30 April 2010

10 Tahun

Ini isi dalam ofis saya. Cantik kan?
Kertas gulung-gulung itu bukan bermakna saya arkitek hokeh. [^.^]
Saya pernah bercita-cita jadi arkitek, rupa-rupanya ofis saya sebelah syarikat arkitek!
Saya pernah bercita-cita jadi peguam, rupa-rupanya ofis saya atas syarikat peguam!
Saya pernah bercita-cita jadi jurutera, rupa-rupanya sebelah syarikat arkitek ialah syarikat jurutera!
lagi?
Saya pernah bercita-cita jadi cikgu, rupa-rupanya bila ofis saya buat program untuk adik-adik,
mereka panggil saya "Cikgu"!
Saya pernah bercita-cita jadi doktor bedah orang, rupa-rupanya bos saya ialah doktor!
Apa yang saya pernah cita-cita dulu, semua ada depan mata saya.
Ni la dia! He.
p/s : Owh..ada lagi SATU cita-cita saya yang tak tercapai untuk jangka masa 10 tahun akan datang.
Apakah? Rahsia! [^.^]

29 April 2010

Kawah

Cik Amal pernah beri saya lagu ni, tapi maaf.
Hari ni baru sempat nak dengar dan menghayati.


Sekali lagi, saya rindukan bulan 3.
Bulan "Mari belajar menari." Hehe.
Owh, pasti si kalamPutera akan menjerit kalau saya cakap saya sedang belajar step by step tarian video ni.



p/s : Kita berpisah hanya sementara kerana pertemuan bukan milik kita. [^.^]

En.Biru

Sementara menunggu malam bertukar siang, 
saya cuba-cuba godek tutorial Incik Photoshop.
Ohho. Sila jangan jeles.
Saya dah berjaya buat gambar seperti ini.
Ohhh. Yeay!!! [^.^]...

p/s : Sana sini bercerita pasal komunikasi. Tak habis lagi ea? Hehe.

28 April 2010

Komunikasi

Akhirnya menemui titik persefahaman.
Nasib baik tak lama kan? Kalau lama, tak tahu apa akan jadi. [^.^]
Tau sebab apa? Sebab dah mengkaji tentang "komunikasi".
Tapi sebenarnya bukan seperti yang dimaksudkan. 10 minit sebenarnya. He.
Alhamdulillah, akhirnya hari ni menemui kemuncak satu minggu yang agak kalut.
Dengan kejadian yang tak disangka-sangka, kesalah fahaman tentang satu perkara lagi 
dan macam-macam lagi. 

p/s : "Dia nak bagi nikmat tu..." Saya telah temui hikmah di sebalik ini.


"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, 
kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, 
semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi 
dalam keadaan sedar atau tidak"


27 April 2010

Santai

Owh, nasib baik faham maksud tersirat semalam saya.
Kalau tak, ........ hokeh! Ohho. 
Owh, pagi tadi sempat menari dengan kanak-kanak riang dalam Hi-5!
Sangat seronoklah! Enjoy!
Kalau nak cuba, tengok ntv7 jam 7.30 pagi! [^.^]

p/s: Lebih baik berterus terang daripada pasang lampu tapi tak cukup terang.
Owh, status di facebook seperti merujuk pada saya. Adeh

26 April 2010

Emo

Sebenarnya meminta simpati.
Tapi sikit pun tak dilayan.
Sangat kejam bukan?
Sedih.Sampai hati. (Hanya untuk yang memahami) =(

p/s : Melayan emosi dalam kesibukan sangat tidak baik wahai Rashidah Rashed.

25 April 2010

Bila dia senyum

Kadang-kadang kita harus berubah.
Kenapa?
Mungkin sebab terlalu selesa dengan SATU benda kita akan jadi susahnya nak berubah.
Yang berubah tu mungkin akan jadi LUAR BIASA.
Tapi lama kelamaan kita akan jadi BIASA...[^.^]


p/s : Ada budak comel asyik tarik muka bila saya beritahu monolog pagi tadi ialah
"Bila pula agaknya tarikh kematian saya?"

24 April 2010

Rabu 21042010

Hampir setahun lebih kami tak berhubung. Memadai sekeping sms salam takziah atas pemergian ayahanda beliau. Owh, semoga tabah menghadapi dugaan ini.

"Salam takziah. 
Dapat tau arwah pakcik Rozali 
meninggal dunia rabu lepas.. 
Semoga tabah ye. 
Salam"


p/s : Baru ahad lepas, teman menyebut nama beliau. 
Tup-tup mendapat khabar berita sedih.
Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Kalau-kalau ada

Ni lah bahayanya kalau duduk ofis sorang-sorang di hari Sabtu.
Buka friendster. Terjumpa gambar lama.
Ini antara gambar yang paling saya suka.

"Please live a good life. 
No matter where it is, I will live my life with the memory of you in my heart"

p/s : Sangat comel kan dia? [^.^]

22 April 2010

Saya tak malas tapi tak rajin

Macam gila kan? Peringatan untuk "adik" saya.
Sila rajin-rajin belajar hokeh!
Sekian, terima kasih.

