25 August 2009

Tashiru - Kembali


Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini tanpa ada cobaan
Sayangnya harapan itu tak pasti
Kerna cobaan akan terjadi
Tuk menguji sabar diri dan ketakwaan

Akankah kita tetap tegar
Menjalaninya dengan keikhlasan
Atau kan terjerumus kedalam keputus asaan

Katakanlah kami ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan di mana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan dan pertolongan

Dalam ujian..


p/s : Sebenarnye sangat tidak sempat untuk update blog.. Tapi terjumpa plak lirik lagu ni selepas menelaah blog eSafarEE tadi.. Layan je lagu ni..

24 August 2009

Tajuk TV3


Malam tadi saya sempat menonton kesah di TV3...
Tajuk : Takdir yang tercipta...
Mari kita lihat bagaimana cantiknya Allah mengatur perjalanan hidup kita...Adakalanya indah, adakalanya sedih... tapi pasti ada gembira di penghujung-Nya.
Cuma kita yang tak sedar... Saya berkata daripada aspek saya sendiri...


Mencuri kata-kata Dr Rubiah K Hamzah

"Oleh itu, belajarlah mengenali Allah SWT sehingga anda berasa sentuhan nikmatnya yang
sudah, sedang dan yang akan anda nikmati. Banyakkan melihatke dalam diri dan selalu berdoa:

"Ya Allah, gantikan kepedihan dan kesunyian ini dengan kesenangan dan keceriaan
dan hilangkan rasa bergantung dengan orang lain kepada rasa dekat dengan-Mu dan
panaskan kesejukan kalbu ini dengan salju keyakinan. Padamkan bara jiwa yang
mahukan didampingi orang dengan air keimanan..."


p/s :Ku cari dia yang mempunyai kelebihan untuk menutupi segala kekurangan ku..

21 August 2009

Untuk Anda

Hanya ucapan ini saja yang dapat saya kirim untuk saat ini...
Malam ni jangan lupa pergi solat terawih bagi yang berkemampuan...
Harap maaf, saya tak dapat nak tulis nama-nama yang bakal membaca blog saya ni, tetapi saya hanya mampu meminta maaf di atas segala salah silap saya...

Kepada cik amal : Saya mintak maaf sebab tak layan kamu, tapi ada masa design atas ni... (Owh, sebab td saya tersangatla ngantok...)
Kepada incik pensyarah, saya minta maaf banyak-banyak untuk sepanjang ada yang terasa hati... [^.^]...
Kepada kawan-kawan, mari kita sama2 buat yang terbaik sepanjang Ramadhan ini...

Assalamualaikum...

1302012479_ _ _ _

Owh..Sepatutnya saya tak berkelakuan nakal hari ni.. Tapi saya telah menggodam sesuatu yang merupakan hak milik seorang insan... Baik kan saya panggil dia insan... Saya kan sangat berhati mulia... Hahaha.. [Sila gelak jahat]...
-saya sangat tidak baik dan nakal ok! [^.^]

Kenapa saya letak gambar ini dan highlight pada nama tu? Tiada apa-apa...
Saja-saja mencari pasal di pagi hari... Eh, hari ni sangat tenanglah...Sebab esok 1 Ramadhan!
Subhanallah... Cepat je masa berlalu... Dan bulan yang saya tunggu telah pun sampai... [^.^]

Tinggalkan persoalan siapakah insan dimaksudkan itu...
Banyak perkara yang nak dikongsi, tapi mengenangkan esok Ramadhan, saya cuba untuk menjadi seorang insan yang baik hati... Kita lupakan saja...
-Sila jangan tanya saya siapa dia ok! hehe...

p/s : saya sudah melihat baki akaun bank orang lain pagi tadi... tapi saya tak berniat nak mencuri... Itukan BERDOSA... eh, bye!

20 August 2009

Ada yang menggoda!

Apa kaitan gambar ni dengan kesah hari ni?


