29 April 2009

Love Story

Saat ini hanya dia saja yang berguling2 dalam fikiran aku.. Owh..aku sangat memerlukannya ia.. Tapi demi masa depan, aku harus katakan TIDAK..owh NESCAFE ku..


22 April 2009

Memang GEMPAK..

Owh..Hari ni ade jugak yang baik hati mencarikan info tentang sesuatu.. Jawapan dari si comel yang baik hati ini ialah...

Hahaha...Memang tergelak besar la bila tgok informasi yang begitu hebat... Owh..Harap2 aku takkan bertemu dengan orang yang bikin GEMPAK nie..lalala..[^.^]

-terima kasih pada buah purple yang comel..hehe

20 April 2009

Ade Sape2 Nak Undi Lagi?


Ayat ni dikirim oleh seorang teman yang setia dalam arena seni "......".. nak tergelak besar bila dia ckp mcam tu.. At least terhibur jugak hati ini setelah melihat kepingan gambar yang agak GEMPAK tu la.. hahaha..-Hari ni perangai sangat nakal...ahahahahha...
-i'm so happy today.. [^.^]

17 April 2009

Buih sabun


Menggunakan Corel Painter Essential 3..-Bunyi macam buih sabun je kan?ade mcm2 tools..

boleh pilih ape saje okey!!

Undi Siapa Paling Comel --> Cepat UNDI!!!

Hari ni ade sesi pengundian di sidang blog Inspirasi ini.. Sila vote siapa yang paling comel untuk keempat2 ini..hehe..
Nak hadiah? Vote dulu la..sape paling banyak dapat undian, nanti saya belanja okey?lalala. [^.^]

Ara..

Post hari ni khas untuk Cik Ara okey..
-tolong jaga Michiko saya okey..Jangan lupe bagi makan..saya mahu balik nie..hehe

16 April 2009

WQF 4008


Hari tu Amal datang Melaka.. Nak tau kenapa? Assignment dia tak siap..Maka dia mencari sahabatnya yang sangat baik hati ini untuk membantunya..Demi masa depan, maka assignmentnye pun siap dengan full package tau..lalala..[^.^].. Owh, sila cari saya sekiranya ada memerlukan full package lagi, okey?hehe...
Nampaknya Amal sangat seronok dengan Melaka.. Kami semua tunggu Amal.. Owh Cik Iez,kamu jangan jeles yah!lalala.. [^.^]

15 April 2009

Seronok Sangat!!!


Sangat suke arini.. Tengok la tu ape yang ade kat atas..Owh..tu semua barang2 cik ara.. banyak kan dia beli..dekat 2ratus jugak dia habes..bese la..org nak KAHWIN kan.. mcam2 dia beli.. dan seperti biasa saya akan jadi seorang tukang cakap "Beli la, beli la.. cantik2..."..Hahaha..
Sangat suke mempengaruhi orang lain utk beli sesuatu..hehe.. Sila ajak saya jika anda berasa was2 untuk beli barang ye..[^.^]..lalalala..

-p/s:sebenarnya Jusco buat sales arini untuk ahli JCard.. sume org di Jusco mcm dapat barang free je sebab diskaun smpai 80%..Mmh berbaloi la..sangat MURAHHHHHHHHHHHHH...

14 April 2009

Cukup.......Cukup..........

"Super woman adalah perempuan yang nyaman dengan dirinya sendiri, merangkul kekuatan dan kelemahannya, dan tidak takut untuk menjadi rapuh" - Mariana Renata, ELLE Indonesia April 2009.

Owh..Kesah Tu Tak Habis Lagi



Owh Kak Mira.. Tolong saya boleh? Saya dah xde idea ni.. Cepat2...
Kak Mira ade jual teko ajaib kan? saya nak 1 boleh?..lalala.. [^.^]






11 April 2009

Damn It!


untuk saat ini, sampai sini saja doa yang dikirim.. takkan ada lagi. Jangan Harap.
-Harap cepat2 pergi dari dunia nie. Damn it!!

untuk pertama kali aku marah dalam blog ni.. aku dah tak kesah...blah!!!!!!!!

