31 May 2010

Halus

Wanita itu bukan makhluk halus.
Cuma bersikap lebih menghalusi.
Oh, terlebih halus pun payah jugak. [^_^]

p/s : Ingatkan nak buat kejutan, sekali diri sendiri terkena kejutan. Dahsyat!

27 May 2010

Meja kerja

Penuh bukan meja kerja saya di rumah.
Macam-macam ada. Kad kahwin rakan-rakan berderet di kiri.
Hoho. Sila tag pada yang berkenaan. Hehe. [^.^]
Tak sabarnya mahu pulang ke Jb.
Oh oh oh.
Sila jangan nakal-nakal okeh. [^.^]

Siri II

Oh oh oh.
Tak sabarnya nak berjumpa si Awan.
Ye. Kisah Awan dan Mentari akan menemui Siri II.
Sabtu ini. [^.^]

p/s : Awan, ingin sekali aku miliki bintang-bintang di langit itu. =) 

25 May 2010

Benarkah?

Tiba-tiba kehilangan kata.
Tiba-tiba menjadi malu.
Oh oh oh. [^.^]


Harap-harap tak kehilangan kata untuk hari berikutnya.
Harap-harap tak menjadi malu untuk hari berikutnya.
Oh oh oh. [^.^]

p/s : Confirm, cukup bulan 6 ni siap 1 buku kajian tentang Rashidah Rashed setebal orang yang menyiapkan tesis. Oh oh oh.

24 May 2010

Demo

Sabtu lepas, menghadiri Demonstrasi Waja Diri Rakan Muda 2010 di Melaka Mall.
Untung juga kerja pun siap, demo pun mula.
Bagi sokongan pada skuad demo PSSCM Cawangan Melaka. [^.^]
Oh oh oh!
Ini dia skuad demo Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka (PSSCM CM).





Yang bawah ni kalau tak silap Persatuan Silat Gayung Fatani UKM.


p/s : Bila "data communication" dan "voice communication" tak boleh disama ertikan.


21 May 2010

Sains Kognitif

Kebiasaannya bila orang berjumpa saya, ada saja soalan.
"Mengajar ke?"
"Cikgu ye?"
"Anak ni cikgu sekolah mana?"
"Sekarang mengajar kat mana"
Dan seperti biasa saya tersenyum dan menjawab tidak... [^.^]
Tapi satu hari yang lain,
"Designer ke?"....Saya angguk.
"Kedai mana?"... Erk, saya tersenyum.
Dia tanya saya designer kedai mana? Hehe...
Dan seperti biasa saya tersenyum dan tidak menjawab ... [^.^]
p/s : Sedang membuat kajian lebih tentang sains kognitif.

20 May 2010

Bersediakah anda?

Tiba-tiba rindu pada zaman PMSI.
Yeay, akan datang. 26 Jun 2010.
Tapi kat Dewan Seri Negeri pula.
Program Sambutan Perayaan 45 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
Akan update maklumat esok oke.
p/s :
Sungguhpun ikhlas itu sukar diukur, bukan menjadi masalah bagi kita.
Kerana ikhlas itu antara kita dan Dia.
Siapa kita untuk mempertikaikan hak keikhlasan seseorang....


70% atau 30%?

Balik je rumah semalam terus cari dia!
Tengok. Dia suka buat muka comel.
Macam mana tak rindu kat dia. Haih! [^.^]
Oke. Kitorang kat rumah sekarang tak sabar nak tunggu dia membesar.
Wahai Afiqah. Sila membesar dengan cepat oke!
Nanti boleh baca buku dengan saya. Oh oh oh! [^.^]

p/s : Kenapa harus membuang masa memikirkan perkara-perkara negatif sedangkan dalam diri kamu punya banyak perkara positif. Mencari dan terus mencari biarpun yang diketahui belumpun 70%. 

19 May 2010

904

Semoga tabah.
Semoga gigih.

p/s : Yang terbaik adalah menunjukkan akhlak yang baik. Lupakan sahaja usaha buruk mereka untuk menjatuhkan anda.

