30 September 2011

Tingkat Dua

Assalamualaikum.

Sari berita penting.
Oh, saya pernah berangan nak jadi seorang pembaca berita dulu.
Pastu nak TV3 je plak tuh. Wahahaha. berangan kau! :p

Entri hari ni agak emosi.

Saya bersyukur kerana sejak kecil umi didik saya supaya berdisiplin.
Tau kemas rumah.
Tau kemas dapur lepas masak.
Tau susun pinggan mangkuk dengan kemas.
Tau sapu rumah tiap-tiap minggu.
Tau kemas bilik air selalu.

Saya tak suka kotor-kotor lepas masak.
Saya tak suka basah-basah kat lantai lepas basuh pinggan.
Saya tak suka rumah habuk-habuk.
Ye. Saya memang CEREWET selepah-selepah ni.

Saya berharap sangat kawan serumah saya nampak entri ni dan baca.
Lalu faham dan tolong saya.
Saya dah penat.
Saya bukan orang gaji tau kat rumah ni.

Mengeluh tak baik untuk kesihatan.
Tapi adakalanya.
Saya terpaksa luahkan.
Sebab saya tak dibayar untuk jadi orang gaji.


p/s:harap-harap kalau dapat rumah baru, taknak ada housemate. cukuplah.

29 September 2011

Pukal lagi

Sekali lagi edisi pukal. Hehe.

SATU : Ada rumah terbuka di tempat kerja Jumaat lepas. Sepatutnya ofis terbuka la kan. Hihi
PENERANGAN : Jadi kendarat. Masa ni la baru nak berkenalan dengan staf-staf lain.  
Yang jarang senyum jadi banyak cakap. Seronok la. Hehe

 Yang ni barisan-barisan kendarat.

DUA : Festival Hang Tuah dekat Istana Melaka.
PENERANGAN : Rasa macam ada kat zaman Hang Tuah.
Sebab sana sini orang pakai tengkolok,  baju-baju klasik.
Mula berangan nak jadi TUN TEJA.
Wahahaha. (banyak cantik kau nak berangan la. :p)

 Atok tengah mandikan keris. Masa ni Atok tak boleh cakap apa-apa.
Yang ni demo PSSCM Cawangan Melaka macam biasa.


TIGA : Kenduri kahwin.
PENERANGAN : Abah cakap kat Batu 3. Ingatkan Batu Tiga Shah Alam.
Rupanya kat Subang daaa..
(yang ni malas nak letak gambar sebab.....)




p/s : tengah fikir-fikir nak bermastautin di mana.hihi

22 September 2011

Pukal

Lamanya tak update belog Oh!
Mari update secara pukal lah.
 
SATU :  Boss belikan pc baru. Lengkap boleh sentuh terus. Tak payah pakai wayar-wayar dah.
PENERANGAN : (Saya dari dulu berangan nak pc macam ni.. Lepas ni boleh tekun lagi buat kerja. Hihi.)

DUA : Minggu lepas sangatlah sibuk. Itu ini, ini itu. He.
PENERANGAN : Rumah terbuka sana sini. Rumah terbuka boss, rumah terbuka PSSCM CM. Penat sampai satu tahap makan secucuk sate sahaja. :p

TIGA : Sibuk dengan kenduri kahwin sepupu di kampung Tg. Karang
PENERANGAN : Sibuk makan, yelah. hahaha
 
EMPAT : Kerja luar di PICC, Putrajaya sempena Asia Pacific Regional Workshop on Popularization of Science.
PENERANGAN : Taklah sibuk sangat masa ni sebab orang tak ramai sangat. Posing je lebih. Hihi.
LIMA : Adik pun konvo di PICC. Semua datang dan dapat jumpa. 
PENERANGAN : Yang tak disangka-sangka pun dapat jumpa dan berkenalan. Haha.
 
 
p/s : saya update secara pukal sebab tau bukan ada orang pun baca belog ni. tulis apa pun takpe. hihi.



-> takda gambar pasal malas nak naik turun.

15 September 2011

Kad Kahwin


Saya sedang berangan.
Kalaulah kad kahwin saya secantik ini.
Nak tau lagi klik kat RendaPuteh.
Ada renda-renda.
Rasa macam taknak bagi je kad ni kat orang lain.
Cantik sangat.
Tak payah design lebih-lebih dah.
Ekslusif!!
Hihi.


p/s : Tengah pilih-pilih tema.
Macam ungu ni.
Tapi macam merah la plak.
He.



13 September 2011

Menang rumah

Hari tu lepas beraya kebetulan ternampak iklan rumah untuk dijual.
Taman Belimbing Setia, Durian Tunggal, Melaka..
Ngeh3.


Tapi kan, banglo...hehehe.
Macam ngada-ngada la plak nak banglo.
Tapi ni banglo versi kecil je.
Tak la besar sangat.
Rasa macam berani jugak kot kalau duduk sorang-sorang.
Hehe.


Sempat jugakla pusing-pusing rumah contoh.
Lepas tu berangan.
Sebab nanti ada dapur sendiri.
Tak payah dah nak gaduh-gaduh dengan osmet.
Hahaha.
(mati la kalau osmet baca belog ni. hahahahaha)


Kalau banyak duit, memang tak fikir panjang dah.
Takde ke peraduan menang rumah?



p/s : nampak gaya macam kena harus bermastautin kat Melaka jah. Haha

09 September 2011

Idea


Hari-hari pun tengok blogger.com ni.
nanti sudahnya mesti tekan close je.
pasal tak tau nak tulis apa.
(pernah jumpa kat mana ntah orang cakap camni 
"Kalau kau tak tau nak update ape, 
tak payah la update, 
pastu nak tulis konon-konon kau takde idea.")
he. macam ni punya style pun ade kan? 
*sigh.


p/s : rasa macam lawak bila sesekali Jud tanye pasal persiapan kahwin. he.