29 September 2009

Khas berkaitan Simfoni

Simfoni! Haih! :D



Apakah nama alat muzik di atas? Saksofon kah? Ahha... [^.^]

28 September 2009

Petunjuk kah?




Semua orang bercerita tentang raya... Ada seronok, ada duka, ade yang biasa-biasa je...
Doa saya sudah dimakbulkan.... Semoga mereka dan saya diberi petunjuk-Nya...

p/s: Gambar kat atas bukan hiasan tapi betul tau...



Seronok tengok keletah si kecik masuk dalam sawah, pastu panggil ayah. ayah.... sebab mintak tolong kaki kene tarik dengan selut! hehe! Kamil yang sangat aktif!

Tahun ni memang seronok sebab dapat ziarah ramai pakcik makcik yang makin uzur... Sampai tak larat...



Tukang tangkap gambar mengamalkan dasar "tangkap je"... Maka inilah hasilnya! hehe...
Selebihnya layan sendiri la...



Ok la.. Untuk yang terakhir sebagai penutup cerita sepanjang cuti raya,
sila lihat Amira dan Alisya Qistina pulak...[^.^]

Jumpa lagi...

16 September 2009

Permata yang dicari

Ok... saya balik dulu. Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada yang terasa hati sepanjang isi dalam blog ini...
p/s : sambil layan lagu Permata Yang Dicari [^.^] 

15 September 2009

Terima kasih Bonda

Saya berpura-pura menjadi sesebok tukang jahit kat Malaysia ni... [^.^]
p/s: Sebenarnya saja memenuhkan masa lapang di rumah sementelah
bonda tak bagi keluar seorang diri apatah lagi waktu malam menjelma...
Bak kata Cik Ara yang kini puan, " Umi awak nak buat yang terbaik untuk anak dia..."
Hehe...

14 September 2009

Dinding itu putih

Sepatah kata... Bingung...

Simfoni di ADTECH

Bersama-sama Simfoni, kami semua pergi ke ADTEC untuk Majlis Berbuka Puasa PSSCM Cawangan Melaka... Suasana macam biasa dengan kehadiran ahli-ahli yang baru... Ahli yang lama dah tak nampak sangat.. Balik-balik muka yang sama.. [^.^]...
Siap ada kumpulan nasyid... Tapi masa ni masing-masing tak hiraukan sangat...
Sebab makanan kat belakang lagi banyak! Hehe
Jarak memisahkan kami... Simfoni! Haih! [^.^]...
 Yang ni Chya yang amek... Dia cakap nak try tangkap gambar.. Dulu jumpa Chya masa dia baby lagi..
Sekarang dah pandai tangkap gambo! Bawah ni Chya ngan Aziati...

11 September 2009

Mari alih bahasa

Haha..Sila lihat ape aktiviti saya dan miss comot bila ada masa terluang..
Patutnya dia hantar wallpaper berkaitan Bumi, tapi dia hantar makhluk-makhluk kat Bumi ni plak..
Ewah2.. Nak belajar translate bahasa Vietnam eh?
p/s : Apabila dia bosan, macam tu la jadinya.. [^.^]

Tunggu saya!

Ha..Cuba teka ke mana destinasi semalam saya?
Saya dijemput untuk ke majlis berbuka di Malaysia Flying Academy (MFA) kat Batu Berendam..
Kalau dulu sekadar toleh-toleh je, tapi sekarang dapat masuk dalam. Siap jalan-jalan lagi dalam ofis instructor... [^.^]..
Saya dah dapat tangkap gambar dengan kapal kecik ni.. Pasni mesti saya dapat naik kapal terbang kan?
Yelah, saya kan nak pergi Brunei! Tunggu ye Brunei. Nanti saya datang!