18 May 2010

Dunia percetakan

Nyaris-nyaris termasuk lambat pagi tadi gara-gara layan si kecik nih.
Oh oh oh. 2 minggu dia kat sini pipi dia semakin tembam hokeh.
Cik Rose, sila jangan jeles yep.
Pagi-pagi umi Afiqah dah bersuara.
Nama dia Nor Afiqah binti Asri ye. Bukan Mohd Asri.
Baik umi. [^.^]
Bukan nak menunjuk. Sekadar nak berkongsi riang di hati hokeh.
Adik no.1, akak dapat ole-ole daripada Incik Boss. [^.^]
Oh oh oh. Dapat jugak ole-ole.
Nak tunggu ole-ole daripada Banner Sdn. Bhd lambat lagi. hehe
p/s : Walaupun ikhlas itu sukar diukur, tapi kita suka juga cakap ingatan tulus ikhlas. [^.^]

17 May 2010

Empat

kesah itu tergantung
tanpa ada noktahnya
andai ia rahsia
biar ia terungkai sendirinya
andai ia rahsia
biar aku menantinya...

p/s : Inilah akibatnya jika melalui 2 hari yang jarang-jarang berlaku.

Kerja amal

Asyik makan yang sedap-sedap saja!
Chicken chop kat Radix Fried Chicken.
Oh oh oh. Sila jangan jeles.
Kebetulan hari tu hari Jumaat. [^.^]
15 May 2010. Oh oh.
Hajar dah jadi tunang orang.
Jenuh jugak kawan-kawan dia dok tanya macam mana dia jumpa tunang dia.
Oh oh oh. Sila google untuk dapatkan maklumat tambahan hokeh!
Cantik kan dia? Macam tuan puteri! [^.^]

Dua hari cuti rasa sangat lama walaupun macam-macam perkara pelik berlaku.
Takdelah pelik sangat, cuma tak pernah terjadi, maka peliklah. [^.^]

p/s : Tabik spring pada maklumat yang diberikan lewat petang semalam.
Oh oh oh . Banyaknya kena buat kajian kalau tiap-tiap minggu begini.Ahha.


14 May 2010

Adamayam

Oh oh oh.
Adamayam (nama sebenar Adamaya) dah habes!
Kan betul, yang terindah ialah sebuah kemaafan! [^.^]


Tak aci betul si kecik ni.
Mula-mula punyelah senyum baik punya.
Sekali oh oh oh. Dia nangis! Ahha! [^.^]...
Cepat-cepat. Pipi dia semakin tembam kan! he. 
p/s : Oh oh oh, yang dinamakan belajar psikologi bukan nak mencari perbezaan tetapi mencari titik pertemuan di antara 2 perbezaan.

13 May 2010

Syukur

Oh oh oh!
Esok Kak Hasanah nak pegi shooting kat Hospital Putra!
Nak ikut! Nak ikut! Nak ikut!
Akak, nak ikutlah esok.
Bolehkah? [^.^]
p/s : Sifat redha dan syukur itu semua akan mencakupi kekurangan itu semua.
Terima kasih ye. [^.^]

12 May 2010

Tinggal 4999 pasang

Oh oh oh.
Saya sangat sayang hari selasa semalam.
Majlis perpisahan untuk adik-adik yang akan tinggalkan Danau Digital.
Untung-untung sambut di MIBC.
Baru terasa oh oh oh... [^.^]
Semalam baru je beli almari.
Konon-konon nak letakkan baju yang 5000 pasang tu.
Oh oh oh.
Pagi ni je dah tinggal 4999 hokeh!!!!
Hahaha. Macam tak cukup kain nak gosok kan.
Kan dah berlobang. haih! [^.^]
Oh oh oh.
Balik rumah petang je tengok dia tidor.
Nak pergi kerja pun dia tidor lagi. Haih.
Sila cepat membesar wahai adik! :D
p/s : Sentiasa ingat pesanan Dr. Mashitah sebab apa-apa yang beliau cakap tu semuanya betul.
Dan, dan semua yang Dr. Fadzilah Kamsah cakap pun betul. Oh oh oh ...[^.^]



11 May 2010

Selasa yang riang

3 hari tak pandang wajahnya, dah lain hokeh.
Oh oh oh. Dia suka tidurlah. [^,^]
p/s : Padan muka saya.
Sapa soh tunggu ole-ole.
Sudahnya, langsung tiada. =(

10 May 2010

Oh oh oh Episod 1

50 hari dah berlalu arwah meninggalkan kami.
Kelihatan air mata menitis di mata Mama.
Sedihnya hanya Dia saja yang tahu.

