering disedut sang mentari... Ape2 pun, ni jelah hasilnye.. hehe

-tercari2 jugak di mana no 9 tu berada..yang pasti bukan di tengah ya!..

Alhamdulillah...

Saat ini hanya itu saja yang mampu aku kata..
mampu aku ucap...

ku akur, ku sujud..
alhamdulillah, syukur....

-oh ummi, anakandamu ini dah boleh tersenyum kembali...
-ku rindu padamu ummi..

06 March 2009

Dia yang SENGAL atau Aku yang SALAH?

Hari ini saya menjadi amat bengang pada orang ini..
Wah..Dia semakin menunjukkan "kesengalannya"..
Memang ramai orang kata dia pelik.. Memang pun..Saya dah jumpa kepelikannya plus kesengalannya...
-Pointnya begini : Ada ke patut main ambil je headphone yang sudah sedia tersangkut di leher tanpa mintak izin..Sudahnye kite yang bengang..Bukan dia.. Aduhai.. Kalau dah lama kenal takpe la jugak..Tapi baru je beberapa bulan...Saat itu, ku rasa bagai ingin tumbuk2 je lesung batu kat rumah... Harap2 dia insan terakhir yang pernah ku jumpe...
-Terasa mcm bodoh bila dia boleh gelak2 dengar ape ntah lagu dalam laptop tu tanpa hiraukan yang diri ini nak balik headphone tu... Apa dia ni memang TAK RETI MALU dan TAKDE ADAB?

-Oh umi..tolong anakanda mu ini....

05 March 2009

Tuan/Puan jadi TuanG/PuanG

Kak Mus cakap, tadi kan Ara cakap : Diharap TuanG/PuanG sudi menghulurkanG bantuanG kepada sayaNG..

Sebenarnya, Ara nak cakap, "diharap Tuan/Puan sudi menghulurkan bantuan kepada saya"..
Tapi sebab dengar pelik semacam, kitorang bantai gelak sampai naik sakit perut!! hehe..

Bulan ni 2 daripada 4 gadis di rumah kami akan bertukar status..
1- Isteri orang
2- Tunang orang

Lagi 2 gadis? kami jadi seperti insan biasa..
Menjadi kesayangan untuk semua orang..hehe..

-sebenarnye sedih bile Cik Ara ckp nak kawin bulan 6 nie..
Hilang sudah anak dara sorang lagi dlm rumah nie.. huhu..
Cik Rose, awak jangan tinggalkan saya sorang-sorang ye..huhu

04 March 2009

Mari makan-makan

Mereka suke makan..ana pun suke makan..
Susah betol nak kawal nafsu makan nih..huhu.. mane lagi sorang nieh?

03 March 2009

Kamu..

Kamu...
Saat ini nama tu masih ade lagi dalam otak, dalam kepala...
Masih tak boleh dibuang...Klorox pun belum tentu dapat lunturkan palitan itu..
Saat ini juga mahu saja aku bilang bahwa..
"Aku masih mendoakan kejayaan kamu hingga saat ini..
Moga jalan yang kamu pilih ini memberi 1001 kejayaan yang kamu cari2 selama ini
Moga Allah sentiasa memberkati perjalanan kamu...."


-cukup saja deh...