28 November 2009

Sama macam Iman



Lihat lembu yang berwarna hitam. Itu lembu bahagian saya. [^.^]
Telah selamat disembelih oleh pakcik pakai kopiah kalau tak silap tadi...


.....

Selesai sudah... [^.^]
Hujan rahmat mengiringi pemergian ia...
Posted by Picasa

25 November 2009

Batrisya


Umi pangku Qistina Batrisya - adik baru saya.

p/s: Silaplah. Adik kepada anak saudara saya lah.. [^.^]
...
...
Batrisya buat muka pelik bila saya cakap dia adik saya...hehe
Posted by Picasa

23 November 2009

Air laut itu masin rasanya


Semalam, meluangkan masa sebentar di Masjid Selat.
Setelah sekian lama tidak singgah... Semenjak ada Iman, terus tak singgah Masjid Selat.
Teruk sungguh saya ini... [^.^]

Kalau nak tahu, ini antara sebab saya masih di Melaka. Saya seperti sayangkan masjid yang cantik ini.
Bunyi hempasan ombak pada batu adalah saat-saat indah bagi saya.
Tidak percayakah? Jika begitu, silalah ke masjid ini okey!

p/s : Jiwa menghampiri ketenangan walaupun adakalanya kata-kata pedas itu terhambur antara sedar dan tidak...Apakah hina jika masih berstatus begini?

20 November 2009

Janji

Janji ALLAH itu pasti. Betapa saya sangat-sangat mempercayai janji-Nya...

Kredit : http://hafizahsalwa.files.wordpress.com/2007/10/berdoa.jpg

19 November 2009

18 PL

Pagi tadi melihat MHI. Pengacara sedang promosi filem JALANG.
Mazidul meminta Wardina menyebut nama tajuk filem itu. Tapi, Wardina buat aksi berat sangat nak sebut nama filem tu. Yep! Mesti dia malu nak sebut nama filem tu. Apa lagi tengok iklan dia. Alamak.
Nasib baik Wardina comel! [^.^]

Sebenarnya masih tak faham kenapa filem begitu boleh lepas di pawagam.
Owh, saya sangat kasihan pada lelaki-lelaki yang melihat cerita itu nanti. Tak patutlah...

p/s : Daripada letak poster JALANG, baik saya letak gambar Wardina yang comel! [^.^]

...
...
...
...
...
Saya sudah berusaha dan sedang berusaha. Saya sudah berdoa dan sedang berdoa.
Sekarang saya tawakkal pada Dia sahaja.

17 November 2009

Ada topi matahari


Saya pernah katakan yang saya kadang-kadang berasa seperti memakai topi berbunga matahari yang sangat indah... tapi hari ini saya seperti sudah melukis konon-konon saya sedang memakainya...hehe
Pada sesiapa yang sedang berasa BLUR dan sekawan dengannya, mari bersama-sama saya berangan seperti ini. Eh Kak Hasanah, janganlah blur begitu yep..hehe.. [^.^]

p/s: Ada sesiapa nak belikan saya topi matahari tak? [^.^]

16 November 2009

Soulmate


Tetiba seperti ingin meletakkan ini di dalam blog Inspirasi. Comel kan? [^.^]

p/s: Sebenarnya ingin memujuk hati supaya menjadi ceria dan ceria petang ini...hehe

Nota muzik baru

Hari Isnin saya bermula dengan perasaan yang biasa saja. Padahal sudah menepuk tepuk bantal sambil berdoa semoga hari ini saya ceria dan ceria. Padahal hati malam tadi adalah sangat mengecewakan.

Saya tidak pasti di bahagian otak yang belah manakah yang membuatkan saya mejadi tidak comel dan ceria. Saya seperti mengambil keputusan untuk pasrah saja sekarang ini.
Saya tidak mahulah memikirnya lagi. Buat Isnin saya mejadi muram dan sepi saja!



Saya nak menjadi seperti mereka berdua semula. Beri saya sedikit keyakinan boleh?
Saya menjadi sangat blur hari ini sehingga saya tak tahu dan tak faham apa makanan yang saya makan di waktu tengahari ini.

p/s : Seakan alunan melodi simfoni itu sudah putus daya tarikannya. Berikan saya nota muzik yang barulah. [^.^]

2012

Malam tadi menonton 2012. Sebagai menghormati dan menyambut pemergian seorang sahabat selepas ini...Hehe...Pergi menjalani Latihan Praktikal. [^.^]

Kesimpulannya : Bolehlah. Seat kurang memuaskan. Sakit leher dan pinggang lah. Aksi penonton di hadapan sangat tidak comel. Memudaratkan mata saya saja! [^.^]

15 November 2009

Saya ceria lah!

