19 October 2009

3 Malam 2 Hari - Episod 2

Entri ni khas untuk Fara. Dia cakap nak baca. Ok, sekarang akak letak banyak sikit.. [^.^]
Sabtu semalam seawal pagi lagi kitorang dah pergi Kolej Professional MARA Ayer Molek untuk AGM...
Ingatkan jauh, rupa-rupanya 15 minit je.. Itu kalau dari rumah Along.. (akhirnya jumpa jugak dengan Bonda Along)



Habis je AGM, kitorang terus ke Bukit Katil. Ada majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki.
Dua-dua pun kawan kitorang. Tapi sebab sebelah perempuan sangat jauh, maka kami mengiringi sebelah pihak perempuan. Along jadi pengapit perempuan. Abg Malik pulak jadi pengiring lelaki.



Rasanya Huda nampak sangat cantik masa kat atas pelamin. Tapi Huda dah memang sedia cantik.
Tengok tu. Huda dah macam permaisuri "Agong" pulak. [^.^]...
Saya sukalah...



Sebelum balik, kami bergambar untuk kenangan...
Eh, mana simfoni saya? [^.^]



Habis je majlis kahwin, kitorang gerak ke Rumah Terbuka kat Tanjung Bidara. Tujuan utama nak ambik pinggan mangkuk kat rumah jiran sebelah... Tapi, bab makan memang kami tak tolak. Sila lihat gambar di bawah. Mereka sangat riang kan? Sebab mereka dah kenyang! :D



p/s : Iman sangat berjasa sepanjang program 3 malam 2 hari ni... I luv u Iman! [^.^]


Kenapa ade lagi? Subhanallah. Hari Sabtu saya sangat pack. Macam-macam hal meminta perhatian.
Masa ni kami semua sudah bersiap sedia untuk berperang dengan Nasi Impit!
Sebab Ahadnye ada jamuan. Ok la. Nnti cerita lagi.

p/s : Sila perhatikan. Budak baju biru ni asyik memenuhi gambar di blog saya je kan? [^.^]
Ohho...

3 comments:

ajieyatie said...

hehe...siapakah dia yang suka inteprem 2??hahaha...

Ichi said...

budak baju biru ni lah...
pantang kamera nak hala ke mana, dia asyik ikutttttt jea! :D

ajieyatie said...

hihi...