Tetiba daripada minggu lepas sampai ke hari ini nak dengar lagu ini saja.
Oh oh oh. Sila nyanyi untuk saya 1! =)

For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever...
.......
I know that deep in my heart... 

- For the rest of my life by Maher Zain 


p/s : Oh oh oh. tak sabar nak tunggu ole-ole. [^.^]





07 May 2010

Oh oh oh

Oh oh oh...
Akhirnya dapat juga melepaskan hajat di hati berjumpa si comot nih. [^.^]
Bahagia rasa hati. Oh oh oh.
Girangnya saya hari ini.
Oh, entri saya kali ni mungkin berbeza.
Akan ada mereka berdua sebagai penghias !nsp!ras!.
Afiqah semakin hari semakin tembam.
Pagi hari bersama Afiqah. Petang pula masa untuk Balkis.
Oh oh oh.
Kak Hasanah, sila cepat tambahkan bilangan anak  buah untuk saya hokeh.
Hehehe. Nak tunggu Omot lambat lagi...[^.^]

p/s : Oh oh oh. Kerana kebahagiaan itu datang dari jiwa,
dan kesenangan itu datang dari raga

06 May 2010

Mencari perbezaan di antara titik pertemuan

Oh oh oh.
Seorang hamba Allah bertanyakan sesuatu tadi di facebook.
Nasib baik hati saya tak tercabut keluar. hehe.
[^.^]
Oh oh oh.
Sudah merindui Balkis Batrisya Aizudin.
Tunggu hokeh. Nanti Acik Shida datang bawak mainan banyak-banyak.
Erk, Acik Shida? Adeh. [^.^]

p/s : Wanita itu adalah makhluk emosi. Maka, jangan pelik jika wanita "take it personally"

05 May 2010

Saya nak 1 boleh?

Saya dah ada peneman sekarang.
Daripada duduk seorang, sekarang menjadi 4 orang!
Ni anak Cik Puan Ara. Nur Afiqah binti Mohd Asri. [^.^]
Saya suka kacau bila Afiqah nak tidur. Hehe.
Dia dah pandai kenyit mata hokeh! [^.^]

Yang ni pula anak kakak kesayangan saya merangkap 'adik' saya.
Nur Balqis Batrisya binti Mohd Aizuddin.
Hoh. Comellah dia. Suka buat muka seposen minta saya dukung! Hehe!
Saya sudah mula merindui dia! Adeh.

p/s : Hilang segala serabut di fikiran bila memandang mereka. Sungguh!
Boleh saya pinjam 1?

04 May 2010

Senyap

Lupakan kisah semalam.
Ada silent reader minta saya letak cerita happy saja! [^,^]

Baiklah. Tenangkan fikiran sekejap dengan Adamaya hokeh!
Comel kan! Hehe


p/s : Jangan lupa, pada nafas sekalipun, tersembunyi rahsia dan janji-NYA. Percayalah!

03 May 2010

Si belang

Akhirnya. Si belang sudah berjaya saya tawan.
Belang oren je yang ada. Belang biru habis!
Harap-harap, adik yang selalu berangan nak jadi puteraImpian tak menjerit jeles!
Hehe... [^.^]

Owh, patutlah gerak hati seperti tidak sabar mahu berjumpa kakak kesayangan semalam.
Baiknya hati insan yang memburuk-burukkan saya di belakang saya
dan di hadapan kakak kesayangan.
Owh, nasib baiklah beliau sudah berkahwin dan menemui "putri".
Gosh. Semoga beliau bahagia.
Lebih baik saya melihat Imran Ajmain. Lagi cool. Hehe.

p/s : Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia 
tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin 
banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya 
mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita 
cuba jadi teman sepertinya,mungkin kita akan tahu.