Seawal pagi lagi saya sangat ceria. Kenapa? Owh, Zuehaini telah pun menjawab soalan yang membelenggu fikiran saya. Cukup padat dan buat saya ketawa saja. Harap-harap hari ini berakhir dengan saat-saat yang ceria..hehe.. Thanx Zhu! [^.^]

Memandangkan masing-masing sibuk dengan exam, bengkel 2 dan siapkan tesis, maka saya pun membawa hati ke Taman Botanikal Melaka bersama Iqa. Saja nak try test kekuatan tenaga berjogging... hehe..


Rasa bagai hilang segala kebuntuan di dalam kepala bila pagi-pagi dah ceria. Saya tak tahulah mengapa hari ini begitu ceria dan ceria. Eh, ceria kan bagus untuk diri kan? [^.^]...
Tetiba saja bagai tidak mahu pulang terus ke rumah. Sebab awal lagi. Maka singgah di tasik sebelah zoo...

Konon-konon ingin melayan perasaan. Tapi, lain pula yang jadi lah.
Kebetulan MMU mengadakan pertandingan Dragon Boat. Wah, ini sudah bagus...
Saja mencuci mata! [Tipu lah]


Haih! Sebenarnya saya teringin sangat melihat dari dekat permainan ini. Kebiasaan melihatnya di TV sangat tidak puas. Seronok melihat semangat mereka. Geng ALAM memang hebatlah. Asyik pantas daripada geng MMU...hehe.. Sangat comellah mereka mengayuh bot itu.. [^.^]..

Owh. Saya sudah plan bermacam-macam program sebenarnya untuk hari ini. Tapi memandangkan semua kelihatan seperti tidak mahu melayan saya, maka saya telah berjaya melakukan sendiri. Tidak mengapalah.
...[^.^]...


p/s: Sudah habislah. Semoga malam ini berakhir dengan malam yang ceria juga! [^.^]

14 November 2009

Makna menakutkan!

Saya terbaca di muka buku saya.. Seperti ramai yang ingin tahu siapakah gerangan Simfoni itu...
[^.^]....malulah saya..
Owh. Sebenarnya saya risau lah...



Risau seperti kanak-kanak di atas. [^.^]

p/s: Kerisauan di hati bercambah-cambah sebenarnya. Tapi berpura-pura seperti tiada siapa yang tahu...

13 November 2009

Inspirasi lah...


Aduhai. Semalam petang kami semua menghabiskan masa senggang di gelanggang badminton. Teruk jugak Kak Hasanah membedil saya. Sampai terpaksa mengaku kalah...
Saja je bagi peluang pada Kak Hasanah..Haha.. [^.^]... -sebenarnya tidak laratlah...


Semalam diet saya seperti telah lari kerana telah makan 2 benda ini.
Itupun sebab memenuhi hajat Simfoni atas sebab saya telah mengambil hak kepunyaannya.. =)
Owh. Terkedu sebentar bila Simfoni mengatakan tentang blog Inspirasi! Oh tidak. Itu blog saya... Nasib baiklah dia tidak membacanya. Sekadar buka tapi tidak membaca, tidak mengapalah...hoho...

p/s : Alahai Simfoni, minta maaflah yep! Mana saya tahu akan masuk angin itu.. [^.^]
...
...
...
...
Status di fb saya hari ini ialah :
...Simfoni melebarkan petikan alunan iramanya. Sungguh. Buat terpaku saja! [^.^]...

12 November 2009

Tak makan ketam




Semalam, sebelum tido malam, saya berharap supaya Simfoni hadir dalam mimpi.
Teruk kan? haha.. [^.^].. nI gara-gara berbual panjang dengan Cik Amal..

Tiba-tiba boleh pulak Incik Ketam yang ada dalam mimpi saya. Setelah sekian lama saya tidak melihat dia, datang pulak dalam mimpi saya. Tapi, tidak mengapalah. Dia tidak berbual pun dengan saya.. huhu... (Lama tak bersua dengan Incik Ketam, sudah kahwinkah?)

p/s : Kenapa gambar ketam di atas? Incik Ketam ada jawapannya..hehe... [^.^]

10 November 2009

Kisah Awan dan Mentari


Zhuhainie Zull Kafli
Shida!!! awan da nampak simfoni kamu..benar, mmg indah simfoni itu..andai awan belum punya pelangi, pasti hati awan terpikat dengan simfoni! awan angkat tangan mengalah dan tersenyum sendirian..awan akur klu mentari memilih simfoni menjadi pilihan hati.. =)

Rashidah Rashed
Adoi...kata-kata kau buat aku terpaku sekejap... sampai tak mampu nak membalas..Hehe..Awan dah nampak simfoni aku? Aduhai..kalau benar begitu, mengapa mesti awan mengalah? Biarlah simfoni menjadi peneman hati..xbolehkah begitu?