Mencari titik pertemuan

9.05 pm; hanya 5 orang --> mendapat berita gembira!
Hanya menunggu masa untuk dihebahkan daripada Cik Hajar! =) 
Cik Hajar, tahniah! 


Malam tadi hujan agak lebat.
Setiap kali hujan lebat, mesti ada sinar keesokan hari.
Kan saya dah cakap, kuasa senyum di pagi hari sangat hebat! [^.^]

p/s : Yang kita cakap itu doa, yang kita yakin itu juga doa. 

20 April 2010

9

Bila datang semangat nak design, macam tak cukup kain putih nak conteng.
Kan dah terconteng. Nasiblah nama-nama yang bertuah ni.
[^.^]

Intelektual


Lebih baik memahami apa yang dilakukan berbanding apa yang dikatakan.

p/s : Sebenarnya hanya nak mengetest malam tadi keberkesanan buku masa hadapan tu.
Memang sangat intelektual lah jawapan tu! [^.^]

19 April 2010

Harga sebuah kelembutan

Sebenarnya, semalam genap hari lahir ayahanda yang ke-50.
Sambut sampai ke Melaka! 
Tapi, semua hadiah saya dah bagi seawal bulan 3! [^.^]
Cuti 2 hari memang sangat bermakna.
Dapat macam-macam.
Dapat baju batik, dapat makan, dapat buku, dapat jumpa adik asyik senyum dan dapat ole-ole!
Kan saya cakap hari tu, semoga cuti kali ni bermakna!
Apa yang saya nak, saya dapatlah. [^.^]
p/s: Tahukah, ada macam-macam panggilan untuk saya.
Cik Ichi, Cik Shida Ichi, Cik Ole-ole, Cik Belang-belang, Cik Keropok Lekor,
Kakak Ichi, Kakak Papan Sekeping, Cindrella, Chi pun ada!
...
Tak kesahlah. Janji jangan panggil saya Ida.
Hanya arwah nenda saja yang berhak. [^.^]


16 April 2010

Hikmah

Hujung minggu yang mungkin penuh makna.
Semoga dapat menemui hikmah di sebalik ini.

p/s: Lamanya cuti kali ini! [^.^]

14 April 2010

Spontan



Hari ni main teka-teki pulak.
Sila lah klik.
[^.^]

13 April 2010

Jalan pulang

Saya lebih suka kata 
"Kalau dapat, Alhamdulillah, kalau tak dapat, berusaha lagi untuk lain kali. 
Ye. Mungkin juga belum sampai masanya"
Saya rasa semua orang mesti setuju.

Saya tahu adik-adik saya akan menjerit sekuat hati bila saya letak gambar ni.
Ada saya kesah? [^.^]


p/s : Hiccup terbang ke awangan mencari jalan pulang. Owh. 

12 April 2010

Pulau Besar, Melaka

Entry kali ni rasa paling banyak gambar.
Kegembiraan seperti sukar dikawal. Hehe...
10 & 11 April 2010 - Hajat nak ke Pulau Besar, Melaka tercapai jugak.
Walaupun dugaan sepanjang nak sampai tu panjang kalau disenaraikan. :D


Tak dapat nak join adik-adik PSSCM UTeM untuk program perasmian petang tu.
Juga tak dapat melihat Panglima Biru. Ahha. 


Bergerak ke Pulau Besar jam 8 malam oke.
Dengan tak pakai baju oren2, meredah laut dalam kegelapan lagi.
Alhamdulillah, selamat juga sampai ke Pulau Besar.


Makan malam dalam kegelapan.
Tiba-tiba terasa macam dalam kisah Bersamamu. 


Tahniah untuk skuad demo PSSCM Cawangan Melaka.
Dua kali buat demo. Tapi tak banyak pun ambik gambar.
Sebab macam terpaku nak tengok demo pertama sesungguh hati.
Baiklah, saya mengaku. Best oke. [^.^]
Harap maaf. Terpaksa dikaburkan.

Tak dapat nak berjalan-jalan sekeliling pulau sebab masa sangat terhad.
Rasa tak puas sebenarnya 2 hari 1 malam di Pulau Besar.
Terima kasih pada adik-adik yang menyediakan kelengkapan untuk akak yep. 


Apa-apa pun kami semua sangat enjoylah. Sungguh!
Sebab saya terasa betapa happynya saya pagi ni.
Harap dapat join lagi!


Dapat gelaran baru lagi. "Kakak papan sekeping".
Sabau jelah. [^.^]

Banner program. :)
...
p/s : Hiccup tu kadang-kadang nampak sempurna bukan? [^.^]

09 April 2010

TQVM

Pagi-pagi lagi saya dah bukak blog Kak Hasanah.
Sebab terperasan semalam macam dah update

Apa taknya, balik dari kedai, dia terus main cop-cop.
Tu kad kuning yang kanan tu. Nurhasanah & Anuar..
Akak, sila pos kad kahwin ke alamat ofis ye. 
Saya taknak pass sebelah meja oke. [^.^]

Sangat kusut tadi. Tapi hanya 1 ayat buat saya tersedar.
Kata Along Dhiya, "DIA kasi nikmat..mesti dengan dugaan sekali"
Terima kasih ye. 

