25 April 2011

Transformasi Pemikiran Melayu - Dr Mohd Ridhuan Tee

Saya tertarik dengan ayat-ayat Dr Mohd Ridhuan Tee
Yusuf al-Qaradawi menggariskan beberapa perkara untuk mentransformasikan pemikiran umat Islam. Antaranya, mendahulukan perkara yang pasti berbanding yang masih ragu-ragu. Kedua, mendahulukan perkara yang besar berbanding yang kecil. Ketiga, mendahulukan kepentingan umat (Islam) berbanding diri. Keempat, mendahulukan kepentingan berpanjangan berbanding kepentingan sementara. Kelima, mendahulukan kepentingan utama berbanding kepentingan yang rasmi (protokol), dan akhirnya, mendahulukan kepentingan masa depan berbanding masa kini.

Kesemua transformasi yang digariskan oleh Yusuf al-Qaradawi ini mesti diberikan perhatian oleh umat Islam hari ini jika mereka benar-benar mahu melakukan agenda perubahan. Transformasi tidak akan berlaku jika tidak disertai dengan cara berfikir dan tindakan. Apa gunanya bangunan bertingkat-tingkat jika maksiat tumbuh macam kulat. Apa gunakan pendapatan rakyat meningkat, jika umat Islam terlalu mengejar dunia sehingga melupakan akhirat. Apapun transformasi yang dilakukan, pendekatan berimbang atau wasatiyyah mesti diambil kira.

20 April 2011

Saya dengar.

The Teenager Audio Test - Can you hear this sound?
Created by Oatmeal

p/s : jom try test tahap pendengaran korang. hehe.

12 April 2011

Rindukan

Ini bukan masanya untuk hati berdetik sesuatu.
Hati, berhentilah berdetik.
Ini jelas bukan masanya.
Sungguh.

p/s : setiap hari dengar RIA 89.7 FM (Singapura). 
hati melonjak-lonjak nak kembali ke Johor.

05 April 2011

Kami dapat no.5!

Ni cerita Ahad lepas punya ye!
Kejohanan Bowling Tertutup Anjuran UiTM Kampus Alor Gajah.
Kumpulan kitorang dapat no.5 daripada 25 lane ok!
Macam biasa. Masuk kumpulan UTeM la. Hahaha.
Patutla rasa macam langkah kanan je dari mula-mula datang.
Sekali dapat hadiah cabutan bertuah.
066! Tak sangka menang! Yeayy!  :)