Zhuhainie Zull Kafli
Wah, terpaku ye mendengar aku bermelodi menutur bait- kata?he3..Awan mengalah kerana dihati bertemankan Pelangi dan Awan pasti Mentari pastikan tersenyum dan menari mendengar Simfoni berlagu kaseh.

Rashidah Rashed
Hahaha..Andai simfoni pandai berlagu kaseh, pasti aku insan pertama yang tertawan.. Sedangkan melihatnya melantunkan bait nada-nada indah buat aku terpaku sejenak, apa lagi melihatnya melagukan kaseh.. Indahnya saat itu..


Zhuhainie Zull Kafli
Namun aku musykil..apa gema lagu kasih Simfoni akan berbunyi seperti mereka2 yg pernah kita kenali,penuh dengan melodi tanah tumpah darahnya? gema yang melemaskan dan merimaskan..Kadang2 aku terfikir.apa gema dan melodi itu bakalan menjadi penawar rindu dihati atau suatu kekurangan yang terpaksa diambil terima walau hati tak mungkin terima rela..hu3

Rashidah Rashed
Andai melodi itu melemaskan, aku seperti pasrah dan rela..Kerana bila hati sudah terpaut, apa saja melodi yang dimainkan simfoni akan juga melekakan aku, akan juga menjadikan aku bagai di awangan mimpi. Sedangkan aku seharusnya berpijak di Bumi yang nyata.. Wahai awan..kadang-kadang melodi itu boleh menjadi sakit untuk diterima..tapi kadang-kadang ia juga boleh membuatkan hati buta untuk menilainya... :

Zhuhainie Zull Kafli
Untuk hati sesuci dan seikhlas Awan dan Mentari pabila menyinta, bukan wang ringgit yg dicari tapi kasih suci Pelangi dan Simfoni buat peneman dikala ini.Namun kasih dihati kita yg pernah terguris dek Monyet, Monkey, Ketam, Katak, Kambing, Raccoon dan byk lagi menjadikan kita sangsi dengan keindahan kasih yang terbuka luas di depan mata.Cukuplah andai Pelangi dan Simfoni mengasihi kerana kilauan sukma yang suci.Mmg benar kasih Awan dan Pelangi menjadi cemuhan teman2 alam,namun asalkan Pelangi mahu berusaha untuk lebih berjaya, Awan terima dengan hati yang terbuka..*akhirnya Awan menghidu indahnya kasih yang tercipta,kasih yang indah dari yang biasa* =)


Rashidah Rashed
"akhirnya Awan menghidu indahnya kasih yang tercipta,kasih yang indah dari yang biasa"... indah benar perasaan sukma mu itu.. andai benar Awan dapat menghidu, biar Mentari berikan cahaya yang mencukupi.. Biar pelangi dapat menceriakan hari mu.. Biarkan pelangi berterusan memberikan yang indah untuk hari-harimu.. [^.^]...

Zhuhainie Zull Kafli
Aduhai Mentari, indah sungguh bait2 doamu itu.Kuharap Simfoni akan sedar akan kasihmu dan menyanyi lagu rindu buatmu..biar Mentari sentiasa menyinar memberi harapan utk alam..Kerana tanpa Mentari,tak kan wujud Pelangi untuk Awan bermadu kasih..=)

Rashidah Rashed
Benar...tanpa Mentari, xkan wujud Pelangi untuk Awan bermadu kasih. Andai simfoni itu menyedarinya, pasti mentari bersemangat untuk menyinar hari-hari Pelangi dan Awan. Andailah simfoni menyedarinya...[^.^]

Zhuhainie Zull Kafli
Jgn putus berdoa pada Yang Esa biar terbuka pintu kasih Simfoni.Awan mendoakan yang terbaik buat Mentari.Wahai Simfoni,apa kau tak tahu atau buat2 tak tahu akan kasih Mentari padamu???

Rashidah Rashed
hahaha...Sudah, sudah, sudah... Kata-kata Awan itu bagai sudah tiada lapisan atmosfera yang melapisinya..Pasti Mentari akan malu nanti..Pasti Mentari akan hilang kuasa untuk menyinari hari-hari Awan dan Pelangi...

p/s: Bicara kami tentang Awan, Pelangi, Mentari dan Simfoni. Sangat indah bukan? [^.^]

Kek 24? Tua sudah saya! [^.^]



Semalam hari lahir saya lah! Yang ke-24.. Lihat gambar di atas. Itu hadiah untuk saya daripada Aisy.
Saya selalu berkira-kira yang saya tak akan dapat bernafas pada usia begini.
Tapi Alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang oleh Dia.. Subhanallah..