Owh lupa. Esok mahu bercamping dengan kanak-kanak riang.
Ke Pulau Besar, Melaka. Sila tunggu post yang berikutnya. 
Bai kepada adik yang tak dapat ikut. :D



p/s : [^.^]... Hiccup nak jugak buat seperti TQVM. 
Sangat comellah perkataan tu. Terima kasih ye. Hehe.


08 April 2010

Saru dalam haru

Minggu ni jadual saya agak penuh.
Saru jugak kepala. (Ops, dah terikut-ikut penggunaan saru sekarang. Ahha.)
Semuanya demi memenuhi kehendak insan-insan bertuah.
Harap-harap insan-insan bertuah menyenanginya.
Tiba-tiba nak letakkan gambar kabur ni.
Ye. Sebab saya rasa lega dan gembira sangat.
"Ai shidah ichi. Very nice programme book! Thanks a lot!"

p/s: Owh ye Hiccup. Inilah yang dinamakan kenikmatan di kemudian hari.
Sungguh Night Fury menyenangi kata-kata itu. [^.^]
...
...
...
Sekali lagi peringatan.
Bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi sekadar ingin berkongsi riang di hati.

06 April 2010

Untuk kita sahaja

Tarikh : 05 April 2010 (Isnin)
Tempat : Dewan Jamuan Bangunan Canselori UTeM
Tajuk : Majlis Penangguhan PSSCM UTeM & Majlis Perpisahan Tenaga Pengajar PSSCM UTeM

Saya kira semua orang pulang dengan perasaan gembira walaupun ada sedih di hati.
Gembira sebab rasanya semua orang enjoy dengan makanan.
Sedih sebab kehilangan tenaga pengajar yang saya kira sangat rapat dengan kita semua.
Sungguhlah. Saya terasa kehilangan.
Terutamanya Kak Yam. Nasib baiklah ia bergenang tak sempat menitis. :(

Terima kasih yang tak terhingga untuk mereka berdua, Abang Malik & Kak Yam.



Kek ni jadi kemuncak acara. Kredit pada Chapique. [^.^]
Rasanya semalam Kak Yam paling happylah. 

Macam grand kan majlis ni? (Adik saya, sila jangan jeles oke. hehe)
Untung saya join kanak-kanak riang, maka rasalah dewan jamuan UTeM ni.. [^.^]


Ahha. Gambar bawah ni pelik sikit. Jenuh 10 kali snap, tapi masih kabur.
Dok pusing sana sini pun kabur. 
Tak tahulah sapa yang ada ikut sekali. Owh, masa ni jam dah pukul 12 malam.
Patutlah pun. [^.^]


Apapun, terima kasih pada AJK yang terlibat.
Harap-harap program akan datang saya dapat ikut.
Hujung bulan kan? Saya tahu. Hehe...

p/s : Hiccup, thanx for the words. I'm really appreciate it. 

05 April 2010

Dalam tidur dia bermimpi


Tetiba menulis sajak.

Kurang 5 menghampiri 12

Lewat malam tadi berlaku satu kesah.
Terkejutlah. Susah juga melelapkan mata.
Cuma tidak diketahui akan kebenarannya.
Saya cuba pujuk hati untuk tidak cuba menggapai langit biru.
Ah. Angan-angan itu sering menggoda.


p/s: Saya cuba berikan kerjasama yang terbaik untuk semua pihak.
Juga untuk tugasan Hiccup. [^.^]

03 April 2010

Mintak 1 diberi 4.


Perancangan asal mahu melihat "Clash of The Titans."
Tapi penuh. Ok. Next week lah.
Sudahnya melayan "How to train your dragon?"


Bernasib baik cerita ni best. 3D yang sangat cool lah! [^.^]
Pantang nampak perkataan dream, habis semua di dreamweaver kan.
Tahu lah baru kenal Dreamweaver tu ape. Hehe.


p/s: Ahha.
 Hiccup yang bijak atau Night Fury yang sangat baik!
Terima kasih! [^.^]

02 April 2010

Oren putih

Semalam 1 April 2010.
Genap 3 tahun ia berlalu.
Ada saya kisah apa yang terjadi 3 tahun lalu?
Rugi sungguh la kalau saya kisahkan.
Lebih baik saya kisahkan baju belang-belang di Jusco.
Adeh. Sangat cantik la.
Sangat hensem baju ni. Nasib baikla ia bernama sehelai baju.
Kalau manusia, confirm saya jatuh cinta jugak malam tu. :D
Tunggu la. Nanti beli, upload di sini.
Tayang kat puteraImpian. Hehe... [^.^]
Bukan nak menunjuk. Sekadar nak berkongsi gembira di hati.
(Ayat di atas perlu untuk mengelakkan salah faham. hehe)

p/s : Hanya sekadar itu yang mampu diberi dikala hati masih tiada jenama lagi.