15 November 2009

Saya ceria lah!

Seawal pagi lagi saya sangat ceria. Kenapa? Owh, Zuehaini telah pun menjawab soalan yang membelenggu fikiran saya. Cukup padat dan buat saya ketawa saja. Harap-harap hari ini berakhir dengan saat-saat yang ceria..hehe.. Thanx Zhu! [^.^]

Memandangkan masing-masing sibuk dengan exam, bengkel 2 dan siapkan tesis, maka saya pun membawa hati ke Taman Botanikal Melaka bersama Iqa. Saja nak try test kekuatan tenaga berjogging... hehe..


Rasa bagai hilang segala kebuntuan di dalam kepala bila pagi-pagi dah ceria. Saya tak tahulah mengapa hari ini begitu ceria dan ceria. Eh, ceria kan bagus untuk diri kan? [^.^]...
Tetiba saja bagai tidak mahu pulang terus ke rumah. Sebab awal lagi. Maka singgah di tasik sebelah zoo...

Konon-konon ingin melayan perasaan. Tapi, lain pula yang jadi lah.
Kebetulan MMU mengadakan pertandingan Dragon Boat. Wah, ini sudah bagus...
Saja mencuci mata! [Tipu lah]


Haih! Sebenarnya saya teringin sangat melihat dari dekat permainan ini. Kebiasaan melihatnya di TV sangat tidak puas. Seronok melihat semangat mereka. Geng ALAM memang hebatlah. Asyik pantas daripada geng MMU...hehe.. Sangat comellah mereka mengayuh bot itu.. [^.^]..

Owh. Saya sudah plan bermacam-macam program sebenarnya untuk hari ini. Tapi memandangkan semua kelihatan seperti tidak mahu melayan saya, maka saya telah berjaya melakukan sendiri. Tidak mengapalah.
...[^.^]...


p/s: Sudah habislah. Semoga malam ini berakhir dengan malam yang ceria juga! [^.^]

5 comments:

'izzaty salehhon said...

sempat lg, tn hamba mengutuk IPT hamba....=p

Ichi said...

alamak.lupa pulak yang tukang bace blog ini terdiri daripada pelajar MMU..hehe..bukan mengutuk, tapi beritahu je..lawan ngan ALAM memang perlukan kekuatan yang lebih tinggi lah! hehe

'izzaty salehhon said...

kami tidaklah semesra ALAM, cuma peka dgn perkembangan semasa saja...

Ichi said...

yeah? ape maksud ijat yep? seperti cuba memahamkan ayat itulah..huhu

'izzaty salehhon said...

hahaha...tiada apa-apa...

andai benar ada maksud tersirat, endahkan saja...

kerana itu semua senda gurauan saja...