Semalam juga incik bos dan rakan-rakan meraikan hari lahir saya. [^.^]
Sebenarnya, sebelum malam ulangtahun hari lahir saya, umi dan abah sudah pun meraikannya..
Saya suka lah.. Terasa betapa mereka sayangkan saya..hehe...
Tahukah anda? Sepanjang saya di Melaka, tiap-tiap tahun kawan-kawan meraikan saya..
Saya rasa gembiralah.. Terima kasih semua..

p/s : Sila lah jangan usir saya keluar dari Melaka. Belum tiba masanya. Ada sesuatu yang membuatkan saya harus berada di sini untuk seketika waktu.. Tiba masa saya akan pergi jua okey! [^.^]

07 November 2009

Hai Balkis

Hepi besday Cik Balkis. Semoga cepat dapat kerja tetap. Nanti boleh belanja saya makan askem ok. Kenduri kahwin hari ni sayamemakai baju konvo tempoh hari. Yang ungu. Comel kan saya begitu? Hehe.. Saya tipu je.. p/s:Simfoni, sila bawa ole-ole untuk saya yep! [^.^]

05 November 2009

8 sahaja okey!


Kerana ini, saya telah dimarahi. (Sebenarnya tidak pun, tapi seperti marahkan?)
Saya hanya ambil 8 batang rokok saja untuk disimpan.
Maka malam tadi saya telah tidur dengan perasaan yang membengkak. Huhu..

Baik. Nanti saya berikan berkotak-kotak lah kalau begitu.

p/s : Cuba buat muka paling petak.. =(

04 November 2009

"Aku jahat..."


Gambar di atas tiada kaitan dengan saya. Sebab hati saya masih suci lagi.. [^.^].

Kasihan pada kawan saya yang 2 orang ini. Satu Incik K.. dan satu lagi Cik T..
Mangsa keadaan yang tak bersalah tentu sekali Cik T.. Sebab dia memang tidak tahu apa-apa..
Tahu-tahu saja Incik K sebenarnya sudah dipunyai..
Kena pulak sekarang musim peperiksaan.. Lagilah sangat sedih..
Teringat saya tadi kata-kata di Haruman Mawar.

"Jangan mudah lupa dan lalai dengan permainan hati dan perasaan..
Kerana ia belum pasti, hanya janji Allah yang pasti...

p/s : Seperti sedih bila mengetahui Cik T terkena seperti begini. Kasihan sekali.
Teringat masa dulu-dulu. Esok nak ambil Kertas Java, tapi diuji sebegini...

03 November 2009

Saya memilih khabar yang senang itu...


Boleh pulak malam tadi mimpi binatang ini. Tikus! Tapi ia sangat comel.
Terlompat-lompat di bawah almari saya. Pelik jugak bila mimpi tikus ni.
Saya cuba menggoogle tafsiran mimpi di sebalik tikus ini. Nak tahu apa yang saya dapat?
"Jika anda bermimpi melihat tikus menuju jalan, bermakna akan ditolong oleh orang budiman. Mimpi melihat tikus lari, bermakna akan terima khabar senang."
Wah... Jikalau menerima perkhabaran senang, sayalah insan yang bertuah itu.
Ditolong oleh orang budiman? Owh, tiba-tiba saya teringat mimpi Iez itu.. Hehe..

p/s : Tikus melompat-lompat memainkan simfoni yang indah. Saya terpaku. Owh.. [^.^]


02 November 2009

Simfoni itu melodi rasa hamba



Saya tak faham kenapa sejak akhir-akhir ini saya berjiwa sastera.
Tapi memang pun. Kalau pun saya tidak menjadi programmer, pasti sekarang saya akan jadi seorang penulis bebas. Tak percaya? [^.^]...
Sila rujuk kawan-kawan lama saya.. Hehe...

Cuba lihat ini, status saya di muka buku.
1. Telah ia mati menjadi keroncong mendatar maka mencari nada simfoni baru demi sebuah kesah...
2. Simfoni yang dahulunya berkalang emosi, menirus bertukar ibarat senja berlabuh mencari malam..
3. Irama simfoni itu tiada galang gantinya, meniup dalam diam, berkalung dalam hijab...

Owh, sila jangan terpaku dengan kata-kata di atas. Ia secara sendirinya terpacul keluar dari dalam otak saya.. Tapi saya tetap sukakannya. Masih menggunakan simfoni sebagai pelengkap ayat.

p/s : Simfoni itu penebar inspirasi. Walau tidak bulat seperti roti canai, ia tetap mengenyangkan.
Walau nada sering bertingkah, namun melodi tetap membuaikan.

01 November 2009

Papadom jugaklah yep!


Owh.. Lihat itu? Saya sudah nontonnya. Walau lambat, tapi saya tetap mahu nontonnya.
Memandangkan kanak-kanak riang yang lain sedang sibuk membuat persiapan, maka kami
pergi melihat dulu yep. Sila jangan jeles. [^.^]..
Lain kali akak belanja untuk bende lain pulak ok!

p/s : Simfoni comel tak sudah-sudah! Aduhai... hehe