04 September 2009

Pengajian Malaysia

Saya ingin berkongsi 1 benda hari ni..
Pagi-pagi lagi saya dapat e-mail daripada cikgu yang pernah mengajar subjek Pengajian Malaysia masa kat Uniti dulu... Saya sangat tak sangka yang Cikgu Bad masih boleh ingat yang saya bekas pelajarnya.. Saya sangat terharu dengan para guru yang masih ingat bekas pelajar2nya...Kalau boleh tabik spring, berspring2 akan saya gunakan! :D

Buku teks yang pernah saya guna masa dalam kuliah Pengajian Malaysia ni saya tak akan jual pada sesiapa pun sebab saya sangat menghargai buku tu. Secara tak langsung, dapat tahu tentang politik Malaysia, perlembagaan Malaysia dan undang-undang kat Malaysia..Dulu la.. [Saya peminat dunia politik jugak,ok]

Saya suka kata-kata Cikgu Bad di akhir ayat... "Moga Allah melorongkan kejayaan dalam hidup Rashidah baik dalam dunia profesionalisma mahupun alam rumah tangga nanti."...

p/s: Ada sapa2 tak yang nak mendoakan saya lagi? Terima kasih! [^.^]

Dan sebenarnya


Cuba teka sapa yang saya jumpa tadi masa di Butik Avon tengahari tadi?
Subhanallah, Maha Suci Allah.
Kembar Shafawati Nabilah Abd Aziz! Siapakah dia?
Kalau nak tahu, sila tanya saya ok! Hehe..
Sangat kecil kan dunia ni. Saya hanya cuma mempunyai angan-angan untuk melihat wajahnya...
Tapi hari ni Allah mengkabulkan walaupun saya tak pernah berharap.
Gaya tudung, tingginya, semua sama...
Saya dah jumpa, maka sekian saja hari ni... Bye! 

03 September 2009

Siapa nak ikut?

Tahukah anda? [macam VO si Mamot plak.. hehe].
Saya teringin sangat nak pergi Brunei... Kenapa? Saya tak tahu..
Tapi gerak hati saya sangat kuat di sana.. Ada sapa2 x nak belanja saya pergi Brunei? [^.^]
Owh..sebab saya teringin sangat nak pergi ke masjid-masjid di Brunei..
Saya sangat cepat tergoda dengan keunikan masjid-masjid yang cantik ni..
Betullah, sangat cantik kan?
Ade sape2 tak yang bermurah hati nak belanja saya ke Brunei?
Sila angkat tangan. [^.^]

Sudahlah..saya taknak cerita banyak2 tentang Brunei, nanti saya dah dapat jejakkan kaki kat Brunei saya cerita banyak2..

p/s : Nak tampal kat dinding la peta Brunei, masjid Brunei, tempat2 kat Brunei... orang Brunei (eh, ade ke?)

Abdullah Khairul Azzam

Sampai sekarang saya menanti bila cerita ni nak datang ke Malaysia..
Lambat lagikah? Tak sabar nak tunggu kehebatan cerita ni sama ada sama macam novel dia atau x.. [^.^]
Hidup bahagia sudah lama xupdate pasal kesah ni... Mesti ramai rakyat Malaysia nak tahu pasal Azzam ni.. Wah..

Saya xpasti apa sudah saya lakukan untuk sepanjang minggu ni...
Letih menggoogle, sampai nak termuntah.. Macam mana ada orang yang sampai cakap hobinya online?
Duh!

Entry ni saya khaskan untuk Az... Dia cakap nak baca blog saya.. Ha, bacalah...

p/s : nak letak cerita lain..

01 September 2009

Saya sayang Johor, tapi saya suka Melaka

Saat ni saya xpasti status saya..
Rasa macam bersemangat.. Tapi sudah rindukan rumah di Jb..
Seawal pagi saya sudah meninggalkan ayahbonda tercinta demi hari ni hari Selasa.. Owh, cuti yang panjang sangat menyeronokkan.. Paling panjang sejak bergelar pekerja cemerlang Danau ni...

Owh, saya pasti rindukan suasana berbuka puasa yang agak berkejar2an tiap2 petang.. Dan saya pasti rindukan suara pak imam di surau depan rumah.. Sangat seronok berkumpul ramai2 dengan kawan2 bonda.. Duh! Kapan mau pulang lagi sih?
Ramadan dah menghampiri ke 11 hari.. Masuk ke hari 15, pak imam pasti alunkan doa qunut masa terawih nanti.. Owh, saya sangat rindukan saat-saat manis itu.. Harap2 saya masih berkesempatan merasai saat2 itu di rumah ayahbonda..
p/s: Mood saya hari ni sangat tenang..seperti kanak-kanak di atas...