Terkadang saya merasa cemburu.
Orang lain seperti mudah dapat itu ini.
Terdetik di hati.
Kenapa orang itu dipermudahkan rezekinya.
Tak perlu bekerja keras.
Dapat, dapat dan dapat.
Sedangkan saya.
Pada usia 26 tahun.
Masih di takuk lama.
Tiada sebarang anjakan paradigma yang membanggakan.
Baik untuk mak, ayah dan adik.
Waima untuk diri sendiri.
Terasa seperti diri tidak berguna. Langsung.
Apa sumbangan saya pada mak dan ayah?
TIADA
Apa sumbangan saya pada syarikat?
TIADA
Apa sumbangan saya pada kawan-kawan?
TIADA
TIADA
Saya seperti mayat hidup yang bergerak.
Ye.
Saya lah mayat tu.
p/s : ...
1 comment:
kak..sejak akhir2 ni..post agak sedih2....cer citer2...
Post a Comment