22 October 2012

Nan Hado

 Kalau aku tahu la, akan datang aku hidup seorang diri kat MELAKA,
 
TAUBAT LA HUM aku taknak kerja kat Melaka masa dulu-dulu.
 
Tinggal sorang-sorang macam ni, meroyan aku dibuatnya.
 
Tanpa KELUARGA dan suami, mana boleh macam ni.
 
Menyesal pun tak berguna lagi. Hihihi.
 
Nak harapkan kawan-kawan, mana ada satu pun yang sanggup teman aku setiap masa.
 
ADA? Kerat jari sampai putus pun nan hado.. ahhaha   

Haih, layan meroyan aku ni, sampai terberanak pun tak sudahhhhh.. 

Dahla. Ni entri terakhir.
 
Series!  Hahaha.
 
p/s : Perghh.. Hari ni hari paling banyak aku update blog.
Sampai 3 kali kot.
Ala, hari ni la kesempatan yang ada.
Hari lain, tak bolehlah.
Bukan apa, aku nak cuba bersikap ADIL pada diri aku.
Wahahahaha. ADIL kan. ADILLLLLLL..


Naya


Sementara ada kesempatan ni lah aku dok baca pengalaman orang nak bersalinkan anak lah,
beli barang-barang keperluan baby la. Macam-macam.


Baca punya baca, aku jumpa 1 entri kat blog Mieyza.

"Barang2 untuk anak masih lagi dalam proses mencari. 
Banyak berlambak lagi kot tak settle. 
Relax je mak awak ni anak oii. 
Karang ditakdirkan terberanak awal, padan muka. hehe. 
Baju baru beberapa helai. 
Bedung, barut dan sewaktu dengannya langsung tak ada ni. 
Nak berjalan pun dah tak larat, inikan pulak nak menjelajah ke kedai2. 
Rasanya beli online je semua tu. Tunggu sampai je. huhu. 
Daddy baby sibuk dah nak beli kan baby cot, tapi saya masih lagi hold dulu. 
Belum jumpa yang berkenan. Kalau tengok list, macam ada seribu benda je belum di beli. 
Masa dah tak banyak ni, lebih kurang sebulan lebih je lagi. 
Masalahnya, time nak beli barang, mesti blur. 
Perlu ke beli? berapa kuantiti? 
Owhh, nak pengsan!"

 Sama hokeh!!! Wahaahahaaha!


 p/s : cepat pegi beli! karang I terkeluar cepat kang..naya makk. hihihi

Tanah Merah vs Nona Rogayah

Oleh sebab semua kawan aku sibuk post macam- macam kat Yogyakarta,
(ayat di atas tiada kaitan dengan entri ni. haha)
aku pun sama sibuklah cari komen-komen orang pasal 2 benda alah ni..

Pening jugak nak pilih.

Sama ada si Tanah Merah...
 
 
ataupun si Makcik Nona Rogayah..
 
 
 
Hasil aku baca-baca lah kan, si Nona Rogayah ni ada 6 barang je.
1. Tablet Phyto Natal (90 Tablet)
2. Akar Herbanika (10 Pek Uncang)
3. Herbanika Lulur (100 gm)
4. Herbanika Barut (60gm)
5. Minyak Herbanika (100 ml)
6. Uncang Cuci (10 pek uncang)


Tapi.............

 
Ikutkan hati memang aku berkenan dengan si Tanah Merah.
 
Bukan sebab Tanah Merah ada dekat Kelantan ehhh...Hehehehe....

Tapi sebab...dia ade 11 barang yang macam buat aku rasa kat spa-spa.
(berangan la kannn spa-spa. kalau berat badan tak turun sampai 55kg, tak tahulah aku.)
 
1. Cold Pressed Virgin Coconut Oil
  2.Feminine Herbal Wash
  3. Herbal Bath
  4. Herbal Massage Oil
5. Firming Herbal Blend Paste
  6. Abdominal Wrap
  7. Herbal Tea (yang ni je kena minum)
  8. Calming Herbal Blend Paste
  9. Boreh Body Scrub
  10. Brown Formulation Soap
  11. Lavender Floral Water
 
 
Beza harga ialah RM10.
 
 
 
p/s : Agak-agak mana 1 aku nak beli ni????

15 October 2012

Samsung Corby


Aku ingat dulu aku sekejap je alergik kat benda alah ni.

Alah...si kaler pink-pink ni.


Adik : Kak, nanti tolong offkan hp kite eh.  
(sebab minah ni tertinggal hp kat rumah aku)
Aku : Haaa.. oke, nti akak offkan.

Pagi-pagi lagi aku dengan selamba pegang hp ni.

Konon-konon nak offkan.

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!.

Sekali aku loya-loya seh.

Cepat-cepat cari sinki dan muntah...

Yarkkk!!!

Iyyewwwwwwww... Memang SAH!

Aku alergik sungguh dengan si pink ni sepanjang mengandung..

Haahhaa...

Kekasih hati

Kalau ikutkan Baiboo.com ni, aku dah 33 minggu dalam tempoh mengandung.


Eh, macam tak lama lagi lah nak bersalin kan.

Hehehe.

Kadang-kadang rasa macam tak sabar nak tengok baby ni.

Agak-agak dia ikut muka siapa?

Ayah dia?


Ibu dia?


Hehehe. 

Janji kekasih hati nanti keluar dengan selamat dan cukup sifat, mental dan fizikal.



p/s : hi kekasih hati. selamat pagi!! :D


12 October 2012

Love


Dear love,
Minggu ni aku resah tanpamu.
 
Minggu ni aku bosan tanpamu.
 
Minggu ni tanpamu aku resah.
 
Dan.
 
Minggu ni tanpamu aku bosan.
 
 
Sudahlah love.
 
Aku mahu pulang.
 
Mengejar bayang-bayang yang tak pasti.
 
Eh bukan.
 
Aku nak kejar Ustaz Kazim Elias.
 
 
Kat Jasin. 
 
Esok pun aku nak kejar beliau jugak.
 
Kat Tanjung Keling.

Aku harap kau tak cemburu love.
 
Aku lagi cemburu, kau tak pulang menemui aku.

Sekian.




Love too. 

Belajar sayangi isteri bersama Ustaz Kazim


11 October 2012

Kg. Tanpa Wayar 1Malaysia

Makin nak dekat PRU 13, makin banyak nampak yang 1-1 ni.
Memang tak boleh blah okeh.
Ikutkan malas nak layan sangat bab-bab ni.
Tapi hati kecil meronta-ronta beb!
Mana tahannnn...
Haha. T_T

sumber : sini