Hari ini saya masih seperti semalam..
Sangat tidak bagus untuk kesihatan dan pencapaian diri kan?
Maafkan saya incik bos sebab agak lambat menyiapkan tugas walau saya sudah berusaha laju...
Cuba lihat apa yang sudah lain dengan blog ini? Iye...
Saya sudah layout lagi.. Tidak tahu untuk ke berapa kalinya...
Seperti sudah menjadi kegilaan saya... Saya tak kesah tukar banyak kali, tapi font jenis Calibri akan sentiasa mengiringi saya...

Oklah.. Saya mahu menikmati air Nescafe sambil menjelajah Planet Uranus ini...

p/s : Sebenarnya saya tak nak buat Nescafe, tapi aroma air yang telah Kak Hasanah buat seminit lalu telah memaksa semua anggota saya terus bangun lantas pergi membancuh dengan tak sengaja! Owh, sekian dahulu...

p/s : Cuba lihat gambar itu ada 2 awan yang saling memerlukan di atas air Nescafe... Tu tandanya saya mencari anda yang seperti saya. Sukakan Nescafe! lalala.. [^.^]

19 August 2009

Ade apa kisah?


Saya sangat gembira saat ini...
Alhamdulillah keajaiban sudah berlaku tadi... Selamat sudah...
Gembira saya bagaikan kanak-kanak yang melepaskan segala yang gembira dengan cara mendepangkan tangan..
Owh..perasaan itu sangat tenang...
Terima kasih Ya Allah...

18 August 2009

Saya suka BERSIH, anda suka KOTOR kan?


Rasanya kerajaan kene tetapkan setiap graduan yang habis belajar kena ada sifat BERSIH dalam diri.. Tak guna belajar tinggi-tinggi, ada diploma, degree ke, master ke tapi sangta PENGOTOR. Apa susah sangat ke nak sama-sama bersihkan dapur kat ofis ni? Nak harapkan makcik cleaner memangla berulat sampah tu. Hei, tolongla bukak mata sikit..

1. Apakah tak nampak lampu terpasang kat dapur dengan keadaan terang benderang ngan cahaya matahari?
- Kalau dah sah2 pagi buat air, tolongla matikan suis lampu.. Takkanla saya hari-hari nak check da tutup ke belum..
2. Kalau dah lalu nampak kipas terpasang, tak boleh ke tutup?
- Kipas tu bukan otomatik terpadam ye bila xde orang..
3. Kalau keluar dari tandas, tak bolehkah bagi selipar atau kasut tu kering dulu baru pijak lantai?
- Ni tapak dah hitam, pijak2 lantai.. Pastu buat2 tak nampak lantai kotor..
- Dengan penuh pengharapan, mengharapkan lantai tu akan bersih dengan SENDIRINYA..

Saya sangat GERAM dengan keadaan dapur hari ni..
Tolongla.. saya sangat banyak kerja sampai bawak kerja balik rumah, tapi xde ke belas kasihan
daripada semua pekerja untuk sama-sama bantu saya bersihkan dapur DANAU?

-mengharapkan keajaiban yang DORAEMON akan bagi penyapu dan mop ajaib!
-nasib baik saya xde kamera untuk menangkap keadaan kotor dapur DANAU..
-Dahsyat! maha dahsyat!
-Gambar di atas tiada kaitan..

17 August 2009

Sila lihat..

Saya tak tau nak cakap apa.. Sila la lihat..Lepas tu komen.. Ahahahaha.. :)....

p/s : tolong la email kat saya lagu st12.. saya tak sempat nak cari.. kalau x, sy xnak dengar.. alalalala... [^.^]

Terima kasih..

Tak banyak yang nak dikongsi di sini memandangkan kerja sangat banyak..
Terjumpa ayat ni di blog Amal Chomot.. Hanya ucapan terima kasih mampu diberi..
Terima kasih... :)

11 August 2009

Roti gardenia dan si nescafe

Owh.. Saja nak beritahu salah satu roti gardenia yang berharga 60 sen sudah bertukar rasanya..
Semakin lembut dan semakin enak.. Tak percaya cuba cari yang ada perkataan "Rasa diperbaharui.." Pasti sekali makan macam rasa nak lagi.. Ditarik-tarik roti tu macam tarik roti canai.. Sangat mahsyuk bila dipadankan dengan nescafe buatan sendiri.. Aduh!! Itu yang buat saya jatuh cinta dengan air nescafe... sekian dulu..nak buat nescafe lagi.. :)

10 August 2009

I'm sorry

Terima kasih sebab membaca isi dalam blog ni..
Tak sangka pulak incik pensyarah bace ye..
Ade ape2 yg salah ke incik pensyarah dengan blog saya?
Jauh di sudut hati memang saya mengharapkan yang incik akan baca..
Nah, incik memang baca kan?


