02 November 2009

Simfoni itu melodi rasa hamba



Saya tak faham kenapa sejak akhir-akhir ini saya berjiwa sastera.
Tapi memang pun. Kalau pun saya tidak menjadi programmer, pasti sekarang saya akan jadi seorang penulis bebas. Tak percaya? [^.^]...
Sila rujuk kawan-kawan lama saya.. Hehe...

Cuba lihat ini, status saya di muka buku.
1. Telah ia mati menjadi keroncong mendatar maka mencari nada simfoni baru demi sebuah kesah...
2. Simfoni yang dahulunya berkalang emosi, menirus bertukar ibarat senja berlabuh mencari malam..
3. Irama simfoni itu tiada galang gantinya, meniup dalam diam, berkalung dalam hijab...

Owh, sila jangan terpaku dengan kata-kata di atas. Ia secara sendirinya terpacul keluar dari dalam otak saya.. Tapi saya tetap sukakannya. Masih menggunakan simfoni sebagai pelengkap ayat.

p/s : Simfoni itu penebar inspirasi. Walau tidak bulat seperti roti canai, ia tetap mengenyangkan.
Walau nada sering bertingkah, namun melodi tetap membuaikan.

5 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

pandau saudari ber"simfoni".. ajarlah saye.. hehe..

Ichi said...

Hehe..simfoni itu sebenarnya merujuk pada penebar inspirasi saya..Tiba-tiba saja menjadi ingin selalu "bersimfoni".. apapun, terima kasih kerana sudi ziarah blog Inspirasi ini. [^.^]

..::hidup bahagia::.. said...

ni penangan akibat byk baca novel eh???hehe...ape2 pn..aisy tau..ichi mmg sastera skit org nye kan..hihi.jgn mrh..
keep it up!!

Ichi said...

hehe..silap itu.. ichi bagai lama tidak membaca novel..lebih-lebih lagi novel kat pasaran semacam jauh dengan hati Ichi..sekarang lebih kepada bacaan motivasi untuk mendidik jiwa..

kalau sastera tu, mungkin jugak.. sebab, kalaupun tidak berada di tempat sekarang ni, memang Ichi terjun ke arah dunia sastera.. ingin sekali memartabatkan dunia sastera macam insan seni yang lain..hehehe

p/s: simfoni itu yang membuatkan saya begini Aisy! [^.^]

ddLoLLyBabE said...

hehe..semoga apa yg d mimpikan mjd kenyataan~