10 April 2009

Hadiah Untuk Kak Udd


Hari ni hari lahir kak udd..saje je xnak btau dia..well.. tp, untuk kali ni, space kat blog ni jadi special sebab siap bg ruangan khas untuk kak udd.. tatau la dia bace ke x.. huhu.. Kak Mira, tolong bg link ni pada Kak Udd tu ye.. TQ.. lalala [^.^] ...Owh, Kak Mira sangat baik hati.. Saya sangat akuinya..lalalala...

p/s : Kak Udd dah tukar penampilan sekarang.. Selaras dengan pertambahan usianya..
Ops..teringat hadiah yg kami bagi pada Kak Udd pada tahun lepas..hehe..

08 April 2009

13 SEBAB KENAPA CHE DET MASUK BALIK UMNO..

Jom baca ramai2 13 sebab ni.. [saje2 letak untuk pengetahuan am..-best ape..]

1. Ramai yang mengalu-alukan penyertaan saya semula dalam UMNO. Tetapi ramai juga yang mengkritik saya kenapa saya menyertai sebuah parti yang saya sendiri menuduh sebagai pengamal rasuah dan pemimpinnya menjadi pemimpin kerana menyogok wang kepada pengundi.
2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.
3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya.
4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.
5. Walaupun saya sekarang adalah ahli UMNO, ia tidak bermakna saya tidak akan kritik UMNO atau Kerajaan Barisan Nasional jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Selepas saya berhenti daripada menjadi Perdana Menteri tetapi masih menjadi ahli UMNO saya telah kritik UMNO dan Abdullah apabila perbuatan yang salah dilakukan oleh Kerajaan.
6. Saya juga telah kritik Najib. Tetapi saya sedar yang dia bekerja di bawah Abdullah dan tidak sanggup bersikap bebas. Sekarang dia tidak lagi terdedah kepada tekanan oleh Abdullah dan sudah pun bebas. Oleh itu kemungkinan dia menolak amalan buruk yang menjahanamkan UMNO dan BN yang dilakukan oleh Abdullah memang ada.
7. Perkara yang baik telah ditunjuk oleh Najib apabila dia secara terbuka menunjuk dia tidak bermusuh dengan saya seperti yang dikehendaki oleh Abdullah bagi semua Menterinya.
8. Dalam ucapannya menutup mesyuarat agung UMNO Najib telah menjelaskan bahawa selain parti, rakyat juga harus menguasai Kerajaan. Tidak seperti ramai pemimpin UMNO sekarang, dan ketua mereka dahulu yang berpendapat Kerajaan adalah milik UMNO sahaja dan mereka sahaja yang harus dapat "keuntungan" daripadanya. Najib nampaknya berpendapat rakyat juga punyai saham dalam Kerajaan. Justeru itu rakyat tidak boleh diketepikan oleh Kerajaan yang diketuai oleh UMNO.
9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.
10. Jika Najib hanya layan UMNO, kemungkinan besar UMNO akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.
11. Jika Kerajaan pimpinan UMNO dianggotai ahli dan pemimpin UMNO yang perasuah, rakyat dan juga sebahagian daripada ahli UMNO yang kecewa akan tentukan BN dan UMNO akan kalah juga.
12. Pada hari kedua Najib jadi Perdana Menteri dia telah pergi berjalan-jalan untuk berjumpa rakyat berbilang kaum. Ini juga meyakinkan saya yang dianya lebih prihatin terhadap masalah rakyat.
13. Oleh kerana sebab-sebab ini saya berpendapat Najib akan cuba bersihkan parti dan Kerajaan daripada rasuah dan perasuah. Tanda-tanda ini akan diperlihat apabila beliau menubuh Kabinetnya pada 8 April, iaitu esok. Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada, saya akan anggap syarat saya tidak dipenuhi.

07 April 2009

c h! e dan Aman..(-eh, mane Aman?)



Sejak WACOM ni ade, rase macam taknak henti je melukis, melakar dan apa saja..
Seronok sangat.. Rase mcm nak amek je sebijik kat kedai yang jual..
-nak AMBIK...taknak beli.. lalalala.. [^.^]

01 April 2009

Hanya Ilustrasi





ini saja untuk hari ni..huhu