Ustazah Norbahyah cakap kite mesti mencuba..Maka saya telah mencuba..
Tapi,mengapakah incik pensyarah marah jugak?
Ok, sy silap kan?
Saya mintak maaf ye..
Sila hubungi saya jika incik pensyarah dah baca kesah ni..
Ok, saya mengaku ape yang incik baca memang merujuk pada diri incik sendiri..
Ternyata tak sia2 incik ialah pensyarah..
Sila jangan marah lagi..dan jangan marah kawan saya..
Sesungguhnya dia memang tak tau ape2..
Maafkan saya..

08 August 2009

Sila la pakai..


Jika anda berada di Melaka, sila buat begini sebab kami sudah mengambil langkah berjaga-jaga..
Tahap udara kat Melaka sangat tidak okey... Macam best bila pakai mask ni masa dalam bas dan kat Melaka Central.. Takde sape kesah dah sebab kesihatan milik peribadi kan? :D..

Moral untuk semua : PANDANG DAN LIHATLAH.. TIRU MACAM SAYA..
-Gambar dicuri daripada blog Miss Comot..TQ

07 August 2009

Detik Ini

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

05 August 2009

Khas untuk Along Dhiya

Atas permintaan Along Dhiya, maka gambar sempena PMSI diupload lagi.. Takde la banyak mana.. Selebihnya tunggu pokcik kameraman ye!

Harap maaf.. Gambo ni kekaburan.. Along Dhiya memberi arahan kepada Kak Kimie dengan comelnye..Haha







4 ahli terperosok di sudut cenderahati..







Kak Kimie khusyuk dengar penerangan dr Tok Batin..

Masa ni program belum mula lagi.. Sedang tunggu-tunggu vip datang..
Ni la rupe sebenar buku program.. Banyak yang perlu diperbetulkan.. Tp untuk percubaan pertama kali, sangat berpuas hati sbb tak sangka akan jadi kenyataan.. Nampak simple kan? tp, bahan-bahan untuk siapkan buku ni kalo xcukup, memang xde cara la senang ckp..Hoho

Ni masa kat sebelah Menara Taming Sari.. Program dekat nak abes dah..
Sekian, terima kaseh..

04 August 2009

Rentetan Program Pahlawan Melaka Seni dan Inspirasi

Sangat hepi bila buku program siap dan dibawa ke merata2 tempat.. Pulak tu bila orang baca buku program tu, rase mcm sangat puas hati.. Macam tu rupenye perasaan penulis yang dapat terbitkan novel sendiri.. Hahaha
Sekitar reheasel sebelum Majlis Makan Malam.. Macam2 bende jadi masa ni, tapi alhamdulillah semua boleh kawal.. Berkat izin-Nya..

Yang ni plak masa kat Dataran Pahlawan.. Persembahan Seni Silat dari sekitar Melaka kalau xsilap...
Berakhir sudah program Pahlawan Melaka Seni dan Inspirasi..
Kesimpulannya,

1. kerjasama daripada semua ahli sgt dihargai..
2. macam tak percaya yang program ni dah berakhir..
3. ikatan sesama ahli makin erat.. sebab dari tak kenal jadi kenal.. kalo dulu nak cakap dengan dorang pun macam segan2..skrg dah tak lagi! hehe..
4. rindu saat kalut dulu.. hehe..
5. dapat naik Menara Taming Sari lagi sekali secara FREE nya sbb tolong promote negeri Melaka.. Kalau nak tau, spanjang persembahan silat, orang tak putus2 naik Menara ni..
cukup la eh.. selebihnya di Facebook dan Friendster..